Saturday, November 15, 2008

sejuk!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi ALLAH yang masih memberikan peluang untuk ana meneruskan nukilan di blog ini. Semalam (14 nov 08) ana dan ahli bait (3 orang) menuju ke Samir wa Ali (kedai alat tulis di hay 7). Dengan keadaan kaki kiri yang masih sakit kerana terlalu sejuk, ana gagahkan diri juga. Ana tahu, jika ana kurang berjalan semakin sakit kaki ana. Kak Za (Ahli bait rkl) telah mengesahkan, kaki ana sakit kerana angin (pelajar dirasat pula yang rawat pelajar tib..buat malu saja).
Ana ungkapkan ini kerana ingin ana sentuh, betapa bahayanya kandungan air di sini juga komposisi angin yang berbahaya. Bukan ana bermaksud manusia tidak sesuai hidup di sini, Cuma bagi sesiapa yang tidak berhati-hati dan menjaga pantang larang, dia akan mendapat kesan jangka panjang. Ana belum mengetahui fakta yang jelas tentang air sungai nil, tetapi mengukit Kak Dayah (ibu liqa’), air sungai nil mempunyai sejenis kuman(mungkin) yang akan menyerang kita melalui sentuhan. Oleh sebab itu kita tidak digalakkan mandi setiap hari. Ditambah pula musim sejuk ini, sakitnya sehingga ke tulang (ana sudah merasai).
Angin juga tajam di sini, dan betambah buruk apabila angin bertemu air sungai nil. Kombinasi yang amat berbahaya. Sebaik sahaja mandi, kami di sini perlu menunggu selama 3 jam (jika mandi dengan membasahkan kepala) sebelum keluar rumah. Ini kerana ada senior dulu yang tidak mengamalkan perkara ini, mendapat penyakit kanser otak. Kami di sini juga disyorkan untuk memakai baju ketat, untuk melindungi dada (ustazah semua pakai baju ketat! Tapi sebelah dalam sahaja). Pernah ana terfikir, patut la keluar fesyen baju ketat (selain rancangan yahudi merosakkan Islam), sebenarnya untuk memelihara badan daripada kesejukan.
Em berbalik kepada cerita ana ke kedai tadi (jauh melencong), betapa teruk perangai orang Arab, tambang teksi untuk pergi hanya 2 junaih, tetapi tambang untuk balik daripada tempat yang sama ialah 4 junaih! Semata-mata kerana membeli banyak barang. Oleh kerana geram dengan pak arab itu, kami suruh dia hantar sehingga ke bangunan bait kami.
Kadang-kadang terasa singkat masa untuk melakukan aktiviti di luar rumah kerana sebelum maghrib sudah perlu berada di rumah. Masa siang pula semakin singkat. Waktu subuh semakin lambat. Cuma ana rasa satu kelebihan musim sejuk, waktu untuk qiam bertambah panjang. Tidak seperti di Malaysia, tidur yang belum terkadang membantutkan niat untuk qiam (mujahadah yang kurang!). Namun masalah juga, kesejukan menyebabkan kita lebih selesa berbalut di dalam saratoga(selimut tebal), nak ambil wudhu’ pun malas sebab air sejuk (ni kes malas pasang saqanah-pemanas air).
Apa-apa pun bak kata HM Dr Tuah, nak ke tak nak, kalau nak buat betul-betul jangan tidak-tidak. Tahun 1 kuliyah tib terasa semakin mencabar. Keadaan diri yang masih belum pandai membahagikan masa antara minat, sahabat dan pelajaran menambah masalah. Ya ALLAH bantulah kami!
p/s: Diucapkan selamat hari lahir buat sahabatku Rahmatul Nisah yang belajar di uiapj yang genap 19 tahun pada 14 nov . Juga buat Hafizah Md Hisma, lupa la dah wish ke belum (2 nov). Juga buat senior di mesir yang banyak membantuku, Mohd Aizuddin Ab Rahman (tetiba dia khabarkan kat ana hari lahir dia 15 nov, sebelum ni tak tahu pun). Semoga kalian dianungi rahmah, hidayah dan inayah ALLAH sehingga ke akhirat.
والسلام عليكم
Done on 15 November 2008

No comments: