Gambar daripada blog ust hakimi
Cerita lanjut boleh rujuk blog beliau السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah kerana sempat menukilkan post ini dikala masa dikengkang kesibukan mengulangkaji.
Mengulas isu muktamar PMRAM, sebenarnya ana hanya sempat mengikuti sesi petang selepas asar sahaja. Maklumlah, pergi ke kelas terlebih dahulu. Sampai sahaja di Nadi Riyadhi (tempat berlangsungnya muktamar, tempat yang sama seperti tahun lepas).
Muktamar kali ini kelihatan lebih meriah dari segi persiapan (siap ada air pancut lagi dekat depan tu), tetapi hakikat sebenarnya, ana tidak hadir sewaktu muktamar tahun lepas. Muktamar HEWI sememangnya tidak sempat dijejaki kerana quiz yang menanti keesokannya. Walauapapun, alhamdulillah Allah masih mengizikan kedua-dua muktamar berjalan lancar, setelah beberapa kali berlaku penangguhan tarikh kerana kegagalan mendapatkan tempat.
Apa yang lebih menarik, al-Fityan menyediakan karikatur semua Badan Pengurus sesi 2009-2010 yang terpilih menjadi gimik perasmian disamping memotong kek bercorak PMRAM
PERWAKILANSyabas kepada perwakilan PMRAM yang menjadi perwakilan terbaik. Walauapapun bukan gelaran yang diinginkan, tetapi komitmen dan prestasi pernglibatan dengan PMRAM sepanjang tahun yang lebih utama. Kekurangan tenaga penggerak terkadang menjadi masalah utama. Yang lebih besar, masalah ukhuwah yang belum mantap antara ahli BKAN yang berlainan.
Terkadang menjadi persaingan untuk menaikkan BKAN sendiri. Ada juga masalah susah bekerjasama jika tidak senegeri. Sepanjang penglibatan dengan PMRAM yang ana dapat ialah mengenali sahabat yang belum pernah kenal itu ada. Walaubagaimanapun keutuhan ukhuwah yang terbina masih belum kukuh. Hanya di program sahaja berukhuwah. Terkadang bila selisih tepi jalan, masalah pemakaian niqab kadang menghalang juga. (Tambah-tambah suara ana yang perlahan menyukarkan proses bertegur sapa dan memberi salam. Hanya Allah yang tahu).
KES HISBAHAna tidak sempat mendengar ketika usul berkenaan hisbah dibentang kerana menyibuk di gerai Unit Penerbitan dan Penerangan (gerai al-fityancomics dan kelap). Mendengar cakap-cakap orang, sememangnya hakikat sekarang kes hisbah menjadi-jadi. Punca utama kelemahan individu muslim itu sendiri. Sememangnya biasa berlaku, bila kuantiti ramai kualiti menurun. Walaubagaimanapun, kita harus berusaha menegah. Ana tertarik dengan ulasan
blog ini mengenai hisbah. Sekecil-kecil kes hisbah ialah solat fardhu yang diabaikan. Yang besar-besar, serahkan kepada ajk hisbah. Tetapi yang kecil-kecil ini, kita sebagai daie merangkap mata-mata hisbah perlu memainkan peranan.
KALAM AKHIR PRESIDENPerkara yang bermakna ialah amanat seseorang sebelum meninggalkan kita. Ana terharu saat mendengar amanat Presiden Ustaz Muiz (sekarang mantan sudah), terutama bila dia menyatakan beliau terpaksa meninggalkan isteri di tanah air demi menjaga penumpuan terhadap PMRAM. Lebih mengharukan bila beliau menyatakan beliau telah cuba untuk berlembut sehabis mungkin kerana sifat asalnya adalah seorang yang tegas. Semoga Allah memberi kekuatan kepada ustaz meneruskan perjuangan di tanah yang dipijak dan di langit yang dijunjung (terutama di malaysia).
Beliau juga mengingatkan kepada perwakilan, sebagai pemimpin, menepati masa yang diberikan untuk bercakap adalah penting. Selain itu, beliau turut menyatakan, pemimpin adalah orang yang sentiasa mendengar dan bekerja, bukan bercakap dan mengarah sahaja.
Tidak lupa laungan menggantikan takbir, yang disepakati iaitu "Kita PMRAM!" beberapa kali bergema sepanjang berlangsungnya muktamar. Sebelum ini ana hanya sempat menghadiri mesyuarat agung tahunan (MAT atau AGM dalam englishnya) yang biasa sahaja. PERKEMAT dahulu pun tidak sempat menanti. Amat jauh berbeza dengan MAT perubatan baru-baru ini. Perbahasan usul sangat hangat dan berebut-rebut untuk pembahas membahas. Kemungkinan ahli yang mantap itu ramai. Baru ana sedar, kebanyakan kita amat mantap berbahas.
PMRAM 80 TAHUNSebelum berlangsungnya muktamar, solat hajat didahulukan di rumah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bersempena ulang tahun PMRAM yang ke-80 [yang ana ikuti di rumah kelantan baru]. Sudah hampir mencecah jubli intan PMRAM rupanya. Semoga PMRAM kekal teguh mempertahankan kesatuan ahli.
KITA PMRAM!!!p/s: kekurangan sumber gambar. maaf. Memandangkan kamera sendiri tidak dibawa dan larangan mengambil gambar di persidangan melaikan PMC. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh diulas, tetapi ana sudah kehilangan punca. Pelajaran menanti untuk diulangi. Salam Satu fikrah Satu Amal. Salam Perjuangan Islam.
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
No comments:
Post a Comment