السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, pujian bagi Allah, yang menciptakan segalanya penuh kebijaksanaan yang tidak tercapai oleh akal manusia yang terbatas ini, selawat dan salam buat kekasih Ilahi, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga baginda yang direshai Allah semua mereka.
Setiap berlaku ada hikmah, segala yang tersirat tidak dapat disuratkan kecuali mengambil masa sedikit untuk merenung kembali dan menghitung diri sendiri. Semalam, baru sahaja ana membelek berita di blog sahabat ana tentang kebakaran di rumah kedah baru.
Kuasa Allah, pagi ini berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. kebakaran kecil di dapur rumah ana. Pepatah melayu, malang tidak berbau. Ana menambah, kalau berbau tidaklah dinamakan ujian. Pagi ini, sewaktu matahari merangkak menampakkan dirinya di ufuk timur, kekecohan berlaku. saat semua menyantaikan diri setelah kepenatan malam sebelumnya(dengan pelbagai alasan), ana dikejutkan dengan suara kakak yang memanggil nama ahli bait ana. Kerana terlampau letih, ana tidak mengendahkan suara itu. Tiba-tiba mereka mengetuk bilik ana(bilik sementara-berdekatan dengan dapur) mengarahkan supaya keluar.
Ana dengan perlahan melangkah keluar, menjadi panik melihat kepulan asap hitam. Apa yang berlaku? melihat ke ruang dapur, api sedang marak memakan almari kayu bersebelahan dengan dapur. Masya-Allah! Astaghfirullah! Kenapa ni? Terlampau panik, ana keliru apa yang patut dibuat lantas membekukan diri. Mereka yang diberi ilham oleh Allah, mengambil lihaf, dibasahkan dan mencampaknya ke atas api tersebut. Ahli bait yang baru, dengan berani masuk ke dapur (walaupun dilarang oleh kakak-dia terlampau panik). Ana nampak sesuatu yang harus dibuat, buka pintu biarkan asap keluar. Namun entah kenapa perasaan gentar terlalu menguasai diri lantas mendiamkan diri sahaja. Ketua rumah kami menelefon ustaz supaya datang menolong.
Kakak yang menumpang rumah kami turun ke bawah mengetuk pintu rumah ustaz (dengan keadaan bertudungkan selimut). Kekalutan berlaku, saat ustaz ingin masuk ke rumah, ahli bait yang baru itu jatuh pengsan(kekurangan oksigen akibat asap dan terlampau panik). Pertolongan yang ana mampu buat ialah mengusung dia masuk ke bilik. Kami semua (akhawat penghuni rumah) di arahkan turun. Semua penghuni bangunan menyerbu rumah kami, membantu.
Kedengaran pelbagai suara. "Mayyah! Air!" dan sebagainya. Ana tetap senyap. turun dalam keadaan malu-malu (kerana tidak sempat mengambil niqab). duduk di bawah tetapi segan untuk keluar daripada imarah. Setelah api terpadam, ana kembali ke atas, mengambil telefon kerana bimbang berlaku kecurian (memandangkan arab keluar masuk dengan bebas). Alhamdulillah, semua barang di dalam rumah tidak hilang. Cuma yang terbakar sahaja yang tidak dapat diselamatkan.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. InsyaALLAH. Mungkin ini teguran Allah supaya lebih menambahkan kesyukuran yang tidak pernah cukup.
p/s: tiada gambar sewaktu kejadian. bomba turut datang, tetapi setelah api terpadam. bomba mesir ni memang slow ke?
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
كفاية
13 years ago
8 comments:
salam ukht...sykur awk tak ape2...geli hati saya baca tajuk posting awk tue...^^...apa2 pon bomba m'sia yg paling mantop...hehehhhe
salam ziarah...... :)
sabar ye...... setiap dugaan ni ade hikmahnye...... :)
Assalamualaikum,
Inikah cerita yang dikatakan rumah hayyu sabik kedah terbakar? Disebabkan oleh apa ya?
Mari membuat kebaikan.Jemput baca http://www.faridrashidi.com/
@mimi- sempat lagi berbangga dgn bomba malaysia..sy xsempat lagi terlibat dgn bomba malaysia..so no komen..
@faridrashidi-owh..itu rumah kedah baru la(9feb)..ni rumah sewa ana(15feb)...tempat lain..waktu lain..punca lain..langsung tak sama..klu yang rumah kedah tu lebih baik tanya penduduk rumah tu sendiri..macam2 cerita ana dengar..takut jadi fitnah pula..
sedikit ujian dari Allah... sabar3...
by:
republikn9.blogspot.com
hehe.. br bc.. abeh sume dia ltak gmbr.. he3.. alhmdulillah sume slamat.. tq n sorry 4 evrthng..=)
hehe..x abih lagi gmbr tu..hehe...separuh je letak..
TAK BAIK MENGUMPAT KAT BOMBA MESIR...
Post a Comment