السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah hari ini Allah memberikan taufiq kepada ana untuk meneruskan nukilan di laman serba dhaif ini. Membaca tajuk ini, rata-rata pasti dapat meneka apa yang ingin ana perkatakan. Tambahan pula ana sering menyebut-nyebut perkara ini di yahoo messanger juga facebook kebelakangan ini. Namun ana ingin dahulukan dengan menyatakan bahawa ana bukanlah orang yang ahli untuk memperkatakan tentang ini.
Istilah ini mula ana kenali tatkala membaca novel kak Fatimah Syarha,"Seindah Mawar Berduri"(ada dalam versi pdf di internet). Novel yang cukup mantap sebagai panduan bercinta menurut Islam. Tidak cukup dengan novel itu, beliau menyertakan kesinambungan dalam "Tautan Hati" ketika usia mencecah lewat belasan.
Sememangnya gambaran yang diberi di dalam kedua novel ini terlalu sempurna. Tapi kita perlu tahu itu yang benar. Novel yang memberi ilmu. Namun jangan pula kita dibuaikan dengan keindahan novel itu kerana cabaran yang Allah akan beri adalah sangat kuat. Jadikan ia sebagai panduan dan teladan. Jangan hanya mengimpikan tetapi realitikan.
JODOH MENURUT ISLAMAna agak terkejut jika ada orang bertanya tentang ini. Jodoh menurut Islam itu, bagi ana, yakinlah bahawa Allah yang menentukan jodoh itu. Jodoh itu rahsia Allah. Tiada siapa yang dapat pastikan. Sehinggakan orang berkahwin ada yang bercerai kerana bukanlah jdoh yang termaktub di Luh Mahfuz. Seingat ana ada 3 perkara yang Allah telah tetapkan untuk setiap manusia. Manusia hanya dapat berdoa supaya dicepatkan atau dilambatkan sahaja. Yang ana ingat cuma Mati dan Jodoh. Andai ada sesiapa tahu boleh tambahkan di komen. Cuma yang penting kita perlu yakin, apa yang Allah tetapkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita.
CARA MENKHITBAH ATAU MELAMARBagaimana untuk melamar gadis itu? Ana bukanlah orang yang arif. Tiada rujukan hadith atau kitab ulama'. Apa yang saya pernah diberitahu, gunakan orang tengah sebagai penyampai hasrat. Sebelum itu, risiklah juga dengan orang tengah. Bukan berkawan dahulu dengan 'si dia', kecuali dia adalah sahabat dalam kerja persatuan atau rakan sekelas. Ada manfaat jika ada orang tengah berbanding si pelamar itu sendiri berterus-terang kepada orang dilamar. Andai diterima kita tidak akan berterusan berhubung dengannya dan bertawakkal kepada Allah adakah berjaya disatukan atau tidak. Jika ditolak terhindar daripada rasa dimalukan dan dipermainkan.
Perkara yang penting dalam tempoh melamar ialah tidak berhubung kecuali terlalu penting. Rindu? Adukan kepada Allah. Bertanya khabar? Lebih baik guna orang tengah. Apa yang hendak ana tekankah ialah jangan berhubung secara langsung dengan 'si dia' kecuali ada orang mengetahui apa yang dibualkan. Maksudnya perlu dalam awasan orang ketiga. Walaupun hanya di dalam internet, kamu tetap berduaan kerana tiada siapa mengetahui apa yang dibualkan.
PERIGI CARI TIMBADalam Islam tiada itilah ini. Ini hanya istilah melayu. Cuma jarang berlaku kerana si perempuan amat pemalu. Namun, jika ianya berlaku, amat molek jika diguna orang tengah. Kerana kebiasaan, perempuan mudah jatuh hati dengan lelaki apabila mengetahui kebaikan lelaki itu, tetapi lelaki bukanlah semudah itu.
KESIMPULANAna terasa ana sudah kekurangan apa yang hendak diperkatakan. Maafkan ana. Namun apa yang ana hendak tekankan ialah, jangan berhubung dengan orang yang kita menyimpan hasrat secara langsung kerana ia memudaratkan hati. Begitu juga dengan sesiapa yang mudah jatuh hati, bataskan perhubungan.
Ana rasa pasti sesetengah mengatakan ana agak syadid, tidak mahu bertukar fikiran. Ketahuilah bahawa kelemahan diri yang membuatkan ana menjadi syadid. Hati ana tidak setegar dan seteguh muslimah lain, hati yang terlalu mudah terusik dengan kehadiran insan bernama lelaki. KErana takutkan Allah ana jauhi lelaki. Kerana ingin mencari cinta Allah ana cuba ketepikan cinta dunia. Walaupun sering sahaja jatuh. Cuma diharap kekuatan yang berbaki dapat digunakan untuk menjadi stimulator untuk bangun kembali. Cukup susah untuk manusia selemah ana menjadi MAWAR BERDURI kerana telah banyak kali duri itu tumpul. Tapi ana tetap berdegil untuk mengasah kembali duri itu. Yang penting hari mendatang, sejarah hanya sebagai pengajaran.
Memetik kata-kata saudara seislam ana,
"Tatkala ingin mencintai manusia ajnabi, tanyalah diri sendiri sudahkan ALLAH kita cintai"Ayuh sahabat-sahabat muslimah mukminah, kita jadikan diri seumpama MAWAR YANG BERDURI.
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
p:s/ kepada yang berkenaan, harap memahami kenapa tidak mahu dihubungi. Perempuan hanya kuat untuk mengislah perempuan. Tidak seperti lelaki, boleh mengislah lelaki dan perempuan.(Terasa entry kali ini tiada apa yang menjadi fokus. The point is pointless.)
No comments:
Post a Comment