Friday, November 27, 2009

Kursus BTN...menarik!?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Sewaktu berlari-lari mengintai blog-blog sahabat saudara seIslam, juga harakahdaily, tertarik dengan isu BTN yang dibangkitkan oleh pembangkang (atau nama tidak famousnya ialah pakatan rakyat). Waktu itu, bagaikan rakaman video melintas di fikiran segala yang berlaku sepanjang mengikuti kursus Biro Tatanegara(BTN) walaupun kebanyakan bahagian terasa kabur.

Menjadi satu-satunya perempuan bertudung labuh di dalam kumpulan itu, sedikit sebanyak menjadikan fasilitator cuba untuk berhati-hati dengan ana. Alhamdulillah kumpulan kami merupakan gabungan pelajar perubatan, dirasah islamiyah dan perbankan Islam. Majoriti adalah pelajar biayaan jpa yang bakal mengadakan program berkembar Ireland-Malaysia dalam jurusan kedoktoran. Terdapat tiga orang bukan melayu di dalam kumpulan tersebut.

Malam Pengenalan

Dijadikan cerita, kami terlewat sampai ke Kem Ulu Kenas, menjadikan kami terlepas sesi taklimat. Kursus yang ana hadiri ini merupakan gabungan pelajar perubatan ke mesir pelajar intec dan pelajar dirasat Islamiyah ke Jordan. Menjadi suatu kebanggaan, pelajar kelantan merupakan peserta teramai (memandangkan kebanyakan pelajar yang diurus oleh yik menyertai kursus ini).

Malam Ta'ruf yang agak menyedihkan bagi ana, sebagai muslimah...tambahan pula ana baru sahaja selesai 'mentarbiyah dan mencuci' hati dibumi barakah. Perkara pertama ialah mencampur-baurkan antara lelaki dan perempuan(Ikhtilat). Terasa sedih saat itu kami diarahkan membuat satu bulatan besar yang kedudukan adalah berselang-seli antara lelaki dan perempuan. Kemudian, kami anak-anak kelantan 'dibuli' dengan arahan berkumpul ditengah, berbaris 2 barisan, lelaki dan perempuan lantas berhadapan. Siapa yang setentang perlu saling memperkenalkan diri(lelaki dan perempuan)-->dilihat sebagai membuka jalan ikhtilat juga. Kemudian bermacam lagi sebenarnya, namun ana rasa tidak mampu untuk mencatat semuanya.

Malam itu, ana bersama dua orang sahabat menangis kepiluan mengenangkan terlalu banyak yang melanggar pegangan yang dikesankan oleh bumi tarbiyah dahulu.

Rahsia

Seperti biasa, berada di mana sahaja buat penggemar mengambil foto sepertiku akan memukul gambar sebagai tanda ingatan. Namun belum sempat mengambil lebih banyak foto, ana ditegur oleh sahabat seangkatan bahawa dilarang merakamkan gambar sama sekali di dalam kem ini. (walaupun hakikat ada sahaja yang melanggar arahan). Bukankah pelik kenapa tidak dibenarkan merakam foto, apa lagi video atau rakaman suara.

Selain itu apa-apa sahaja perbincangan di dalam kumpulan adalah kerahsiaan sesama ahli. Ana tidak redha perkara ini salah satu pegangan kumpulan. Tambahan pula, ini adalah cadangan(arahan sebenarnya) daripada fasilitator.

Merahsiakan Identiti

Ana cuba sedaya upaya untuk tidak menyerlahkan identiti 'kehijauan' dalam kumpulan, bimbang pula rasanya serangan akan dikenakan oleh fasilitator memandangkan ana masih belum kukuh pengetahuan. Namun, terperangkap juga, tatkala semua ditanya siapakah pemimpin yang paling dibenci, ana satu-satunya manusia(dalam kumpulan itu) ditanya soalan siapakah pemimpin yang disanjungi. Perangkap maut. Namun ana cuba 'cover' dengan mengatakan ketidak caknaan terhadap politik(hakikat ketika itu).

Sesiapa yang degil sewaktu awal-awal lagi, akan dikenal pasti melalui modul-modul yang ana kira sebagai tolol (dalam kursus yang bercampur lelaki dan perempuan). Terlalu banyak! Kononnya menghibur hati dan menyegar minda, namun langsung tidak logik dari sudut keimanan dan ketaqwaan. Bak kata ujang...HAMPEH!

Goreng sampai hangit!

Walauapapun ana gembira juga di dalam Latihan Dalam Kumpulan, kerana dapat 'menggoreng' habis-habisan, terkadang menegakkan benang yang basah(walaupun kebenaran hakiki) walaupun ana sebenarnya tidaklah kritis dalam mengutarakan idea. Maklumlah ilmu dan pengetahuan semasa yang cetek. Goreng sahaja apa yang logik itu yang ana lakukan. Asalkan semasa menggoreng itu jadikan Al-Quran dan Assunnah jadik panduan.

Yang paling best, sewaktu fasilitator menyuruh mengulas gambar kerajaan Melaka tu. Kat situ ana ulas banyak-banyak. Dari gambar itu juga dapat banyak ibrah. Ada benarnya juga apa yang dibawa di dalam BTN, cuma cara pembawakan mereka terdikit gelincir. Seperti penekanan nasionalisma, pembinaan negara mendahului agama.

Manfaat BTN

Cuma waktu itu rasanya manfaat yang dapat daripada BTN ialah membuka fikiran bahawa, akulah penyambung warisan...warisan risalah dakwah..risalah perjuangan Rasulullah s.a.w. (Rentetan lagu WARISAN sudirman).

Selain itu, perlu cakna terhadap Perlembagaan negara yang semakin hari cuba dipinda oleh rakyat yang bukan ISLAM.

Nasihat Kak Yat (fasilitator) supaya kaji balik 20 perkara yang dibawa oleh yahudi(lupa nama yang betul).

Walaupun fikrah kami semua berbeza, rindu la pula saat-saat masing-masing cuba menegakkan pendirian...juga miss you Kak Yat cute!(walaupun dah lama tak hubungi)
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kartun

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Kartun-kartun ini telah tersiar di dalam majalah di mesir. Sengaja ana upload di sini untuk kongsikan bersama sahabat yang tidak dapat membeli majalah tersebut. Andai anda berada di mesir boleh la try cari (terutama warga KPKM).


Dimuatkan dalam Suara Kampus Edisi Kelantan SKEK


Tersiar di dalam buletin annaba'-khas untuk warga KPKM sahaja

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, November 25, 2009

Analisa siapa kita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Pada mulanya ana dengar lagu ini hanyalah untuk analisa suara kumpulan-kumpulan nasyid yang menyertai pertandingan nasyid. Pada waktu itu ana terkagum pandai mereka buat lagu untuk analisa suara(waktu tu xtau pun lagu-lagu shputul amal). Baru-baru ini, ana menyelongkar semua lagu shoutul amal terdengar lagu ini. Ces! Rupanya mereka ciplak dan modifiy rupanya.

Antara lagu yang sampai zuq shoutul amal kot. Nasyid sekarang terlalu kompenterori kot.sampai rasa dah hilang rasa dan keinginan hendak cakna terhadap nasyid. Hope niat munsyid-munsyid masih benar dan ikhlas.

Tak mahu berceloteh panjang kali ini. Cuma ingin ajak sahabat-sahabat sama-sama menghayati lirik lagu analisa ini. Tergugat juga, buat muhasabah bersama.



Analisa
Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Lirik: Mohd Firdaus Sahidin
Lagu: Megat MS/Mohd Firdaus
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions.

p/s: maaf kerana lirik tidak sama dengan video clip kerana itu bukanlah kumpulan shoutul amal

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday, November 24, 2009

Penyakit M.A.L.A.S menyerang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam banyak-banyak penyakit, ana paling gerun penyakit malas dan penyakit putus asa. Andai dijangkiti penyakit ini memang lingkup hidup ni. Boleh tutup kutub dan menunggu masa untuk menamatkan riwayat hidup. Dahsyat sangat ke penyakit ini?

BAHANA MALAS

Malas ni terlalu negatif untuk disebut sehinggakan sesetengah kelompok manusia menetapkan denda beberapa sen kerana menyebut perkataan 'MALAS'. Kenapa? Kerana dari mulut itu, terus meresap ke hati. Walaupun hakikat mulut melafazkan apa yang ada di hati.

Dengan Malas ini juga, anak-anak muda zaman sekarang lebih suka melepak dan membuang masa. Juga dengan malas hidup akan lesu dan Islam tidak akan bergerak. Ekonomi tidak berjalan dan dunia akan musnah. Bahana malas ini amat besar.

Andai kita malas, sedar atau tak biasanya malas itu apabila melakukan perkara kebaikan dan berfaedah, tetapi rajin pula untuk melakukan perkara negatif tidak berfaedah malah menambah dosa. Jadi, mahu atau tak malas itu pada sesetengah perkara sahaja. Yang selalu kita dengar ialah malas belajar, malas baca buku, malas memasak, tetapi rajin main game, rajin menonton TV dan rajin untuk makan.

PUNCA MALAS

Tidak perlu sebenarnya untuk diterangkan apa punca utama. Sudah pasti jawabannya nafsu dan bisikan syaitan yang hanya inginkan kesenangan dan keseronokan tanpa perlu bersusah payah.

Tambahan pula zaman sekarang kita dihidangkan dengan kemewahan dan segala kemudahan. Oleh kerana itu kita cenderung untuk malas berbanding rajin kecuali perkara-perkara yang menguntungkan seperti makan, membeli dansebagainya.

CARA ATASI

Di dalam doa-doa ma'thurat terkandung suatu doa yang memohon perlindungan daripada perasaan malas. Maaf kerana tidak dapat dilampirkan kerana ana tiada terjemahan lengkap. Doa ini seringkali kita lafazkan sebenarnya.

Selain itu ingat kembali tujuan hidup kita. Apa matlamat sebenar. cuba mujahadah dengan perasaan tersebut. Percaya bahawa ganjaran Allah sentiasa menanti.
"Berjuang itu pahit
kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit perih yang ditagih"

Selain itu semangat yang tinggi juga dapat atasi perasaan malas. Sentiasalah refresh dan charge semangat supaya dapat digunakan sewaktu memerlukannya. Lemah semangat malas dan putus asa merupakan kelompok yang tidak dpt pisahkan. Jadi untuk tewaskan kombinasi ini perlulah bersemangat, waja diri dan rajin. InsyaALLAH ALLAH akan permudahkan jalan menujunya. Itu yang paling utama.

Salam juang buat mereka yang menempuhi dan bakal menempuhi mid year exam. Gilirank ana lepas raya nanti..doakan ye?

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

p/s: saat ini penulis diserang perasaan malas yang menderu-deru. nasib badan...rajin pula tangan menarikan rentak di atas papan kekunci.

Wednesday, November 11, 2009

'Gila Bahasa'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah,selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad s.a.w dan ahli keluarga, sahabat baginda seluruhnya.

Kali ini, dalam keadaan tergesa-gesa, ingin ana coretkan juga sedikit perkongsian idea. Pertama sekali, ana harap sahabat-sahabat tidak terkejut dengan tajuk yang ana pilih yang langsung tidak menggambarkan apa yang ingin dibicarakan sebenarnya. Mungkin betul tetapi tidak sesuai, malah tidak menggambarkan sebagai pelajar agama yang belajar tentang Islam yang penuh kelembutan dan kasih sayang.

Apa yang hendak ana ulaskan sebenarnya mungkin muhasabah diri ana. Apabila ditaklifkan untuk membuat artikel ilmiah, ana seolah-olah menjadi seorang 'gila bahas', dengan menggunakan variasi perkataan yang membawa maksud yang sama. Tidak pasti adakah itu dibolehkan atau sebenarnya digalakkan atau menyalahi akta mengarang. Setakat ini, tiada pula yang memberikan komen, atau mungkin mereka terus menyunting tanpa memberitahu ana sebagai penulis. Terserah sahaja.

Namun sedikit sebanyak, ana tidak tahu. Adakah penting penvariasian perkataan yang menunjukkan bahawa kosa kata adalah banyak, atau itu membawa kepada kesulitan kepada pembaca.

Mudah Difahami

Sebagai artikel, sewajarnya ia mudah difahami, namun untuk menambah nilai mutu bahasa perlu juga diselitkan perkataan 'ghairu adi'(bukan biasa digunakan)....tetapi itulah, ana mungkin silapnya belajar hanya sekadar berdasarkan pengalaman, samaada membaca karya orang lain atau komen terhadap karya ana sendiri. Tetapi sampai sekarang ana rasa karya yang sebuah itu melampau sangat penggunaan bahasa yang boleh diistilahkan sebagai 'gila bahasa'.

Teringin hebat sebagaimana orang lain membuat artikel, tetapi apalah sangat ana yang tidak pernah mendapat didikan yang terus atau secara langsung kecuali hanya di bangku sekolah. Mungkin ana lebih suka menulis cerita kerana tidak memerlukan perincian kajian dan pembacaan, malah ketepatan fakta. Bebas, tetapi tema yang perlu dibawa pula menjadi sedikit masalah.

Semangat

Kadang-kadang semangat membuat karya~artikel, cerpen dan kartun~ memuncak(terutama ketika muhadharah-kelas) tetapi apabila menghadap laptop, lebih senang membaca blog sahabat sahabiah sahaja. Terus terlupa azam yang ditanam tadi.

Harapan semoga mesir dapat sedikit sebanyak memberi ilmu pengalaman dalam menghasilkan karya, walaupun pengajaran hanya didapati melalui didikan dan bacaan di dalam internet sahaja.

Kartun mungkin ana akan upload nanti tatkala telah berjaya menkonsistenkan penghasilan karya.

Last But Not Least

Ucapan selamat hari lahir buat ayahanda yang kucinta, hanya dikau ayahku di dunia dan akhirat...seinfiniti kemaafan atas segala kelemahan diri kudoakan dirimu diberi kesihatan dan kekuatan rohani dan jasmani untuk meneruskan tugas sebagai hamba Allah...doakan anakmu di sini.


abah sedang mengambil gambar cucunya
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday, November 2, 2009

Terima Kasih


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Di sini ingin di letakkan sebuah sajak, yang tercetus di waktu fajar berganti matahari...dah lama ana tak buat sajak secara khusus..

dedikasi khas buat sahabat sekelas yang senegara, sehati empat jiwa. Terima kasih kerana banyak menolong diri ini.

Kita Ada Rabbi

Tika itu,
Ku tersungkur jatuh,
Mereka terus berlari,
Meninggalkanku,
Tanpa berpaling,
Lupa kewujudanku.

Hampir ku putus asa,
Membiarkan mereka,
Terus berlari,
Jauh,
Tanpa usaha,
Menyaingi kembali.

Huluran tangan,
Menyapa ekor mata,
Kuntuman senyuman,
Menghiasi mereka,
Ku sambut keharuan,
Lantas ku bersama.

Bersama sahabat sejati,
Mereka kukuhkan hati,
Dengan isim Ilahi,
Mereka menasihati,
"Jangan menyerah diri,
Kita ada Rabbi"
Ku semat di hati.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, October 21, 2009

fenomena novel cinta

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah setelah agak lama membiarkan jaringan sawang menyesakkan blog ini, kembali bertandang membuat lontaran idea baru. Baru-baru ini sempat beberapa kali ana menyinggah kedai buku (drop by) dan melihat karya-karya baru di pasaran. Kelihatan lambakan novel, yang bertemakan CINTA. Kelahiran penulis-penulis baru yang diterbit oleh pelbagai syarikat penerbitan.

Majoriti buku ini bertemakan cinta. Suatu ketika dahulu ana turut berminat dengan novel cinta. Apabila kesedaran agama itu menebal di dalam diri, tertarik pula dengan novel cinta Islam yang semakin menguasai pasaran terutama selepas fenomina AYAT-AYAT CINTA.

Namun sekarang terasa bagai jemu melihat novel yang membawa tema yang hampir sama semuanya, cinta manusia, cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi. Yang dikira bagus sedikit mungkin cinta menurut perspektif Islam.

PEMBAWAKAN TERSENDIRI

Setiap penulis pasti ada 'style' mereka tersendiri dalam penulisan (atau dalam bahasa arabnya manhaj). Sedar atau tidak, pembawakan penulis perlu sesuai dengan jiwa pembaca. Tidak dinafikan di era ini pembaca lebih tertarik kepada kisah-kisah cinta yang indah dan terawang-awang. Semuanya indah di alam percintaan, membawa kepada melihat semuanya adalah sempurna. Bukankah ini membuatkan sesuatu yang tidak berpijak di bumi yang nyata?

Tidak dinafikan, dalam penulisan dakwah, sudah semestinya penulis harus memberi panduan yang sebenar kepada pembaca(mad'u), walaupun terkadang nampak terlalu sempurna. Ini yang sering berlaku, watak utama kelihatan sempurna. Ana sendiri kadang-kadang keliru. Pernah terbaca bahawa watak utama perlu sempurna atau paling baik berbanding watak yang lain. Walaubagaimanapun ada suara-suara yang mengatakan cerita yang sedemikian kekadang terlalu sempurna.

Berbalik kepada apa yang hendak dikupas, ana lihat zaman sekarang pendakwah atau penulis dakwah lebih banyak menggunakan tema cinta dalam berkarya. Dari segi sambutan, mungkin novel bertema cinta terutama cinta Islamik yang lebih mendapat sambutan. Tidak terkecuali diri sendiri. Sehinggakan kelihatan gelombang novel cinta di pasaran. Judul novel terkadang kelihatan sudah kehabisan ayat rasanya. DIA BUKAN MILIKMU, HATIMU UNTUK SIAPA, KAU DAN AKU....dan sebagainya.

Ana tidak tahu adakah ini perkembangan yang baik atau tidak jika rakyat malaysia membudayakan membaca, tetapi membaca novel cinta yang sentiasa membuai jiwa.

PILIHAN HATI

Kalau dah muak, buat apa ke kedai buku?

Pasti soalan itu timbul. Sebenarnya ana lebih suka mengendap buku-buku penulis yang diyakini mutu karyanya. Sebab itu sekarang ana hanya setia kepada beberapa penulis sahaja, terutama Haji Faizal (Faisal Tehrani). Persoalan yang dimuatkan di dalam karya beliau membawa kepada proses pemikiran.

Masih teringat, rasanya ada terdengar atau terbaca, antara ciri karya yang bernilai ialah membawa kepada proses pemikiran. Pencernaan minda dan sinaps di dalam otak (mungkin). Maksudnya perlulah membaca bahan bacaan berat. Namun terkadang hati kita lebih suka bahan bacaan ringan, yang tidak memerlukan minda memproses maklumat. Itulah yang melembabkan otak sebenarnya. Jadi perlu berhati-hati dalam memilih buku.

Dalam banyak-banyak novel, hanya beberapa penulis yang memberi banyak input kepada pembaca. Oleh itu, setialah kepada penulis yang dipercayai.

PERANAN PENULIS

Jika dilihat, terbentanglah peranan besar penulis untuk menyelitkan ilmu dan fakta yang benar dalam berkarya supaya karya itu terdapat nilai disamping lenggok sastera yang kreatif.

Semua ingin menulis, walaupun tidak semua reti menulis. Tetapi harus diingat, bakat menulis boleh diasah. Disitulah terlihat pentingnya latihan. Yang paling penting ialah kemahuan (rasa macam dah lari dari topik).

PENULIS BEST SELLER

Dunia penulisan, adakah yang ingin dicapai ialah menjadi penulis best seller atau berkongsi info dengan pembaca sebenarnya? Itu persoalan yang pernah timbul di fikiran ana. Menjadi penulis yang diminati ramai, siapakah yang ramai itu? Walauapapun, menulislah untuk memberi (ilmu) bukan menerima (duit). Satu lagi harga buku bertambah mahal bila sudah menjadi penulis yang berjaya ni. Bukankah menyusahkan peminat?Hmmm...

~~tidak sempat merakam lambakan buku novel di kedai buku yang berjaya membuatkan ana muak melihat novel.~~

والله أعلم بالصواب

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saturday, October 3, 2009

Kelahiran yang dinanti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sembilan bulan sepuluh hari (over due 10 hari), maka lahirlah seorang bayi yang telah berjaya mengkelam-kabutkan suasana raya kami sekeluarga. Mana tidak, kepulangan ana tahun ini bukanlah ke kelantan tapi ke shah alam semata untuk menjadi penjaga (guardian?..eh baby sitter sahaja) kepada anak kecil ini.

Tepat waktu asar tanggal 30 september 2009, maka lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat walaupun kecil berbanding abang-abang dan kakaknya sewaktu dilahirkan. Bayi yang seberat 3.2kg ini selamat disambut di PUSRAWI Kota Damansara. Buat pertama kali, anak saudara ana dulahirkan di hospital swasta. Terasa aneh sedikit, kerana bilik yang diduduki hanya seorang ibu yang menginap (eh, macam hotel la pula). Biasanya kakak-kakak iparku bersalin di hospital kerajaan.

Seperti biasa, kehadiranku diperlukan untuk menjadi penunggu (mcm puaka sahaja) pada sebelah malamnya. Memandangkan kondisi si ibu sihat dan sudah boleh berjalan terasa ringan sedikit kerjaku berbanding kelahiran Adib Nuruddin tahun lepas yang ibunya masih belum boleh bergerak sewenang-wenangnya. Biasalah, pengalaman mendewasakan diri. Memandangkan ini adalah anak keempat kakak iparku, dia sudah biasa menguruskan bayi. Tidak kekok seperti beranak sulong.

comel kan??

uih..tak dapat susu makan kain eh?

tido lagi best daripada layan mak su nih

Nama yang sepakat dipilih oleh keluarga abang ialah Firdaus Azhari. Tiada komen untuk nama ini. Bgi ana sendiri, siapa tidak gembira melihat bayi kecil. Walaupun bukan anak sendiri, perasaan bahagia meresap di hati. Bila dengar firdaus menangis itu yang paling diminati. Jadi, buat apa sahaja untuk dengar dia menangis? Owh, ana tidak sekejam itu. Lagipun si kecil ini hanya menangis apabila meminta susu...dan mandi..atau dibasuh bahagian kaki (ketika membasuh bahan kumbahan)~firdaus tak suka air ke kesejukan ye?~ Mak ana cakap sekali sekala perlu juga menangis untuk membuka rongga-rongga di dadanya. tapi memang comel sangat bayi menangis ni. Tak seperti orang tua menangis la.

BERKUMPUL LAGI

Semalam merupakan kenduri perkahwinan kak Khadijah (sammaituha najwa), ana dijemput oleh adiknya tetapi memandangkan atas sebab-sebab tertentu dan ditambah pula semua adik-beradik yang berada di sekitar Selangor berkumpul di bandar pinggiran subang ini, terasa alangkah rugi pula kalau ana tiada. Berbekalkan dua orang tukang masak terkenal (ana dan mak), kami menyediakan sup ayam, udang masak merah dah kacang cambah goreng dimakan bersama nasi air, mihun dan nasi biasa.

Bagi ana cukup bahagia, berkumpul bersama, solat hajat untuk Kak Ha(kakak kedua) yang akan menduduki peperiksaan master in Obstetric and Genecology (sakit puan dan perbidanan) pada 5 dan 6 oktober 09 ini. Didoakan beliau berjaya melepasi exam ulangan ini. Dan moga-moga ana menurut jejak langkahnya juga (perlu lebih rajin kali ini). Usai solat hajat, terus menjamu selera. Kemudia disambung pula dengan solat asar dan bacaan Yaa Sin berjemaah. kemudian berpisah kembali dan bakal bertemu kembali di Desa Gemilang Sungai Pusu 24 oktober ini. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Ana akan mengekori kakak ke terengganu 7 oktober ini dan kembali ke Shah alam 27 oktober ini. Lucu, kerana tahun ini bukan pulang ke Kelantan tetapi pulang ke Shah alam. Ya ALLAH, permudahkan segalanya.

TAKZIAH

Ucapan takziah (walaupun dah hampir seminggu) buat keluarga Kak Pah dan Kak Mun yang kematian ibu minggu lepas (sudah lupa tarikhnya). Dengan itu termaktub sudah dua orang besan mak meninggal setakat ini. Meninggal secara tiba-tiba setelah bangun di waktu subuh. Keduanya begitu dan sama-sama terengganu. Kebetulan...

Juga ucapan Takziah buat saudara seakidah di padang. Ana bimbang keadaan kenalan di padang. gagal untuk menghubunginya (baru pernah smsm, tak telefon lagi setakat ini). Harapnya dia sihat.

MENANGKAN ISLAM

Ya ALLAH, menangkan Islam ditempat Islam ditindas dan diketepikan. Satukan ummat Islam terutama di Malaysia ini...menangkan yang benar, jatuhkan yang batil..

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, September 16, 2009

Aidil Fitri Yang Dinanti atau Ramadhan Yang Pergi?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Terkadang terkeliru dengan kebanyakan manusia. Ada yang menangisi Ramadhan, ada yang bergembira kerana usai berpuasa dan beribadah. Ada yang biasa sahaja, ada yang hanya ingat raya. Semua itu atas keimanan kita. Apakah kita sudah layak mendapat pingat daripada madrasah Ramadhan atau tidak.

Terkadang terdetik juga di hati, terasa bagai Ramadhan kali ini langsung tidak dihargai. Walaupun masih berbaki hanya beberapa hari, tetap cuba meneguk nikmat mengabdikan diri kepada Ilahi.

KEPULANGAN YANG DINANTI

Entah bertepatan atau tidak sebenarnya tajuk di atas dengan keadaan ana. Pulangnya seorang anak rantau meraikan hari yang paling bermakna di rumah, di sisi ibu bapa dan keluarga. Walaupun sudah hampir dua hari menghirup udara Malaysia, masih belum bertemu mata dan bersua muka dengan ibu bapa tercinta, sekadar mendengar suara lewat telefon sahaja. Berkorban sementara atas permintaan ibu jua. Tidak mengapa, kerana pengorbanan itu bukti cinta. Bukan begitu?

Sebagaimana ibu bapa ana telah berkorban rasa menanti kepulangan anaknya yang berjuang di bumi kinanah, begitu juga ana harus memikirkan untuk tidak mementingkan diri dalam setiap keputusan. Namun rasanya masih banyak kepincangan berlaku lantaran ketidak matangan usia. Ah, apasal entry kali ini macam madah pujangga pula.

SEBELUM DIA PERGI

Sebelum Ramadhan pergi, teguklah kenikmatan sebelum ia meninggalkan kita. Teringat SMS yang dihantar oleh abang, lebih afdhal bermaafan di Bulan Ramadhan. Jadi, dengan ini ana menyusun sepuluh jari, memohon ampun maaf kepada semua sahabat atas segala kekhilafan diri. Selamat menyambung perjuangan mengabdikan diri walaupun bulan paling mulia semakin berganjak meninggalkan kita.

KUN RABBANI WA LA TAKUN RAMADHANI.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan yang semakin berlalu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji Bagi Allah yang masih memberikan nikmat meneruskan kehidupan di dalam ISLAM dan IMAN. Dua nikmat yang tiada tolok bandingnya kerana hanya orang-orang yang ALLAH pilih sahaja dibelai sifat arRAHIM-NYA dalam menerima nikmat ini. Selaut syukur kerana masih diberikan ilham untuk meneruskan tinta yang asalnya daripada teknologi yang amat seni saiznya, dijana melalui kod-kod lantas perlanggaran elektron di skrin komputer membolehkan kita membaca nukilan ini.

Sedar tak sedar penwujudan blog ini sudah hampir berusia setahun mengikut kiraan hijri kerana ana membina blog ini sewaktu sedang meneguk nikmat ibadah di dalam bulan Ramadhan. Fikiran ana tersorot kembali kepada entry pertama yang ana poskan ke blog ini iaitu berkenaan dengan kesedihan dan ratapan perginya bulan yang mulia, yang mengandungi malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan bulan yang menyimpan memori kemenangan Jundullah memerangi kuffar iaitu Bulan Ramadhan. (boleh tekan sini untuk melihat kembali)

PERGINYA RAMADHAN

Perginya Ramadhan kali ini terasa bagai semakin meruntun hati kerana terasa gagal menjadi pelajar terbaik madrasah Ramadhan. Walaupun segala amal hanyalah Allah yang berhak menilai tetapi rasanya terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Mungkin keadaan yang lebih berdikari menyebabkan diri jarang ditekan untuk mengingati bahawa nikmat bulan ini tidak boleh dipersiakan.

Walauapapun, setiap azam yang ditanam harapnya boleh kita teruskan, kerana bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk beribadah tetapi rasanya lebih molek kalau disebut bulan pemula ibadah. Kenapa? Analogi yang ana ingin bawa senang sahaja, untuk mendidik manusia, perlu ditundukkan dengan penuh peraturan dan didikan, sebagaimana sekolah, guru yang akan mengawal kita. Sepertimana juga bulan Ramadhan, puasa yang mengawal nafsu,memberi peraturan bahawa tidak boleh makan dan minum, menjaga mata dan hati.

Teringat dahulu guru biologi ana pernah mengatakan bahawa apabila berpuasa penghasilan sperma menurun secara tidak langsung mengurangkan rangsangan syahwat. Tidak hairanlah pernah terdapat dalam hadith bahawa kalau tidak mampu untuk berkahwin maka hendaklah puasa, kerana puasa dapat mengawal nafsu. Sebab itu juga kalau dilihat kafarah untuk mereka yang melanggar arahan dalam mengerjakan puasa Ramadhan amat berat bagi suami isteri yang gagal mengawal hawa nafsu, kerana secara biologinya sahaja sudah menunjukkan bahawa nafsu tidak akan aktif ketika berpuasa.

Nafsu juga hanya dapat dikawal dengan lapar dan dahaga sebagai mana hadith Qudsi (kalau tidak silap ana, mohon betulkan jika tersalah) yang mana nafsu mengaku bertuhankan ALLAH setelah dimasukkan di dalam neraka kelaparan. Jadi, untuk mengawal nafsu, kita perlu berlapar iaitu puasa.

NIKMAT YANG HILANG
Rasanya satu nikmat yang hilang kali ini ialah Ramadhan bersama keluarga. Terasa lain walaupun ada persamaan. Rindukan suasana yang Mak ana selalu perjuangkan. Berbuka dengan tamar dan kuih-muih lantas solat maghrib, kemudian barulah menjamah nasi. Di sini maklumlah, berbeza latar, menyebabkan banyak beralah. Rindukan mereka yang mengamalkan sedemikian, rindu untuk berjemaah dengan mereka, bukan melakukan secara fardi.

Selain itu, nikmat penghayatan juga jarang di dapati. Jika di rumah dahulu, tazkirah antara solat terawikh dan usai solat subuh terasa mengukuh di jiwa, tetapi di sini, mungkin kerana jiwa yang memberi azkirah itu belum dipenuhi dengan hamasah sebagaimana pentazkirah di Masjid kampung ana dulu.

KEMBALI KE TANAH AIR

Akhirnya keputusan telah diambil setelah mendapat persepakatan ijmak ulama'(hehe, mak ayah je), mereka mengarahkan agar anak mereka ini pulang ke Malaysia maka termaktublah di dalam senarai Egypt Air ana akan kembali ke Malaysia pada 15 September 2009 dan akan meneruskan cebisan perjuangan semula pada 27 oktober 2009.

Sekadar untuk makluman semua. Tidak sabar untuk menimang cahaya mata (abang) yang bakal lahir bulan syawal ini, isnyaALLAH.

SELAMAT MENGEJAR MALAM AL-QADR
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Friday, September 11, 2009

Bengkel Komik Dan Grafik KRAF 09

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun seminggu telah berlalu bengkel ini ana ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi aktiviti yang telah berlangsung. Walaupun dalam kesibukan beribadah dalam bulan yang penuh mulia ini, alhamdulillah unit al-Fityan yang dinaungi oleh PMRAM umumnya telah berjaya melangsungkan sebuah bengkel pengenalan komik dan grafik. Walaupun berlangsung dalam keadaan yang serba sederhana, alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun terdapat banyak kekurangan.

Dalam bengkel ini terdapat empat pembentangan yang dibentangkan oleh 4 oreng personaliti di dalam komik al-fityan iaitu Waizury (Dr. Izzat), Lagendaseni (Ust. Nasrullah), Menoufiaz (Ust. Alias Bin Chik) dan designer al-Fityan ustaz Fahmi.
Walaubagaimanapun hanya ini gambar yang ada dalam koleksi peribadi. (Maksudnya belum dikutip daripada semua orang lagi.)

Apa-apa pun syabas dan tahniah kepada semua adhoc yang telah menjayakan program ini. Semoga bengkel-bengkel lanjutan dapat dijayakan dengan lebih sempurna dan berkesan.



Adhoc tengah membuat persiapan dewan


inilah podium sewaktu perasmian pembukaan dan penutup


Sifu Lagendaseni sedang membentangkan kertas kerja



والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucapkan ahlan ya Ramadhan!!...selamat berpuasa dan berpesta ibadah kepada semua sahabat. Teringin memetik sms naqibah ana di DQ dulu, "semoga menjadi pelajar terbaik di dalam madrasah Ramadhan." Suatu penyuntik semangat ana kira. Walaupun awal Ramadhan ini tidak seperti Ramadhan biasa sebab ana terpaksa menduduki peperiksaan ulangan.

Walauapapun Ramadhan kali ini suatu pengalaman yang berbeza kerana berada di bumi anbiya'! Suatu perkara yang ana sangat teruja untuk mengalami sewaktu di ambang Ramadhan (bulan Sya'ban) kerana semua senior mengatakan rindukan Ramadhan di Mesir. Dengan perasaan ingin tahu ana thabatkan hati untuk terus melangsungkan kehidupan di benua afrika ini.

Suatu perkara yang ana kagum, sejak dulu lagi. Suasana al-Quran di hati tak kira tempat dan masa semakin menjadi-jadi di sini. Jika dulu, pernah suatu ketika ana pergi ke atm HSBC di Abas Aqad pada pagi Jumaat, terlihat pak cik jaga sedang mengalunkan ayat suci al-Quran. Subhanallah! Ana hanya mampu menggulung senyuman. Republik yang masih Islam rakyatnya. Tidak seperti Malaysia, hanya negara Islam (walaupun perundangan sivil) tetapi rakyat belum mengamalkan Islam sepenuhnya.

PERBEZAAN

Memang suasana yang amat berbeza. Pertama kali lalu di di tepi jami' (masjid atau surau) selepas pulang dari exam, pada waktu itu baru usai azan zohor. Terpaksa hampar tikar ke luar kerana ramai. Untuk pengetahuan sahabat di malaysia, Jami' yang ana lalui ini hanya sebuah Jami' kecil. Mungkin seluas sebuah rumah teres setingkat. Namun suatu yang mengagumkanlah bagi ana kerana suasana masjid di Malaysia, waktu zohor kadang2 dua saf sahaja.

Suasana di sini amat berbeza. Bila dengar azan, tak kiralah yang kerja pejabat atau yang kerja biasa, mereka berpusu-pusu menuju ke Jami' yang terdekat. Suasana kedai-kedai ditutup kerana solat itu perkara adat di sini (kecuali bagi kedai runcit dan sayuran). Sebab itu kadang-kadang pergi kedai 1 jam selepas azan. Itu pun kadang-kadang masih belum dibuka.

Ramadhan yang amat hidup bagi ana.

HADIAH

Perkara yang menarik sewaktu pertama kali berkunjung ke Masjid, solat bersama orang arab Mesir. Anak-anak kecil mereka bawa bersama. Yang memenuhi saf bukan sahaja orang tua (seperti di Malaysia) tetapi warga muda turut sama. Tiba di Masjid, usai solat tahiyatul masjid, terus membuka al-Furqan lantas mengalunkannya. Sesuatu yang ana kira, hanya terdapat di bumi Darul Quran sewaktu di Malaysia. Membaca al-Quran sewaktu menunggu bas, berada di atas bas biasa sahaja.

Apa yang menarik, mereka telah menyediakan soalan kuiz! Dan hadiahnya agak lumayan. Kitab Fathul Baari dan seumpamanya. Menarik bukan? Teringin sahaja meyertai, tetapi halangan bahasa dan tidak tahu bagaimana untuk menyertai, ana pendamkan sahaja niat itu.

KUIH BUATAN SENDIRI

Ramadhan di Mesir amat indah, walaupun hanya bersama kawan-kawan. Kerana berada di bumi asing, kami lebih banyak berdikari. Jika di Malaysia dahulu, teringin sahaja makan kuih yang pelik dan sukar dibuat, beli sahaja di kedai. Berbeza di sini, terpaksa hasilkan sendiri kerana kuih yang arab buat berbeza. Rasanya nanti balik boleh buat buah tanjung kat ma (ceh, cakap macam dah buat. Stakat ni baru makan yang orang buat).

OPSSS!!! Sebelum terlupa, makluman untuk sahabat yang membaca entry ini insyaALLAH ana akan pulang 15september09. Sebelum itu, doakan ana lulus dalam peperiksaan yang baru selesai diduduki. Doa itu ana dahului dengan ucapan jazakumullah khairan jaza.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, July 26, 2009

menangis ketika membaca??


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, selaut kesyukuran kerana hamba yang dhaif ini masih diberi kehidupan untuk membaiki diri yang lemah dan meneruskan perjuangan Islam. Dalam kesempatan yang terbatas ini, ingin ana kongsikan sedikit pengisian yang ana dapat semalam.

Menangis ketika membaca, berapa ramai antara kita yang menangis semasa membaca? Ana pasti, bagi mereka yang lembut jiwanya dan sensitif dengan persekitaran, akan menangis tatkala membaca kisah yang dimainkan oleh penulis sehingga sebak menyesak di dada. Namun, berapa ramaikah antara kita yang menangis tatkala membaca KALAM AGUNG yang 'penulis' asal merupakan PENCIPTA kita?

Rasulullah s.a.w. bersabda:
اقرؤوا القران وابكوا، فإن لم تبكوا فتباكوا
Mafhum : "Bacalah al-Quran dan menangislah, kalau kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis"

Melalui hadith ini kita dapat menilai betapa tuntutan menangis ketika membaca al-Quran amat ditekankan sehingga Baginda s.a.w. menyuruh untuk berbuat-buat menangis andai kita tidak dapat menangis secara semula jadi. Dengan harapan semoga perbuatan buat-buat itu, akan menjadi pemangkin kepada perasaan sedih yang jitu.

Pernah diriwayatkan, bahawa sahabat baginda s.a.w. AsSiddiq, merupakan seorang yang sangat lembut hati. Sehinggamana Rasulullah s.a.w. meminta beliau menggantikan Baginda s.a.w. menjadi imam, terdapat dalam kalangan sahabat menyatakan, kalau Abu Bakar (r.a) yang menjadi imam sudah pasti solat akan menjadi terlalu lama kerana beliau akan terisak-isak menangis tatkala membaca al-Quran.

Wahai sahabat sekalian, apakah kita sudah pernah menintiskan air mata hanya kerana membaca al-Quran? Ana yakin, kita pernah menitiskan air mata tatkala ingin mendamaikan kekusutan di hati dengan membaca peringatan dan khabar gembira daripada ALLAH. Namun ana menyeru diri yang dhaif ini juga sahabat sekalian koreksi diri kembali, pernahkan kita yang tidak menghadapi masalah, tetapi tatkala mendengar ayat-ayat ALLAH ataupun membacanya menitiskan air mata? Tepuk dada, tanyalah iman.

Membaca dengan tartil dan tadabbur

Sahabatku, untuk merasai nikmatnya membaca KALAMULLAH sudah pasti terdapat cara yang telah ALLAH gariskan sebenarnya. Sebagaimana ALLAH bertanya kepada kita:
"Apakah engkau tidak mentadabbur al-Quran?" (ana lupa ayat yang mana)
Itulah peringatan untuk kita sama-sama mentadabbur segala warkah cinta yang dikirmkan melalui Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. lalu disebarkan sehingga ia sampai kepada kita.

Lantas untuk mencapai tahap tadabbur yang sempurna, kita harus membaca al-Quran secara tartil sebagaimana ALLAH berkata: "Maka bacalah al-Quran secara tartil" (al-Muzammil:4). Apakah itu tartil? Tartil ialah membaca al-Quran sehingga jelas setiap huruf yang dilafazkan.

Memuliakan Al-Quran

Amat penting bagi kita sebagai generasi al-Quran untuk memuliakan Ayat-ayat cinta Yang Maha Penyayang kerana al-Quran ialah panduan, juga warkah dari yang Esa. Kita perlu menghormati ayat-ayat yang menjadi perlembagaan di dalam hidup kita.

Antara yang perlu kita jaga ialah mengelakkan daripada mencampur adukkan bacaan al-Quran dengan ketawa, juga kata-kata biasa kecuali darurat (maksudnya, kalau ada orang nak jatuh lubang kat sebelah tu, jangan la pula tak bagi tahu semata-mata kerana sedang membaca al-Quran).

Seterusnya, tidak bermain tangan dan selain daripadanya. Sebenarnya, adab semasa berguru juga sama, tidak dibenarkan bermain tangan sewaktu di dalam majlis ta'lim kerana perbuatan ini melambangkan kita tidak fokus dalam melakukan perkara tersebut.

Yang terakhir ialah, mengelakkan daripada memerhati perkara-perkara yang boleh mencelarukan minda (maksiat).

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rujukan: Al-Tibyan fi Adab Hamlatil Quran
Pembentang: Ustaz Khairul Anuar
Tempat: Rumah Kelantan Baru

Thursday, July 23, 2009

Program yang bakal berlangsung...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, selepas berakhirnya bazaria siswa, terdapat pula program lain yang bakal dianjurkan oleh PMRAM. Memandangkan ana adalah ahli yang komited dgn PMRAM, jadi sukacita ana ingin mengiklankan dua program yang akan dilangsungkan.


HAYAT '09 ialah program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh HEWI PMRAM. Program ini merupakan hari keluarga HEWI PMRAM. Boleh rujuk figur di atas. Antara acara menarik ialah Bazaria HEWI PMRAM dan pameran yang bakal dilangsungkan di RKB (28-30 julai), acara padang dan explorace yang diadakan di nadi syabab(pada hari pertama), pengisian ilmiah di RKB (pada 29 julai). Program ini khas untuk akhawat. Namun pihak ikhwah dibenarkan untuk menyertai acara bazaria (membeli-belah)...sebarang perubahan akan dimaklumkan kembali.

Kemudian program seterusnya ialah Ekspo Gempak PMRAM bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaya di MALAYSIA. Untuk makluman semua, terdapat empat pertandingan dibuka sekarang sehingga 2 ogos 2009 (boleh rujuk figur di atas). Dan tambahan untuk akhawat, terdapat pertandingan slideshow/video khas untuk akhawat. Syarat penyertaan boleh dirujuk di sini. Program bakal dilangsungkan pada 8 hingga 11 ogos 2009. Maklumat terkini anda boleh merujuk kepada egp.

Harap sama-sama kita dapat memeriahkan kedua-dua program ini. "Julang thaqafah bakti dicurah"..."Julang izzah teguh wahdah"

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday, July 13, 2009

Kursus intensif designer--->Alhamdulillah...selesai juga..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, Biro Penerbitan KPKM dengan kerjasama Lajnah Penerbitan KPKM telah berjaya melangsungkan satu kursus yang julung-julung kalinya diadakan di RKB iaitu Kursus intensif designer.

Setelah bertungkus lumus selama 2 minggu, segala kepenatan terbayar dengan sambutan peserta yang agak menggalakkan. Sebenarnya diharap sangat 60 peserta dapat menyertai, tapi memandangkan banyak pertembungan dengan program lain, hanya 24 orang peserta bertandang. Alhamdulillah. Diharapkan bilangan yang sedikit ini dapat menjadi berkualiti.

Program ini drasmikan oleh Ustaz Norhalif, YDP KPKM 08-09. Pembentang yang dijemput khas ialah Ustaz Mohammad Tarmizi Affandi dan Ustaz Mior Khabir Zikri. Turut menerangkan reka bentuk ialah Ketua Unit ICT KPKM, Ustaz Wan Ahmad Hanif Wan Mohamed@Adnan.

Pembentang utama ialah Ustaz Tarmizi yang telah lama berkecimpung dalam bidang reka bentuk sehingga beliau terpilih untuk mereka bentuk Suara Kampus Edisi Kelantan. Dengan harapan yang besar daripada pengarah program supaya dapat melahirkan generasi pelapis untuk mereka bentuk. Sememangnya beliau membentang asas daripada asas-asas mereka bentuk.

Mungkin ada yang sesetengah menganggap pembentangan pertama memboringkan. Tapi ingatlah, itu yang perlu dikuasai sebenarnya oleh para pereka bentuk. Ana turut merasai kelebihan ilmu yang dicurahkan pada hari tersebut. Namun terasa rugi amat kerana tidak dapat memberikan sepenuh perhatian.

Ana tidak ingin mengulas panjang tentang program ini. Sekadar makluman aktiviti yang pernah ana lalui..

Uda jadi pengerusi majlis

macam kenal je?hmm...

Yang dipertua memberi ucapan perasmian. "Pastikan anda memberi aset kepada Islam setelah melalui program ini".

"Sekarang tibalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta ."jeng..jeng..jeng...

"Sape bleh jawab kenapa ayat ini dipilih? Cepat-cepat. Sape jawab betul saya bagi gula-gula.hehe"


"Saya nak sorang terangkan bagaimana cara untuk scan gambar. Em, kita mula dari akhawat dulu."

Para juri tengah menilai hasil kreativiti peserta.
Kritikan pedas hanya dirasai oleh sesiapa yang memakan cili.hihi

Barisan Adhoc yang ku sayangi. Thanks for your help.

Peserta tengah khusyuk mendengar moderator 'berleter'

Busy betul gadis berbaju biru ni sorang.
Nak habis program pun duk nepon lagi


Barisan juri profesional yang kami segani.
Nasib baik semua jenis sempoi.
Kalau jenis serius, lari abis peserta.

Barisan Adhoc ikhwah dan pembentang. Thanks also for your commitment.
Tanpa korang semua, xtau la apa yang jadi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya dimana gambar formal adhoc akhawat. Ha...sama-sama kita tunggu, sebab ana belum ambil lagi dengan ketua biro. Walauapapun, terima kasih semua atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dan sokongan yang korang berikan. Juga kepercayaann yang diberikan kepada diriku yang lemah ini.

Juga kepada sesiapa yang ingin membeli CD atau DVD rakaman pembentangan kertas kerja, sila hubungi Ustaz Hanif (Ustaz Hanif ke Ustaz Hazim ye?? Lupa) atau Ustazah Juita Nurani (klu nak no or email depa, hubungi ana direct ye? Bahaya letak kat sini)

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Thursday, July 2, 2009

Perginya mujahid kedua..dua kehilangan besar buat kami..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam sebaik sahaja tiba di rumah seusai mesyuarat di RKB(1 a.m. sewaktu ana tengok jam), ana melihat dua mesej dalam peti masuk mesej nombor celcom. "salam.. Alfatihah ke atas sahabat kita ALLAHyarham Nabil Marwan yg br meninggal dunia.Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh.Amin".

Tatkala membaca mesej ini (daripada nombor yang tidak keluar nama pemilik -samaada ana sudah delete, atau ada dua nama, atau ana tidak kenal siapa; juga daripada adik hanisah kemudian alang fatimah turut menghantar perkhabaran yang sama), ana tidak terkata apa-apa. Cukup terkejut. Tidak menyangka, exco iq-rac gen 7 ini turut menuruti saudara Ammar(mantan timbalan pengerusi 1). Cuma mungkin cara kematian mereka berbeza. Tapi setahu ana, kedua-dua mereka merupakan pendokong dakwah. Apatah lagi saudara nabil merupakan exco biro dakwah sewaktu ana menjejaki ke DQ.

TERBAYANG

Walaupun ana bukanlah begitu mengenali beliau, kalau diberi gambar disuruh mengecam beliau mungkin ana gagal, tapi ana masih terbayang-bayang sewaktu acara penutup orientasi di CFSIIUM beliau membacakan ayat al-Quran. Suara yang cukup merdu. (waktu itu ana antara barisan sisters di hadapan).

Membaca blog-blog sahabat beliau, sudah tergambar kemuliaan peribadi. Biarlah diri ini tidak mengenali beliau, iringan al-Fatihah turut ana sertai. Juga buat saudara ammar. Kehilangan besar buat pelapis generasi mujahid Islam. Al-Faatihah.

IKLAN

Buat perhatian Ahli KPKM, tanggal 8 Julai 09 akan diadakan kursus intensif perekabentuk (designer) di RKB. Penyertaan terhad kepada 30 orang ikhwah dan 30 orang akhawat. Anda boleh rujuk blog KPKM.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Friday, June 26, 2009

Perjalanan ke Sayyidah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ini ana selamat sampai ke sayyidah zainab, tempat yang terkenal sebagai kawasan duduknya pelajar-pelajar perubatan universiti kaherah (cairo university). Bukanlah kerana terlalu bosan duduk dirumah sendiri, tetapi atas dasar ingin menziarahi sahabat-sahabat satu sekolah dahulu.

Buat sementara waktu, ana menginap di rumah Dr.Fatin Hanira atau sebagaimana yang ana panggil padanya iaitu along. Hari ini dia bakal menduduki peperiksaan terakhir, oral pathology.

Tiada apa pun yang menarik sepanjang perjalanan ke sayyidah. Cuma sewaktu menunggu bas bernombor 14 muncul, kami sempat berjumpa dengan kak Tina yang bakal pulang ke Malaysia pada 30 jun ini. Hmm...nanti hilanglah seorang "lawyer" kat mesir ni buat sementara waktu [walaupun skadar lawyer buruk..kih3...sorry kak Tina). Ana tidak tahu lagi apakah sempat untuk menemuinya buat kali terakhir sebelum dia berangkat pulang.

Namun dek kerana bas 'malu' untuk memunculkan diri kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi, walaupun kami tahu hakikat tambang teksi itu mahal. Masa lebih berharga daripada emas...bukan masa itu emas ya?

SUNYINYA RKB!!

Ana rasa ahli KPKM yang komit dengan KPKM semua tahu kepulangan sebahagian besar ahlinya ke Malaysia. Ana cuba membayangkan kesunyian RKB (Rumah Kelantan Baru) pada musim cuti panas ini lanjutan daripada kepulangan siswa dan siswi al-Azhar Kelantan ke tanah air.

Juga buat maklumat semua, ana akan turut serta mensunyikan lagi bandar kaherah. InsyaALLAH kalau tiada aral, ana kembali ke tanah air pada 19 ogos 2009. Biarlah ana bakal pulang sebentar cuma, kerana ana memandang ana lebih diperlukan di sini. Balik kerana menghiburkan kerinduan ma abah kepada anak bongsunya [ana pun rindu juga]. Kononnya baru-baru ini cuba untuk bertahan setahun beraya di perantauan, tapi atas sebab-sebab tertentu, ana digesa untuk kembali ke Malaysia [insyaALLAH].

Program di RKB sekarang sudah mula aktif kembali, namun masih belum hangat (atau mungkin disebabkan ana tidak turut serta dalam menghangatkan program, jadi tidak dapat menilai). InsyaALLAH pertengahan bulan Julai akan diadakan bazaria siswa (boleh rujuk blog kpkm). Pengalaman bazaria di sini, cukup menakjubkan kerana begitu menjaga batasan daripada berlakunya ikhtilat (percampuran) antara lelaki dan perempuan. Pengalaman menjadi ajk Bazaria HEWI baru-baru ini cukup indah. Tiada istilah segan untuk membeli kerana tiada ustaz yang menjual. Unit yang berhubung dengan lelaki pun unit perhubungan.

Apa yang berbeza, bazaria ini menggunakan khidmat 'pelayan' (yang dimainkan oleh unit perhubungan). Pelanggan hanya datang, menempah makanan di kaunter, kemudian duduk di 'meja jepun' dan menunggu pesanan sampai. Ada menganggap khidmat sebegini harus ditukar kerana tidak terasa suasana bazaria. Namun bagi ana, tidak akan berlaku kes berebut dan bising di kala kebanjiran pelanggan.

Satu lagi perbezaan yang dapat dilihat ialah apabila tiba waktu solat, perjalanan diberhentikan buat sementara waktu (sekitar 20 minit selepas azan) untuk membolehkan penjual dan ajk berehat sebentar dan menunaikan solat yang wajib. Jika di Malaysia, diwaktu inilah ujian ALLAH tiba, pelanggan berduyun-duyun datang membeli, sehinggakan penggerai leka terhadap kewajiban kepada yang MAHA ESA. Syabas ana ucapkan buat El-azhari el-Azhariah semua.

SELAMAT PENGANTIN BARU!


Selamat pengantin baru kepada Ustaz Firdaus Toha dan Ustazah Marliza (Kak Za alex-rkl) yang telah selamat di ijab qabul semalam di ARMA. Semoga rumah tangga membawa ke syurga, insyaALLAH. Ana sendiri pun baru mengetahui bahawa ana ma'ruf dengan zaujah ustaz Toha ni, kerana kebanyakan sahabat tertanya-tanya siapa kak Marliza tu? (skema sangat sebut nama penuh?!)

Haflah insyaALLAH bulan Julai nanti. Haih, cemburu la pula tengok orang kahwin ni. Sabar-sabar. Belum tiba masanya lagi untuk ana berumah tangga. Baru nak masuk 20 (4 dis...tapi ikut kalendar Hijri sudah 20 tahun). Ada juga hajat nak kahwin awal ni, tengoklah rezeki ALLAH nak bagi. Ilmu tak banyak lagi ni. Yang penting bersedia bukan mencari.

RELEASE TENSION...ZIARAH MO'MEN???

Tanggal 25 Jun 2009 sebaik sahaja usai solat asar, ana menemani sahabat-sahabat (lebih tepat kakak-kakak) ke restoran MO'MEN untuk menikmati sedikit hidangan fastfood. Kata mereka nak release tension. Alhamdulillah di Mesir lebih banyak pilihan restoran fastfood, cuma kita perlu berhati-hati supaya tidak menyumbang kepada restoran yang berkompromi dengan israel. Walaupun perut sebenarnya masih kenyang penangan nasi lemak buatan mak angkat (madam jamilah@kak lah) dan buahan koktail buatan sendiri (tiada gambar untuk ditunjuk), ana sertai juga mereka kerana ingin menyibuk. (kadang-kadang bersikap menyibuk inilah merapatkan ukhuwah)


trademark mo'men


makanan yang diorder

alhamdulillah dah kenyang...jom balik!!



SUSAHNYA TIADA ADOBE FLASH

Malam kelmarin ana meng'uninstal'l adobe cs3 kerana photoshop gagal dibuka memandangkan kapasiti hardisk yang kosong tidak mencukupi lalu ia tidak dapat berfungsi. Disebabkan terlalu geram, banyak juga ana drop program, namun kapasiti masik tidak terjejas. Kemudian ana cuba untuk menginstall kembali. Allah mak! ada 1.78GB je kosong?! Sedangkan Adob cs3 memerlukan 4.4GB free space.

Nekad, keputusan untuk format kembali hardisk ana akan jalankan. Bila, wallahua'lam, kerana ana pasti akan menyusahkan ustaz hanif nanti (terpaksa minta sifu guide nanti). Waktu inilah ana merasakan keperluan external hardisk untuk memindahkan segala data di dalam komputer. Sungguh memenatkan apabila berfikir tentang ini (fikir pun dah penat, belum buat lagi). Walauapapun ana harus bertindak pantas kerana tidak mahu suasana seperti gambar di bawah berterusan kerana ketiadaan flash.

gambar jam yang muncul di blog tidak muncul di laptop ana


sama juga ym, tiada lagi smiley sewaktu hendak sign in...semua kerana adobe flash


Semoga ALLAH permudahkan urusan untuk format kembali laptop ini, kerana ana cuba untuk berdikari kali ini. Sudah jemu menyusahkan ustaz-ustaz lantaran kegersangan akhwat yang reti format hardisk dan windows. Usaha tangga kejayaan. Xia You!! (Tapi harapnya jangan disebabkan sibuk duk cakna kat laptop buku madah letak belakang. Na'uzubillah)


والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday, June 23, 2009

Tabahkan diri..kuatkan tekad...teruskan perjuangan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Kesibukan semakin mencengkam diri...semoga ALLAH tabahkan hati. Cuma hati ini dirundum perasaan sedih kerana diri diuji dengan ketidak ikhlasan niat dalam melakukan amal kebajikan. Sehingga keletihan dilayan dan perkara penting diremehkan. Ya ALLAH, bekalkan daku semangat. Perjalanan jihad masih panjang, andai diri rebah di perjalanan, semoga KAU kembalikan kekuatan untuk berdiri kembali...





والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, June 21, 2009

Mulakan sekarang... jangan tunggu lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Adakah terdapat di kalangan sahabat yang tertanya-tanya tentang perubahan status yahoo messenger ana yang terkadang banyak menjurus ke arah ketuhanan sejak akhir-akhir ini? Ana rasa tak ramai pun yang perasan (macamlah ramai sangat yang ambil cakna). Sebenarnya setelah beberapa minggu menanti dengan sabar saat internet memberi cahaya biru pada usb modem, alhamdulillah berjaya menghabiskan semua episod pengisian Ustaz Hasrizal mengenai Maza Ya'ni Intima-i Lil Islam. Iaitu rangkaian episod makna bergabung dengan Islam yang lebih sesuai untuk kita di zaman alaf 21.









usb modem yang telah biru. jika line agak sibuk ia akan bertukar hijau

Penekanan ana kali ini bukanlah tertumpu kepada cara penyampaian ustaz yang menarik, tetapi isi penyampaian yang benar dan jelas. Seolah-olah ia memperincikan lagi bacaan kita terhadap buku karangan Allahyarham Sheikh Doktor Fathi Yakan. Walaupun saat ana sedang dalam tempoh menghayati pembentangan ini, dikhabarkan dengan berita pemergian syeikh Fathi Yakan tetapi ana sedar kitab yang telah ditinggalkan oleh Syeikh bukan sekadar santapan rohani sewaktu Usrah dan Liqa' sahaja tetapi memerlukan pengamalan yang mengikuti sebagai mana kata Ustaz Hasrizal, usrah yang sebenar bermula apabila membaca Tasbih Kafarah sehingga membaca surah al-Fatihah.Sesuatu yang cukup mendalam jika difikirkan kembali, sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dan tafsiran.

Walaubagaimanapun ana tidak mahu menghurai lebih panjang kerana pencarian sendiri adalah lebih bermakna daripa curahan tanpa tentu penerimaan. Jadi, terokailah ilmu berkaitan apa erti kita menggabungkan diri dengan Islam yang sebenarnya. Apa yang ana ingin perkatakan kali ini ialah intipati perbualan ana dengan seorang sahabat di Malaysia semalam iaitu Akh Mukhlis (bukan ustaz mukhlis penghulu mantiqah samy bagi kpkm ye?). Sesuatu yang mungkin ramai tidak sedar atau sekadar ana seorang sahaja yang tidak sedar. Iaitu peranan ilmu tasawwuf dalam gerakan Islam.

PERANAN ILMU TASAWWUF

Pernahkan kita membuka minda terhadap kepentingan ilmu tasawwuf sebenarnya? Ana rasa minda kebanyakan kita cetek mengenai tasawwuf, sekadar mengetahui mereka ialah golongan yang mensucikan diri dan mengasingkan diri daripada dunia. Sedar atau tidak tasawwuf sebenarnya ilmu yang menjadi asas kepada pentarbiyahan yang terbesar iaitu akhlak. Kita mengetahui teori asas bahawa Islam umpama satu pokok, aqidah ialah tunjang dan akar bagi pokok tersebut, manakalah ibadah merupakan batang dan dahannya dan akhlak ialah buah hasil daripada tunjang dan batang.

Namun ana lihat disini, tanpa perhatian yang teliti, baja yang terbaik dan penjagaan yang rapi mana mungkin pokok itu akan menghasilkan buah yang lebat dan berkualiti juga terselamat daripada ancaman serangga perosak dan penyakit? Begitu jugalah perumpamaan akhlak. Jika tanpa pengamalan yang berhati-hati di bawah pengawasan seorang murabbi dan ilmu yang diwarisi daripada sang murabbi, masakan akan lahir akhlak yang terbaik?

Hakikat akhlak ialah sesuatu yang tidak dapat dicari melainkan melalui warisan daripada orang yang ahli tentangnya, bukan sekadar membaca. Merenung zaman Rasulullah kembali, mana mungkin para sahabat mempunyai akhlak semulia mereka jika tidak mempunyai murabbi yang ahli dalam akhlak ini. Waima pada zaman itu masih tiada lembaran tulisan yang membahaskan perkara ini. Dan sang murabbi tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Ini membuktikan bahawa tarbiyah sufiyyah (ruhiyyah) hanya didapati melalui muamalah, iaitu melalui mendampingi dan bersahabat dengan murabbi.

Begitu juga mujaddid yang kita banggakan sebagai seorang yang membawa kembali kepada kebangkitan Islam iaitu al-Imam Hassan al-Banna, beliau juga ditarbiyah oleh seorang ulama sufi iaitu Imam Abdul Wahab Al-Husofi. Ini membuktikan bahawa ahli sufi adalah golongan murobbi yg mentarbiah umat Islam sejak zaman berzaman

Menurut Akh Mukhlis lagi, kebanyakan perbincangan dakwah haraki sekarang mengabaikan tentang kefahaman terhadap asal usul dakwah. Imam Hassan al-Banna sendiri telah menyatakan bahawa ikhwanul muslimin berteraskan tarbiyah sufiyyah (Haqiqah sufiyyah). Ini bermakna murobbi dan naqib dalam sesuatu liqa' adalah seorang yang diakui keahlian dalam mentarbiyah. Bagaimana kita mengetahui keahlian kita? Iaitu melalui murabbi. Beliau yang akan mengiktiraf kita jika kita sudah mampu untuk mentarbiyah insan lain.

ADAKAH BERERTI KITA MENINGGALKAN GERAKAN?

Tidak sekali-kali sebenarnya. Kita perlu terus bersama gerakan Islam dan terus bergerak. Namun kunci untuk mengubah manusia lain ialah mengubah diri sendiri. Oleh itu kita perlu memperoleh tarbiyah berperingkat seiring dengan perjalanan dakwah. Ini kerana kita tidak lagi mempunyai masa yang banyak untuk sekadar memperbaiki diri sehingga memperoleh kesempurnaan yang diiktiraf untuk mentarbiah insan lain.

Selain itu, tuntutan dalam mentarbiyah diri adalah lebih dituntut sebagai mana Sabda Rasulullah : "Kalau kamu lihat dalam kalangan kamu akan sesuatu yg munkar, maka ubahlah dgn tangan....mulut...hati...". Ini bermakna dalam berdakwah, melalui tangan mulut dan hati sudah cukup untuk melepaskan diri daripada taklifan mencegah kemungkaran. Walaubagaimanapun untuk diri sendiri, perlu kepada pemulihan secara habis-habisan. Tetapi macam mana kita nak singkap kesalahan diri jika menyibukkan diri dengaan kesalahan orang lain yang mana ianya kalau dengan ingkar dengan hati pun sudah memadai. Namun suatu sikap yang tidak wajar ialah manusia lalai melihat keaiban diri sendiri kerana disibukkan melihat keaiban orang.

Oleh itu Akh Mukhlis menasihati ana untuk mencari guru sufi segera dan jangan bertangguh-tangguh lagi. Kerana murabbi sufilah yang akan membantu menyusun akhlak. Harapan ana cuma satu, diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan walaupun hati sering mengeluh keletihan. Cabaran dan halangan silih berganti. Semoga ALLAH thabatkan hati kita semua. Andai ada keralatan fakta dalam post kali ini harap ditegur, memandangkan untuk menyimpulkan satu perbualan panjang susah bagi ana. Hanya sedikit perkongsian yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w.: "sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Thursday, June 11, 2009

Kenapa macam ni??!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Sepatutnya ana dahulukan post berkenaan sambutan bithday achik, tapi memandangkan payah nak upload gambar, ana kiv dulu post tu. Post kali ni ana nak luahkan iman ana je. Time iman tinggi ni, baik kongsi bersama, kan? Manalah tahu takut-takut sahabat-sahabat dapat tempias juga, insyaALLAH.

Hari ini ana terfikir. Kenapa jadi macam ni? Kenapa banyak teralih daripada hadaf sebenar? Jadi, mesti timbul persoalan di fikiran sahabat-sahabat apa 'objek' perbicaraan?

Hadaf Sebenar
Ana bercakap hanya di pihak ana, terasa banyak terpesong daripada niat sebenar datang ke Mesir. Sebenarnya datang nak kukuhkan hafazan juga ilmu. Nak jadi pengunjung setia majlis ilmu. Datang nak menuntut ilmu ALLAH selain nak aktifkan diri dengan persatuan. Juga ada suatu hadaf yg tak perlu dikongsikan. Tak pernah terfikir pun nak jelajah ke furu'-furu' dan muhafazah-muhafazah(iaitu negeri) yang lain.

Tetapi terasa setelah sekian lama ni ana terasa macam hampir terpesong niat. Ingat nak jalan situ jalan sini. Kalau menuntut ilmu seiring boleh tahan lagi. Ini tak berjalan je kuat. Lepas tu, banyak ikut perasaan. Belajar pun macam berterabur sahaja. Al-Quran, wallahua'lam. Kuat betul ujian.

Tambah-tambah, orang-orang di sekeliling hanya ingat lepas exam nak pergi situ dan sini, nak pergi beli barang-barang untuk bawa balik dan macam-macam lagi. Tapi tak pernah pun sentuh pun pasal nak pergi gami' tu atau masjid ni (gami' ialah masjid). Setakat ini, ana rasa seorang sahaja yang dorong ana untuk pergi talaqqi ni. Kak pah, adik kak Mun. Dia siap suruh ana berkawan dengan orang yang kuat talaqqi macam dia lagi supaya thabat lam perjuangan cari ilmu ni.

Niat tu ada
Sepanjang beberapa minggu ni ana tengok, orang-orang sekeliling ana ni ada niat nak talaqqi, cuma tak ada penggerak. Dan ana pula bukan bersikap penggerak. Jadi rasanya mungkin nak cuba bergerak sendiri dahulu. Cuma masalah di sini kadang-kadang bimbang untuk bergerak sendirian ni. Namun harus juga. Perlu berdikari. Tak selamanya kita perlu berteman. Kalau terlalu berharapkan teman, sampai bila tak bergerak.

Jadi, kena tegakan diri. Teringat pesan ustaz Amiri kepada Ma sewaktu sebelum ana datang ke Mesir. Kalau nak senang pergi talaqqi kena kahwin la. Namun bagi ana, nak senang bertalaqqi ni kena kahwin dengan yang rajin juga. Susah kalau ana sahaja. Eh, masuk bicara bait muslim pula. Isk...

Jadi sekarang ni, ana yang kena rajin. Rasa macam dah seminggu membuang masa di rumah. Jadi, perlu bergerak. Remaja perlu bergerak, samaada menuntut ilmu atau berpersatuaan. Jangan biarkan diri leka dan tenang. Kerana air yang tenang itu merosakkan.

Takziah Buat Keluarga Ammar Zulkifli
Satu mesir terasa bergegar bila dikhabar bahawa 5 orang pelajar perubatan universiti Kaherah kemalangan. Salah seorang mati ditempat kejadian (Ammar), dua orang cedera parah (Akram dan Rahman), dan dua orang cedera ringan (Fitri dan Saif). Pemandu yang pada mulanya ditahan polis alhmadulillah sudah dibebaskan. Kereta mereka terbabas sewaktu cuba memotong lori di lebuh raya.

Jenazah Ammar dihantar pulang ke Malaysia. boleh rujuk di Blog sahabat beliau Syed Muhammad (senior di DQ dahulu. Ammar pun senior juga, cuma tak sempat kenal). Cuma bila ana tengok gambar dia, terasa macam pernah jumpa. Hmm...selalu saja ada perasaan macam ni. He..he...he...

Satu perkara yang ana kagum, ramai orang pergi solat jenazah beliau. Ana pernah terdengar sesorang berkata, nak tengok kemuliaan seseorang tu, tengok berapa ramai yang pergi solat jenazahnya.

Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi arwah, merehatkan beliau di alam arwah, walaupun pada waktu ini sahabat beliau masih memerlukannya. Sahabat itu penjaman Allah, bersyukurlah pernah bersahabat dengannya...[kata-kata ini khas untuk senior-senior universiti kaherah tahun 3]

Kesimpulan

Jadi kesimpulan entry kali ini, jangan mudah terpengaruh dengan ajakan nak berjalan tu. Kalau ada musyrif tetap, boleh juga dipertimbangkan. Namun aulakan mencari ilmu, sebab itu tujuan utama. Ana akui ana kurang selesa untuk melancong tanpa keluarga. Tidak pernah. Kecuali rombongan sekolah. Itu sahaja. Yang penting niat tu yang susah nak jaga.

Tapi memang Allah perintahkan supaya berjalan di bumi ini mengambil 'ibrah. Tetapi agak-agak, sejauh mana dah tercapai sepanjang permusafiran juga perantauan ini? Tepuk dada tanya iman.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday, June 8, 2009

Cuba teka!!...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

kali ini ana ingin berteka teki...
hope sahabat-sahabat dapat bagi respon kat komen la...
gambar-gambar ni ana ambil kat dapur....
sewaktu membuat persediaan untuk sambut birthday achik...




agak-agak, ni ape dia?
macam kacang....
tapi kacang ape?
kenapa terapung-apung?






yang ni apa pula ya?
warna merah...
nampak cam pedas
sebab merah...
hmm...apa ye?



yang ni pula macam mana?
nampak macam semacam je?







والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, May 31, 2009

Trip to dive

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Sepatutnya yang mengulas pasal ini ialah kakak ana (Kak yan atau namanya Dr. Nazian Hanna) tapi ana sengaja mengulasnya tanpa pengetahuannya..hehe...harap dia tak marah..gambar-gambar yang ada ni pun ana ambil dari facebooknya. Jadi tiada masalah la kan?

Sememangnya sejak ana belum exam hari tu lagi dah dengar ura-ura dia hendak diving di sipadan. Maklumlah ada link dengan uncle navy. Jadi senang la kerja. Uncle Ridwan tu pun peramah, bak kata kak yan la. Jadi, jom kita tengok la gambar-gambar yang dirakamkan. Diharap kita ambil yang positif dan buang yang negatif (pandai-pandailah bezakan yang baik dan buruk tu. Rasanya semua yang baca blog ni dah mumaiyiz).

Baik ana akan mengulas serba sedikit berkenaan gambar-gambar yang ana grab dari facebook Dr. Nazian Hanna ni. Untuk melihat dengan lebih jelas, klik gambar tersebut ye? Harap sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua.


Gambar ini dirakamkan sewaktu dalam perjalanan untuk menyelam di kepalai. Sebenarnya, Kak Yan menyelam di dua tempat. Di kepalai dan sipadan. Ana tidak tahu berapa jauh jaraknya kerana tidak sempat mendapat maklumat lanjut. Hanya membuat kesimpulan berdasarkan album di dalam facebook sahaja. Kalau diperhatikan, dia adalah satu-satunya perempuan yang menyertai misi ini. Sesuatu yang menarik. Berani bukan? Ibrah yang boleh diambil di sini ialah, kita perlu berani walaupun kita bersendirian tanpa teman muslimat yang lain. Padahal ini adalah pengalamannya yang pertama. Teringat kata-kata kak yan, "jadi roses among the thorn la". Ana pula membuat kesimpulan (kerana rasa macam salah je ayat kak yan tu), she is being a rose among beetles. Bagi ana perkara ini memerlukan kekuatan jiwa. Harap-harap mawar itu ialah mawar yang tajam durinya insyaALLAH. You inspiring me my sis!


Gambar ini dirakamkan di Pulau Sipadan. Ana mengandaikan ana berada di situ, rasanya macam kurang berani untuk bergaul dengan jejaka-jejaka tersebut. Teringat kata-kata seseorang yang pernah dinasihatkan kepada ana, jangan syadid sangat bab muamalat, nak bergaul boleh dengan lelaki, tetapi pandai-pandai jaga. Namun bagi ana pula kalau tak kuat, elakkan. Walaubagaimanapun, ada seorang senior mengingatkan ana pula. Pegang kata-kata Saidina Ali r.a. yang mafhumnya, orang yang bersederhana dalam setiap apa yang dilakukan selamat dunia akhirat. Rasulullah pun pernah berpesan, mafhumnya, sebaik-baik perkara ialah bersederhana. (andai silap harap ditegur..ana pun lupa)



Melihat gambar ini, rasa cemburu timbul. Ye la, ana mana pernah menyelam. Jangankan menyelam, berenang pun tak pandai. Kak Yan ni pandai berenang. Dalam keluarga ana, ana seorang sahaja yang keciciran dalam bab berenang ni. Tak sempat belajar. Semoga Allah bagi kesempatan dan keberanian untuk belajar nanti. InsyaALLAH sanah gai (tahun-tahun depan). Ini gambar Kak Yan yang dirakamkan oleh instructor. Semua gambar-gambar yang diupload ini ialah gambar yang instructor ambil. Ana bertanya, apa perasaan saat Kak Yan berada di dasar laut tu? "seronok, takut jugak...ingat Allah banyak-banyak...tengok kebesaran Maha Pencipta kat dasar laut"



Dua gambar ini adalah antara yang dirakam yang menunjukkan hidupan marin. Teringin melihat dengan mata kepala sendiri, tetapi peluang masih belum ada. Mungkin keihklasan niat belum ada lagi, jadi Allah tidak mengizinkan lagi. Pernah ana berkunjung ke Taman Laut (Marine Park) di Pulau Redang. Namun dek kerana tidak pandai berenang, ana gagal untuk meneropong (menggunakan google..bukan google.com ye?) keindahan karang dan warna warni laut itu sendiri. Ana sukakan biru laut, ia antara warna kegemaran, namun entah bila ana dapat berada di dalamnya. Semoga Allah memberi peluang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. InsyaAllah pada suatu masa nanti.

Penerokaan alam perlu untuk memberi 'ibrah dan pengajaran kepada diri. Sebagaimana Allah berpesan di dalam al-Quran supaya berjalan di Bumi mengambil iktibar, begitulah antara niat ana berada di bumi asing. Samaada iktibar daripada sejarah mahupun iktibar yang berlaku di depan mata. Pertembuangan adat dan budaya banyak memberi pengajaran dan pengalaman dalam berkomunikasi. Pergaulan pula mengeratkan ukhuwah terutama dengan saudara seaqidah. Juga untuk disampaikan kepada saudara walaupun hanya sedikit pengajaran. Semoga penerokaan mencari Ilahi berterusan sehingga ke hembusan nafas terakhir. Demi Islam dan Ummah.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Thursday, May 28, 2009

Cabaran untuk Penulis Muda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni ana nak bawa artikel yang menjadi motivasi diri untuk menjadi penulis. InsyaALLAH menulis yang membangunkan rohani. Penulis yang inovasi dan kreatif. Biiznillah. Artikel ini diambil daripada berita harian [lebih tepat sebenarnya laporan berita] dan ana highlightkan motivasi-motivasi serta cabaran buat semua penulis muda Muslim. Sekadar perkongsian.



Polemik sastera popular menular
Oleh Nazmi Yaakub

Ramai memilih karya ringan berunsur Islam untuk tarik pembaca bagi lonjak jualan novel

POLEMIK sastera popular berjangkit dalam sastera Islam apabila novelis dan pengarang muda terutama berlatarbelakangkan pengajian Islam, apabila turut meminjam pendekatan popular untuk menghasilkan karya kreatif berunsurkan Islam dalam usaha menarik minat pembaca.

Percikan polemik pendekatan popular dalam sastera Islam yang sebelum ini lebih berlegar dalam dunia siber terutamanya laman blog, dibincangkan secara nyata pada Forum Sastera Popular Islami di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meskipun forum sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 itu, tidak memberi kesimpulan tuntas terhadap kewajaran sastera Islam meminjam pendekatan popular, pandangan yang dilontarkan tiga panel generasi baru itu berjaya didasarkan kepada sejarah sastera Islam dan realiti semasa.

Hal ini dibantu oleh pemilihan panel yang tepat dan mewakili pengarang serta pengkritik yang terbabit secara langsung dalam sastera Islam sehingga menyebabkan forum anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) itu, tidak hilang arah dan tumpuan.

Forum itu tidak mengulangi ‘kesilapan’ Forum Kepengarangan Muslimah Nusantara: Arah dan Falsafah apabila tidak berupaya membicarakan dasar kepengarangan serta hala tuju pengarang dalam sastera Islam, tetapi forum sastera Islam popular masih berupaya mendapatkan ahli panel ‘berjenama’.

Pengarang muda kontroversi, Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, mempersoalkan kewajaran dunia sastera tanah air meniru gaya dan persembahan sastera Islam bersifat popular di Indonesia ekoran latar belakang pembacaan dengan iklim, suasana dan budaya berbeza.

“Penghasilan novel seperti Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy memang berguna untuk menyaingi kebanjiran novel erotisme dan buku kumpulan Islam liberal di Indonesia. Sebaliknya Malaysia tidak berdepan dengan masalah ini dan peniruan gaya berkenaan menimbulkan tanda tanya,” katanya pada forum yang dipengerusikan Timbalan Setiausaha Pena, Shamsudin Othman.

Bagaimanapun, Faisal Tehrani masih mengakui, pengalaman dan pengetahuan dalam konteks sastera Islam antara dua negara terbabit masih boleh dimanfaatkan antara satu sama lain, meskipun iklim, suasana, budaya dan pengamalan Islam yang berbeza.

“Sastera Islam di negara ini bermula seawal zaman Tok Kenali pada dekad 1920-an apabila beliau banyak menghasilkan cerpen berunsur berkhutbah, tetapi kematiannya menyebabkan karya dalam bentuk itu turut lenyap. Gaya penulisan sastera Islam moden berkembang semula pada 1960-an melalui puisi Islam seperti Adi Rumi dan Dr Zulkifli Mohamad,” kata novelis Tunggu Teduh Dulu, Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad itu.

Faisal Tehrani melihat sastera Islam sehingga 1970-an muncul dalam bentuk terpencil dan terpisah-pisah sehinggalah konsep sastera Islam dikemukakan SN, Prof Emeritus Dr Shahnon Ahmad termasuk polemiknya dengan Dr Kassim Ahmad, manakala pengarang dan pemilik Pustaka Dian di Kelantan, Allahyarham Datuk Yusuf Zaki Yaacob pula, pernah membentangkan kertas kerja yang menjelaskan sastera Islam di Jakarta, Indonesia.

Pada forum terbabit, Faisal Tehrani turut menimbulkan persoalan kewajaran mengimport gaya popular itu ke negara ini, manakala Habiburrahman sendiri menganggap kecenderungan penulis baru di negaranya untuk tampil dengan gaya penceritaan hampir sama dan nama pena yang stereotaip, boleh membunuh bakat dan kreativiti mereka.

“Inilah penyakit umat apabila lebih gemar menjadi pengikut kerana novel seumpama itu. Maka, kita dapat melihat berbondong-bondong puluhan judul novel di rak kedai buku, tetapi bentuk dan gaya penulisannya lebih kurang sama, seolah-olah tidak terdorong menjadi pencetus kepada sesuatu yang lebih baru,” katanya yang terkenal dengan novel Di Atas Sajadah Cinta, Ketika Cinta Berbuah Surga, Pudarnya Pesona Cleopatra, Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2 dan Dalam Mihrab Cinta.

Habiburrahman turut menegaskan beliau tidak pernah mengambil kira pendekatannya bersifat popular atau tidak, sebaliknya lebih mengutamakan cara untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat, tanpa mengharapkan perakuan terhadap karyanya.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sastera Islam menampilkan perbezaan ketara daripada karya Barat apabila menawarkan watak manusia yang agung dan bersifat adi luhur.

“Karya Barat mendedahkan keburukan sebagai nilai dan pengaruh besar, selain menelanjangkan watak sehingga mempesonakan pembaca, tetapi dengan citra buruk. Wataknya malang, sakit dan hina, sedangkan sebagai umat Islam, kita memerlukan watak baik dan agung, sekali gus melihat sisi kecantikan pada manusia,” katanya.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته