Monday, December 29, 2008

sekilas nukilan


السلام عليكم وحمة الله وبركا ته

Salam kerinduan buat blog rintihan sepi perantau. Setelah sekian lama gersang tanpa rintihan suka dukaku akhirnya kalamku kini kembali. Juga salam rindu buat keluarga di kota bharu yang walau jauh di mata tapi dekat di hati. Juga tak lupa buat adik-beradik ipar duai yang majoriti di selangor dan kuala lumpur. Juga buat kak yan di sabah dan tak lupa buat sahabat-sahabat seperjuangan di CFSIIUM dan DQ JAKIM juga terutama di Misr Ardh al-Kinanah.
Setelah sekian lama ana tidak menyambung nukilan, ana teringin menyambung kembali. Walaupun ana tahu, laman ini bukanlah laman yang selalu dikunjungi tetapi biarlah ia menjadi santapan mata juga santapan hati buat para sahabiah, di Malaysia terutama yang ALLAH bka hati mereka untuk menziarahi laman ini.

Sesungguhnya, bulan disember juga bulan zulhijjah ini membawa banyak makna kepada ana kerana di bulan ini banyak peristiwa ulang tahun kelahiran (termasuk ana sendiri iaitu tanggal 4 disember yang lepas...semoga ALLAH memberi taufiq dan inayah untuk ana teruskan perjuangan yang penuh onak duri di perantauan), hari raya qurban juga peristiwa perpisahan.
Alhamdulillah setinggi kesyukuran ALLAH masih memberikan ana peluang untuk menjejak hari tua walaupun ana tahu kematian ada di mana-mana. Alhamdulillah juga ALLAH masih memberikan ana kudrat untuk membantu meringankan beban sahabat di sini, juga peluang untuk menggembirakan sahabat. Sesungguhnya kalian cukup bermakna bagiku, kerana kalianlah keluargaku di saat keluarga kandungku tiada di depan mata.

Mungkin nukilan kali ini ana tidak sempat menceritakan segala kisah yang ana lalui sepanjang bulan zulhijjah ini, tetapi cukuplah ana sedikit sebanyak menunjukkan foto-foto yang dirakamkan sepanjang bulan ini. Peringatan awal buat para sahabat, gambar-gambar kek ini bukan model kek untuk dibuat tempahan, tetapi ana ingin membuktikan bahawa bukan sahaja tukang buat kek yang pandai mendesign kek-kek ini. Kami yang tidak pernah mengambil pengkhususan dalam bidang ini mahupun bidang seni juga mampu menghasilkan kek yang sedap mata memandang enak mulut memakan.
kek-kek sepanjang di mesir



di tepi unta bersama atikah sebelum unta disembelih

bersama ahli bait di hadiqah dauli

bersama teman-teman di depan kuliyah tibb yang bakal dimasuki tahun depan

potato chips buatan sendiri (di sini dipanggil syibsi)

whippotato buatan sendiri...sesedap KFC!!

doakan kami semua di sini...

insyaALLAH di lain masa ana akan muncul menukil kalam kembali. Wabillahi taufiq wal hidayah, wabirridha’i wal inayah...
والسلام عليكم