السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, sekali lagi ana dapat meluangkan masa untuk mengupdate blog ini. Banyak berita hangat yang wajar diupdate sebagai isu semasa sebenarnya tapi untuk isu-isu tersebut, ana lebih suka menjadi pemerhati dan menganalisa sendirian sahaja. Tertarik dengan post di blog Kak Nazirah , ana mencetak kembali untuk menjadi tatapan sahabat. Walaupun sekadar cetakan, bukan yang asal, tetapi ana rasa wajar untuk kita mengambil serius dengan hal ini, memandangkan punca utama ialah gejala sosial di kalangan remaja yang tidak terbanteras.
Kisah pembuangan bayi semakin menjadi-jadi di Malaysia, yang juga menjadi suatu pelaris buat akhbar.Yang kebanyakan terlibat ialah remaja sekolah menengah dan IPT. Malah tidak hairan jika selepas ini kedengaran pula di 'luar negara' dijangkiti wabak seperti ini. Kononnya kerajaan BN ingin mengambil langkah untuk membanteras masalah ini tetapi apabila membaca artikel ini terasa usaha tersebut hanyalah suatu yang hampa.
Artikel ini berbunyi:
Baby  Hatch ; antara tragedi dan harapan 
salamun'ala manittaba'al huda
SEMALAM
Dulu-dulu saya pernah bercita-cita untuk  menjadi menteri pembangunan wanita malaysia.. Dan kini, cita-cita itu  masih ada, menjadikan saya cuba menjadikan diri ini, sentiasa upadate  dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan hak-hak wanita dan  sebagainya.
Baru-baru ini, ketika Datuk Shahrizat  melancarkan "baby hatch" atau pusat penjagaan bayi tidak diingini, saya  sedikit bingung, apa sebenarnya yang cuba diterjemahkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita.
Melihat kepada nama pusat itu sendiri  menjadikan saya terfikir, apakah perasaan kanak-kanak yang bakal  membesar dengan status sebagai "bayi yang tidak diingini"?, apa  rasanya  membesar dipusat penjagaan bayi yang tidak diingini? padahal pada  hakikatnya, mereka tidak pernah menginginkan dilahirkan sedemikian  rupa.. apakah salah mereka sehingga mendapat gelaran sebegitu?.. ini  yang harus difikirkan.
BABY HATCH
mahu tidak mahu, sebagai mahasiswa saya tidak  rela menjadi golongan yang memberi pendapat secara membabi buta, justeru  saya cuba untuk melakukan sedikit kajian dan mengadakan perbincangan  bersama adik-adik smart group saya dan apa yang saya dapati hasilnya  agak mengujakan.
SEJARAH BERMULA
Saya tidak pasti samada kerajaan melakukan  penyelidikan ataupun tidak sebelum sistem ini diluluskan untuk  diaplikasikan di Malaysia.. Kerana melalui pembacaan saya yang sedikit  ini, sistem ini agak bermasalah. ok, mari kita lihat bagaimana sejarah  baby hatch ini bermula;
sistem ini terlebih dahulu dikenali sebagai foundling  wheel  dimana ia menerangkan tentang sejenis alat yang diletakkan  disatu tempat yang dikhususkan untuk ibu-ibu meletakkan bayi yang tidak  diingini oleh mereka.
Alat ini berfungsi seperti dua buah bakul  yang satunya diletakkan disebelah dalam pusat penjagaan dan satu lagi  berada diluar, apabila bayi diletakkan didalam bakul tersebut, maka ia  akan berputar dan digantikan dengan bakul yang kosong, bakul yang berisi  bayi tadi akan bergerak ke dalam pusat tersebut dan penjaga yang  bertugas akan mengambil bayi tersebut. Namun kini, dengan kemodenan yang  ada, alat ini sudah dimodenkan, termasuklah disediakan alarm yang  berbunyi apabila bayi diletakkan.
Berdasarkan rekod yang ditemui, sistem ini   mula digunakan di Milan pada abad ke 8, yang kemudiannya berkembang ke  Eropah sehinggalah hari ini, ia menjejakkan kakinya ke Malaysia. Harus  diingat ia diperkenalkan dengan meluas sebagai satu sistem pada 1198  oleh Pope Innocent III di Itali.
Ia digunakan digereja dan merupakan sebagai  salah satu langkah untuk mencegah pembunuhan bayi. Sistem ini digunakan  dengan agak meluas pada zaman pertengahan sekitar abad ke 18 dan ke 19.  Kini ia digunakan di merata negara termasuklah Jerman, Perancis,  Ireland, dan sebagainya.
FAKTA YANG HARUS KITA KETAHUI
Selepas mencari kesan-kesan yang terhasil  daripada penggunaan sistem ini, saya mendapati majoriti hospital atau  pusat penjagaan yang dibina ini terpaksa ditutup selepas beberapa tahun  akibat daripada jumlah bayi yang dibuang bertambah dengan mendadak  hampir setiap tahun.
Sebagai contoh, Jerman yang membuka pusat  seperti ini pada tahun 1709 terpaksa mengambil langkah untuk menutupnya  berikutan masalah kewangan, lambakan bayi dan sebagainya 5 tahun selepas  itu (1714).
ULASAN
Saya berpendapat, kaedah ini seolah-olah  memberi keuntungan kepada kita namun disana ada beberapa masalah besar  yang bakal terhasil daripada penubuhan pusat ini. Saya sama sekali   tidak menolak yang kewujudan sistem ini akan menyelamatkan bayi-bayi  daripada dibunuh dan secara tidak langsung kita membantu pasangan yang  mahu mengambil anak angkat, namun pada saya disamping penubuhan pusat  ini, perlu ada satu penegasan daripada pihak kerajaan berhubung status  ibu-bapa bagi kanak-kanak yang dibuang tersebut.
Saya sedang cuba untul memikirkan alternatif  lain bagi menggantikan sistem ini, namun yang jelas sebaik-baik  penyelesaian adalah kita kembali kepada syariat Allah. Mahu tidak mahu  kerajaan seharusnya akur dengan masalah keruntuhan akhlak yang begitu  dahsyat dan mengambil tindakan untuk mengaplikasikan undang-undang  syariah secara berperingkat.
Kerajaan juga harus memikirkan bagaimana  dengan tindakan terhadap ibu-bapa yang tidak bertanggungjawab ini.
Pada saya, sekiranya mereka terus dibiarkan,  saya khuatir, jumlah kelahiran bayi luar nikah akan berganda-ganda.  Pasangan tersebut akan berlepas tangan kerana sudah ada pihak yang  ketiga yang mahu bertanggungjawab kepada bayi meraka, maka, mereka akan  terus membuat dan membuat bayi yang lain.
Disana ada pepatah cina yang berbunyi "berikan  seseorang itu dengan ikan , dan dia akan kenyang untuk hari itu,  ajarkan seseorang itu memancing dan dia akan kekenyangan untuk sepanjang  hidupnya".
Pepatah arab juga berbunyi, " الوقاية خير  من العلاج" . 
Pendapat saya tindakan kerajaan sekarang lebih  kepada usaha untuk mengubati bukan untuk mencegah. Tidak ada masalah  untuk kita mengubati gejala ini, namun dalam masa yang sama, langkah  pencegahan harus dipertingkatkan. Jangan dibiarkan anak-anak muda kita  "kekenyangan" dengan "suapan" kita untuk hari ini sahaja, bahkan mereka  perlu diajar untuk berdikari sepanjang hayat.
KESIMPULAN
Sebagai konklusi, saya cuba simpulkan begini,
1) gunakan sistem ini untuk sasaran 5tahun  bagi menyelamatkan bayi - bayi daripada dibunuh. Dan dalam masa yang  sama, ibu-bapa terbabit harus dikenalpasti untuk usaha menyedarkan  mereka.
2) satu sistem alternatif lain harus  difikirkan untuk menggantikan sistem ini dengan dimasukkan elemen-elemen  islam yang sememangnya terbukti  sebagai satu cara hidup yang terbaik.
3)kerajaan harus memikirkan bagaimana masa  depan anak-anak yang "lahir" daripada pusat jagaan ini, tentang hak  mereka, status dan sebagainya.
4)kerajaan harus mengfungsikan kembali media  sebagai alat utama yang berperanan untuk mengembalikan kesedaran kepada  masyarakat. Budaya hedonisme harus dikurangkan, hiburan haruslah  berlandaskan islam, dan surat khabar-surat khabar harus bijak memberi  pendedahan kepada massa apakah tindakan yang perlu dibuat, dan apakah  hasil yang bakal terjadi seandainya perkara-perkara seperti ini  berlaku.
artikel tamat. Sumber.
-----
Sahabat-sahabat selagi hukum Allah tak tertegak di bumi ini, selagi itu manusia terus melancarkan kerosakan. Sama-sama kita fikirkan sejauh mana peranan kita dalam membanteras masalah yang semakin membarah ini. Ayuh sama-sama berusaha untuk membanteras.
p/s: sedar tak sedar, zaman kebangkitan dajjal semakin dekat. Sudah cukupkah persediaan kita untuk menghadapinya? Tentera zionis sekarang giat menghalang kemasukan sesiapa sahaja ke Palestin kerana bimbang rancangan mereka gagal. Rancangan untuk kebangkitan dajjal laknatullah.link
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
كفاية
13 years ago
 

No comments:
Post a Comment