Monday, May 25, 2009

Belajar...belajar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kerana subjek-subjek berat untuk tahun ini berjaya diharungi. Natijah tidak difikirkan kerana hanya ALLAH yang layak menilai. Ana bertawakkal sepenuhnya.

Dikala perit mengharungi, pelbagai ujian melingkari diriku. Ujian apa? Cukuplah ALLAH, ana dan teman-teman ana yang tahu. Cuma tidak dinafikan, sebagai remaja sudah pasti memikirkan soal jodoh (Ehem3) dan sememangnya ujian yang secara adatnya mendatangi jiwa semua pelajar terutama sewaktu musim peperiksaan.

Cuma baru-baru ini, terdapat sahabat yang telah menyedarkan ana tentang hakikat cinta sebenar yang perlu dikejar. Walhal ana tahu bahawa cinta yang perlu dikejar hanyalah Cinta ALLAH. Kalaulah ia semudah bicara. Cuma ana teringat kepada sebuah lagu dendangan UNIC (thanks to Farhah Mursyida yang ingatkan ana kepada lagu ini) iaitu lagu Di Atas Nama Cinta.

Lagu ini ana kalungkan buat achik Aiman (jangan layan amar-amani sahaja..hik3) juga buat Ateh Wani (sesaja mengingatkan) dan tak lupa buat adik Az (walaupun tak ada kena mengena langsung..hihihi...kang tak sebut kena marah plak)....Dan terutama buat alang dan uda (ribathul mahabbah) kat Malaysia... Kita tengok sapa dulu makan nasi minyak yer? hehe....(sahabat-sahabat jangan salah faham pula..gurau2 usrah sahaja nih..)

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya





Akhir kata(buat diri sendiri)...selagi belum sampai masanya, tumpukan kepada pelajaran dan teruskan bersabar dan terus bersabar. Bak kata Kak Ummu Hani dalam 'Ladang Hati Mustika' bersabar dan teruskan menuai..menuai ilmu di bumi kinanah..menuai kejayaan dan menuai cinta ALLAH... Mukmin yang kuat ialah mukmin yang bersabar. Hadapkan cinta kepada ALLAH kerana DIA pemilik cinta yang sebenar. (kenapa diri ana begini ye? hehe... Hanya TUHAN yang tahu)

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1 comment:

areMaL said...

kuak ngaji weh.. :D