السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji Bagi Allah yang masih memberikan nikmat meneruskan kehidupan di dalam ISLAM dan IMAN. Dua nikmat yang tiada tolok bandingnya kerana hanya orang-orang yang ALLAH pilih sahaja dibelai sifat arRAHIM-NYA dalam menerima nikmat ini. Selaut syukur kerana masih diberikan ilham untuk meneruskan tinta yang asalnya daripada teknologi yang amat seni saiznya, dijana melalui kod-kod lantas perlanggaran elektron di skrin komputer membolehkan kita membaca nukilan ini.
Sedar tak sedar penwujudan blog ini sudah hampir berusia setahun mengikut kiraan hijri kerana ana membina blog ini sewaktu sedang meneguk nikmat ibadah di dalam bulan Ramadhan. Fikiran ana tersorot kembali kepada entry pertama yang ana poskan ke blog ini iaitu berkenaan dengan kesedihan dan ratapan perginya bulan yang mulia, yang mengandungi malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan bulan yang menyimpan memori kemenangan Jundullah memerangi kuffar iaitu Bulan Ramadhan. (boleh tekan
sini untuk melihat kembali)
PERGINYA RAMADHANPerginya Ramadhan kali ini terasa bagai semakin meruntun hati kerana terasa gagal menjadi pelajar terbaik madrasah Ramadhan. Walaupun segala amal hanyalah Allah yang berhak menilai tetapi rasanya terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Mungkin keadaan yang lebih berdikari menyebabkan diri jarang ditekan untuk mengingati bahawa nikmat bulan ini tidak boleh dipersiakan.
Walauapapun, setiap azam yang ditanam harapnya boleh kita teruskan, kerana bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk beribadah tetapi rasanya lebih molek kalau disebut bulan pemula ibadah. Kenapa? Analogi yang ana ingin bawa senang sahaja, untuk mendidik manusia, perlu ditundukkan dengan penuh peraturan dan didikan, sebagaimana sekolah, guru yang akan mengawal kita. Sepertimana juga bulan Ramadhan, puasa yang mengawal nafsu,memberi peraturan bahawa tidak boleh makan dan minum, menjaga mata dan hati.
Teringat dahulu guru biologi ana pernah mengatakan bahawa apabila berpuasa penghasilan sperma menurun secara tidak langsung mengurangkan rangsangan syahwat. Tidak hairanlah pernah terdapat dalam hadith bahawa kalau tidak mampu untuk berkahwin maka hendaklah puasa, kerana puasa dapat mengawal nafsu. Sebab itu juga kalau dilihat kafarah untuk mereka yang melanggar arahan dalam mengerjakan puasa Ramadhan amat berat bagi suami isteri yang gagal mengawal hawa nafsu, kerana secara biologinya sahaja sudah menunjukkan bahawa nafsu tidak akan aktif ketika berpuasa.
Nafsu juga hanya dapat dikawal dengan lapar dan dahaga sebagai mana hadith Qudsi (kalau tidak silap ana, mohon betulkan jika tersalah) yang mana nafsu mengaku bertuhankan ALLAH setelah dimasukkan di dalam neraka kelaparan. Jadi, untuk mengawal nafsu, kita perlu berlapar iaitu puasa.
NIKMAT YANG HILANGRasanya satu nikmat yang hilang kali ini ialah Ramadhan bersama keluarga. Terasa lain walaupun ada persamaan. Rindukan suasana yang Mak ana selalu perjuangkan. Berbuka dengan tamar dan kuih-muih lantas solat maghrib, kemudian barulah menjamah nasi. Di sini maklumlah, berbeza latar, menyebabkan banyak beralah. Rindukan mereka yang mengamalkan sedemikian, rindu untuk berjemaah dengan mereka, bukan melakukan secara fardi.
Selain itu, nikmat penghayatan juga jarang di dapati. Jika di rumah dahulu, tazkirah antara solat terawikh dan usai solat subuh terasa mengukuh di jiwa, tetapi di sini, mungkin kerana jiwa yang memberi azkirah itu belum dipenuhi dengan hamasah sebagaimana pentazkirah di Masjid kampung ana dulu.
KEMBALI KE TANAH AIRAkhirnya keputusan telah diambil setelah mendapat persepakatan ijmak ulama'(hehe, mak ayah je), mereka mengarahkan agar anak mereka ini pulang ke Malaysia maka termaktublah di dalam senarai Egypt Air ana akan kembali ke Malaysia pada 15 September 2009 dan akan meneruskan cebisan perjuangan semula pada 27 oktober 2009.
Sekadar untuk makluman semua. Tidak sabar untuk menimang cahaya mata (abang) yang bakal lahir bulan syawal ini, isnyaALLAH.
SELAMAT MENGEJAR MALAM AL-QADR
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته