السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam setelah kepenatan beronda-ronda di City Star, kami semua tersadai dengan hal masing-masing. Tanpa ada yang mengisahkan hal orang lain (kecuali achik yang melihat barang yang ana dan ateh beli). Sedang asyik-asyik bercakap, terkeluar persoalan siapa yang memasak hari dari mulut ana, kerana biasanya walaupun semua masih kekenyangan, giliran memasak pasti tidak dilupakan. Dan giliran memasak hari ini ialah achik.
Sekali dia lupa [bukan lupa tetapi menyangka hari ini-hari tersebut-hari Isnin] lantas kekalutan menyediakan bahan masakan. Hari ini ana menolak untuk makan nasi kerana terlampau kenyang menikmati Moo'men di City Star, jadi meminta achik memasak makarona goreng. Dugaan mendatang lagi, tiada makarona dan terpaksa meminta amira tolong beli (amira tu anak bawab-orang yang menjaga kebajikan bangunan). Setelah bergaduh kerana dia meminta bayaran lebih, maka siaplah mee goreng special dari achik (mi goreng basah...telah lama diidamkan oleh ana).
'Beriadah' di City Star
Setelah penat berdepan dengan kertas peperiksaan, kami sekeluarga bait Nawa menapak langkah ke city star pada hari tersebut. Dengan mewujudkan gimik suprise yang tak menjadi kepada ateh, kami menikmati hari ini dengan 'makan angin' di city star. Tempat pertama yang dituju ialah pusat servis etisalat(nama syarikat telekomunikasi yang setaraf dengan celcom) untuk mensurvay harga USB brodband. Agak lama mengambil angin di situ kerana achik mengambil keputusan untuk menservis GPRS setup untuk memudahkan menerobosi sempadan internet menggunakan telefon tanpa wayar(handphone). Buat pengetahuan semua rakyat Malaysia, penggunaan internet melalui telefon GPRS dan 3G amat meluas di sini memandangkan harga servis hanyalah serendah Le1 (yang sekarang bersamaan dengan RM0.63)sehari. Namun ana tidak tahulah andai di Malaysia juga sudah sebegitu rupa.
Setelah Adik dan Achik pergi ke kuliyah (yang bermula pada pukul 2.00 petang) maka tinggallah kami berdua meneruskan riadah petang dengan tawaf sekitar City Star untuk mencari kedai jam berhajat ingin mensurvay pula harga jam berjenama STORM (permintaan kak ha). Namun tidak langsung didapati jenama STORM, jadi kami beralih arah untuk 'bersedekah' kepada spiney (belanja sakan!).
Setelah penat, kami pun menunaikan solat asar lantas, menuju ke kedai Carvel Ice-cream. Setelah berfikir sama ada mahu membeli atau tidak, lantas kami membeli (dirutkan juga nafsu). Sempat juga merakam kenangan di kedai yang biru laut ini (warna kegemaran ana).
Nampak memang sedap.Tapi harga pun agak 'sedap' mata memandang.Tak caya, perhati la resit kat bawah.
Jangan rasa bersalah
Kepada achik, janganlah rasa bersalah sangat. It's ok for us, insyaALLAH. Cuma itulah. Bila sahabat terlupa dan tersalah ni, kena la tegur(nasib baik ana tersebut perihal ni..jadi heroin hari ini ialah ana.hehe). Memang kadang-kadang bagus kalau seseorang itu sedar sendiri kesilapan, tapi janganlah ikutkan hati sangat memberontak. Walauapapun ana faham kalau semua tertekan dengan imtihan. Kesimpulannya, be happy. Kalau tersalah tegur. Tetapi tegurlah dengan berhikmah. Sebab Rasulullah dah kata, perlu ubah kesalahan (Walaupun itu hadith untuk mencegah maksiat, tapi meninggalkan kewajipan bukankah kemungkaran juga?). Walaupun dengan hati. Namun sampai bila ubah dengan hati? Kita perlu tingkatkan iman kerana ubah dengan hati ialah selemah-lemah iman(Iman?er..bukan achik ye?)
Ceria ya Achik? Buang rasa bersalah. Yang penting saling meredhai, bukan saling memarahi. Dan TERIMA KASIH DAUN KELADI masak special malam ni walaupun lambat. Kalau tak kerana perut nak pecah tadi, rasa nak tambah je. Namun tak mampu. Nanti makan esoklah pula.
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
No comments:
Post a Comment