Showing posts with label rintihan hati. Show all posts
Showing posts with label rintihan hati. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Perjuangan Belum Berakhir

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah yang mengizinkan ana dikala dini hari (12.53 pagi di Mesir) membersihkan sesawang di laman ini, masih mampu meneruskan tarian jari di atas papan kekunci laptop ini untuk menukilkan luahan minda. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda, juga buat para sahabat baginda dan seterusnya semua pengikut baginda yang mendokong risalah Islam sehingga hari kiamat.

Alhamdulillah, setelah hampir lapan bulan ana mengasingkan diri daripada blog (kerana tiada roh untuk menukil tinta di sini), akhirnya Allah menggerakkan hati berazam dengan kuat lantas menggerakkan jemari. Allahuakbar! Semoga roh yang hadir pada dinihari ini kekal sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Sungguh apabila mengasingkan diri daripada Allah (jauh daripadaNYA) akan melesukan seluruh kehidupan, bukan sahaja kegiatan dakwah, tetapi segenap aspek hidup ana terjejas kerana kurangnya pengabdian kepada Al-Khaliq.

Firman Allah:


maksudnya:
"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

Ayat ini tetiba bergema dalam minda ana. Entah kenapa. Mungkin kerana semalam, ana mengeluh (dalam hati) kerana penat meneruskan aktiviti persatuan. Mungkin juga kerana terlampau banyak menumpukan aktiviti 'orang lain' sehingga mengabaikan 'aktiviti sendiri'. Tetapi bila muhasabah diri kembali, ana rasanya belakangan ini lebih banyak mengutamakan kehendak 'sendiri'. Mungkin kerana 'hammasah'(semangat) dan keikhlasan menggerakkan uslub dakwat sedikit sebanyak terhakis dengan badai nikmat dunia dan dosa-dosa yang dilakukan, luntur kala air kealpaan menerpa diri sehingga meninggalkan gerbang-gerbang ilmu yang tersedia di depan mata.

Seharian mewujudkan diri di dalam kovensyen DPM ke-IV semalam, menghentak diri, terutama saat membaca ikrar, betapa sukar diri ini menyeimbangkan antara pelajaran, persatuan dan ilmu. Terkadang terlampau mencari ilmu sehingga lesu pelajaran dan persatuan. Begitu juga kala mengejar pelajaran, kelesuan mencari ilmu dan persatuan. Andai mengerjakan persatuan pula, ilmu dan pelajaran terabai.

Sememangnya 'doktrin' kakak ana supaya mengurangkan aktiviti persatuan dan menumpukan pelajaran sahaja pernah 'disuntik'. Tetapi hati ana keras-keras menafikan kenyataan yang diberi olehnya lantas berkata pada diri, "Aku mampu menyeimbangkannya". Namun, kata hanya tinggal kata, lantas luput dari ingatan kerana Melayu Mudah Lupa!

Pengharapan hanya tinggal bagaimana ana bersama sahabat kerana ana mudah dibawa 'arus'. Namun ternyata, susah untuk sentiasa bersama sahabat kerana Allah mentakdirkan ada sempadan antara sahabat-sahabat. (luahan hatikah ini?)

Tetapi pendakwah seharusnya boleh berdiri atas kaki sendiri. Moga Esok Ku Bangkit Kembali!!

Tiada Jalan Mudah

Teringat sajak atau 'poem' yang pernah dibaca pada zaman tingkatan 2 (kalau tak silap), the road that not taken. Sememangnya jalan yang ana pilih bukanlah jalan yang biasa orang pilih. Siapa mahu berlama-lama diperantauan untuk menimba ilmu? Sedangkan jarak 8 jam berkereta sudah jauh bagi sahabat-sahabat yang menimba ilmu di tanah air. Namun hakikat, ana mencintai bumi kinanah ini. Siapa yang tidak merasai, tidak mengetahui. Tapi sudah pasti Jalan yang jalan dipilih ini adalah jalan yang penuh semak-samun. Dan sesi pengajian ini, ana rebah dalam semak samun itu sewaktu sedang 'syok' menebasnya. Ana bangun kembali, tetapi kerana tiada kudrat, ana jatuh kembali. Menangisi diri yang tidak mampu dan berseorangan, lantas terlupa ana bertuhankan Allah, dan masih mempunyai Allah sebagai Pencipta.

Begitulah bila berada di jalan dakwah, andai menghambakan diri kepada semangat dan dakwah tetapi tidak menghambakan diri kepada ALLAH dengan sebenar-benar penghambaan, akan merasakan roh perjuangan hilang. Kenapa? Kerana tatkala itu hati sudah dicemari oleh nafsu yang hanya inginkan kesenangan dan mementingkan diri berbanding kewajiban sebagai invidu yang melafazkan kalimah syahadatain. Na'uzubillah!

Selagi bergelar hamba Allah, tiada yang mudah kerana kesusahan itu akan menyebabkan kita menjadi seorang yang waras dan berakal. Posisi selesa dan takut akan ancaman dan bahaya menyebabkan diri mudah dibawa arus. Ya, itulah yang ana perlu elakkan.

Jalan masih panjang,
Jalan yang penuh duri mendatang,
Andai tiada pedoman iman,
Pasti tumbang berguguran.


Mendaki Tangga Ke Langit Menggapai Cita-Cita Kerana Cita-Cita Digantung Di TempatYang Tertinggi

Diri ini ingin menjadi seperti yang dicita-citakan, tetapi terlalu sedikit usaha yang diusahakan. Tangga kejayaan bukanlah seperti lif, cukup hanya ditekan, mesin yang akan menggerakkan ke atas. Namun kaki perlu melangkah dengan kekuatan kerana ingin melawan graviti yang sering menarik ke bawah. Andai tersilap langkah sehingga hilang keseimbangan, sudah pasti jatuh rebah ke tanah. Allahuakbar!

Risalah dakwah perlu diteruskan penyebarannya. Andai bukan kita, siapa? Kerana 'Api' yang membakar hanya disedari oleh orang yang melihatnya. Orang yang 'tidur' akan terus tidur kerana mereka leka dalam alam 'mimpi'.

Konvensyen DPM ke-IV


Nasyid Bebaskan Palestin Persembahan al-Wadi PMRAM


Melihat kepada pembentangan semalam (sejarah penubuhan DPM dan pembentangan kertas kerja 'Mahasiswa Islam Memimpin Kebangkita Ummah'), pundak setiap ahli PMRAM terutamanya dan warga Malaysia yang berada di Mesir amnya perlu menggalas tugas sebagai penerus usaha mengekalkan biah Islamiah di sini. Setelah usaha-usaha pihak 'kerajaan' mengurangkan kemasukan pelajar jurusan Islam dari Malaysia dan pemusatan pelajar di kaherah sahaja menimbulkan pelbagai masalah dalam menangani isu hisbah (masalah disiplin di sisi Islam dan dasar PMRAM) yang terjadi kerana kebanjiran pelajar perubatan yang tiada asas yang kukuh mengenai Islam di sesetengah muhafazah lain seperti Daqliah, Syarqiah dan sebagainya.

Memang agak membuka mata ana dan menggerak ana dari 'tidur' dalam perjuangan. Mungkin kerana zon selesa sebagai orang yang kurang mengetahui isu ummah dan hanya berada di posisi kaherah menyebabkan ana lupa sahabat yang berjuang bermati-matian di negeri jiran. Wahai SAHABAT, ingatkan daku!

Kesejukan tidak sepatutnya membekukan diri kerana api Islam boleh dibajai dengan Ilmu Islam! Ya Allah Bangkitkan Aku Dari 'Tidur' Yang Panjang!

Teruskan Berjuang

Walaupun post ini lebih menyentuh kepada luahan hati ana sahaja dan tiada pemusatan idea yang ingin diluahkan, ana sangat-sangat berharap agar sesiapa yang terbaca post ini, Allah berikan hidayah dan taufiq menggembelingkan tenaga memperjuangkan sunnah Rasulullah dengan jalan dan cara yang betul kerana tiada perjuangan yang lebih mulia daripada Perjuangan Islam.

Imam Syed Qutb pernah berkata sebelum beliau dihukum gantung, Kita Hanyalah Mata Rantai Perjuangan. Ingat!. Kita bukan pemula bukan pengakhir. Selagi masih tersisa kudrat, pasakkan tekad dan kuatkan azam, hayunkan langkah perjuangkan Islam walau apa cara dan gaya sekalipun, Menuju Redha Allah!

ALLAHUAKBAR!!

p/s: Jangan berhenti doakan saudara kita di Suria (syria) dan Falastin (Palestin)

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sedikit Halawa Telinga Untuk Sahabat (lagu yang selalu dibawa oleh As-sohwah PMRAM, Al-Wadi PMRAM dan Voice Of Syifa' PERUBATAN)

Monday, August 16, 2010

Ahlan Ya Ramadhan...Ramadhan Kareem..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah, walaupun agak lewat, tetapi kehangatan ketibaannya masih dirasai. Ahlan Ya Ramadhan! Bulan yang selalui dirindui buat perindu Ilahi. Bulan yang sentiasa dinanti bagi pendamba kebahagiaan di alam abadi. Ramadhan Kareem... Ramadhan al-Mubarak... Bulan yang di awalnya dihulurkan kasih sayang Allah, yang di tengahnya ditawarkan keampunan daripada Allah, dan di akhirnya dijanjikan pembebasan api neraka buat sesiapa yang memanfaatkannya dengan sebaiknya. Begitu indah bagi mereka yang mengenal apa yang tersingkap disebalik hadirnya Ramadhan. (Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan tersebut!)

RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA

Ramadhan, setiap tahun ia mendatang. Pada waktu yang sama, apabila munculnya anak bulan. Dalam tempoh yang sama. Aktiviti yang sama, puasa di siang hari, berterawikh di malam hari. Namun semua ini saban tahun akan menatijahkan hasil yang berbeza sebenarnya.

Kenapa?

Kerana iman manusia bertambah dan berkurang.

Sahabat-sahabat, pernah tak andai hidup dalam suasana yang persekitarannya sangat baik (بئه صالحه) yang setiap kali waktu solat, ditunaikan secara berjemaah. Amalan sunnah Rasulullah saw sentiasa diamalkan dan dihidupkan. Indahkan kalau dapat hidup dalam keadaan macam itu?

Ana kekadang kesal, melihat keterabaian solat fardhu berjemaah tetapi solat terawikh yang sunat itu, berjemaah. Memang tidak dinafikan, andai tidak berjemaah, jarang mereka yang hendak solat terawikh sendirian. Lebih cenderung untuk mengisi masa lapang dengan perkara lain. Tetapi, andai ini berlaku di kalangan para pelajar agama, sedikit sebanyak, perasaan kesal itu timbul.

Ada yang beri alasan, tak apa, sekurang-kurangnya dia solat. Entah-entah solat seorang diri lebih khusyuk berbanding solat berjemaah.

Sahabat, pernah ana dapat tahu satu hadith (maaf ana lupa matan dan riwayat) yang mafhumnya, Rasulullah saw sangat menekankan solat jemaah, sehingga sesiapa yang telah solat bersendirian sekalipun, apabila dia melihat terdirinya solat jemaah, dia perlu ikut jemaah itu kembali. Nah sahabat, bukankah itu menunjukkan pentingnya solat jemaah? sama-sama kita koreksi diri.

Ana teringat bait lagu yang dinyanyikan oleh Unic dan In-Team:
"Puasa sempurna menahan rohani dan rasa,
puasa sederhana menahan indera dan anggota,
puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga,
lalu dimanakah puasa kita,
adakah masih di tahap lama."

Sama-sama kita koreksi diri, adakah kita ingin mengekalkan natijah Ramadhan yang lepas? Atau kita mahu menjadikan ia lebih baik? Ramadhan tetap sama, tetapi kita boleh mengubah natijahnya.

BULAN INI PESTA IBADAH KAH ATAU PESTA NAFSU ?

Sewaktu menelefon Ibu ana di Malaysia, beliau bertanya, di Mesir tiada bazar Ramadhan ke? Ana tertawa kecil. Bagi mereka yang tidak pernah menjejaki Mesir, mungkin membayangkan suasana Ramadhan di Mesir seperti di Malaysia. Petang-petang dibuka gerai menjual makanan. Sebenarnya, itu hanya amalan orang Melayu, mungkin. Kalau di sini, jemputan berpuka puasa (ma-idah Rahman) adalah. Makanan Percuma. Di bangunan ana tinggal pun, setiap petang, pasti anak-anak jiran akan mengagihkan kurma di setiap rumah dari atas sampailah bawah(rumah di sini berbentuk rumah pangsa).

Meriahnya Ramadhan di dini, ana rasa kerana mereka(orang arab) sentiasa berzikir dan membaca al-Quran. Tetapi meriahnya Ramadhan di Malaysia dengan bazar Ramadhannya. (Dan bagi ana, indahnya apabila berada di bulan Ramadhan kerana bebas daripada menghidu asap rokok di siang hari.)

Berbalik kepada Bazar Ramadhan. Pelbagai makanan dijual. Semua jenis ada. Terutama yang jarang dijumpai (macam buang tanjung, akok, jala emas...berbunyi pula perut menaip nama makanan ini). Oleh kerana lapar sepanjang hari, habis semua makanan yang ingin dimakan dibeli.

Persoalannya, bukankah ibadah puasa untuk melenturkan nafsu? Tetapi berkesankah andai ketika berbuka nafsu makan dijamu? Bukankah semakin 'naik lemak' nafsu itu? Sebab itu, banyak terjadi. Sepanjang Ramadhan, berat semakin bertambah bukan semakin menurun. Nafsu, hanya berlapar dahaga yang bisa menundukkan. Sebab itu, Rasulullah saw pernah bersabda kepada anak muda yang tidak mampu berkahwin, maka hendaklah berpuasa untuk melenturkan nafsu syahwat.

Jadi, bagaimana seharusnya? Ikutlah apa yang Rasulullah saw buat. Berbuka puasa dengan tamar dan air, tunaikan solat dahulu. Kemudian barulah makan. Makan pula, cukup sekadar mengalas perut supaya bertenaga untuk beribadah. Bukanlah sehingga tidak larat untuk mengerjakan terawikh. Di sisi kesihatan dan diet yang seimbang pun, lebih baik makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap berbanding makan hanya sekali sehari tetapi makan dengan banyak.

Kepincangan ummat dalam mengamalkan sunnah yang ditinggalkan Rasulullah saw itulah yang menyebabkan ummat Islam tinggal hanya umpama buih-buih dilautan. Jumlahnya ramai, tetapi musuh Islam langsung tidak gentar.

Ingat sahabat! Musuh Islam menyerang minda kita (mind control), menyerang nafsu kita (pendedahan aurat dan hiburan yang berlebihan) dan melemahkah sistem badan kita (makanan yang tidak seimbang, syubhah dan haram..dan makan banyak). Andai kita tidak boleh sekat sepenuhnya, cubalah elak-elakkan. Mujahadah yang sedikit tetapi berterusan dan bertambah lebih baik daripada jihad yang mendadak tetapi mudah futur.

Selamat berpesta Ibadah. Selamat mengejar keredhaan Ilahi. Selamat menghasilkan invidu muslim yang sejati. Selamat bermujahadah. SALAM RAMADHAN. RAMADHAN KAREEM....




Ramadhan bulan ibadah, bulan kerahmatan dan keampunan,
para malaikat merendahkan sayap, untuk menghitung pahala berganda....
(hingga akhir lagu)...


Teguran untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang rasa perkara ini masuk di akal fikiran mereka..Jom kita islah diri! Sampaikan walaupun satu ayat.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Thursday, July 29, 2010

Usaha Meramaikan Ummat Muhammad saw

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, setelah sekian lama membiarkan labah-labah bersarang di dalam laman yang kusam ini, ana mengambil inisiatif untuk mencana sedikit perkataan bagi mengurangkan sedikit kesawangan tersebut. Hee... Sebenarnya, sudah lama tidak melapangkan masa. Banyak perkara yang ingin dikongsi, apabila tiada kemahuan yang padu, maka tiadalah kelapangan itu.

Kali ini ana tertarik untuk membuat entry membicarakan tentang perkahwinan. Merujuk kepada tajuk, mesti agak kepelikan pada awalnya. Ana kehabisan idea sebenarnya. Maka tajuk itu yang ditaip setelah tidak tahu apakah tajuk yang wajar dijana. Kenapa tajuk tersebut? Bukan secara terus terang sahaja? Sengaja, kerana itulah kiasan bagi ana. Tidak menunjukkan ke'excited'an yang melampau, sebab PERKAHWINAN atau NIKAH adalah tajuk hangat dikalangan kita, yang mula menginjak alam dewasa ini.

ASAL BERKUMPUL MESTI CAKAP PASAL KAHWIN

Sahabat-sahabat, adakah kalian mengalami masalah ini? Setiap kalau berbual dengan sahabat, terutama yang sudah lama tidak berhubung, pasti berbincang tentang perkahwinan. Ana pernah mengalami, mungkin kerap sebenarnya. Seolah-olah tiada hal lain yang ingin dibincang. Sedangkah masih banyak masalah umat yang perlu difikirkan.

Sedar atau tidak, perkara ini adalah fitrah sebenarnya. Sebab itu kita cenderung untuk berbicara tentang soal ini. Zaman sekarang, kita lebih terdedah kepada budaya yang tidak sihat. Budaya berpasangan, bercintaan seolah-olah menjadi kebiasaan dalam masyarakat sekarang. Sehinggakan ada yang merasa malu andai masih belum mempunyai pasangan. Yang lebih membimbangkan sebenarnya, seks belum kahwin semakin membarah dalam kalangan masyarakat di malaysia. Buktinya, kes buang anak menjadi-jadi.

Sudah pasti anak yang dibuang itu hasil daripada hubungan luar nikah. Pelbagai cara yang difikirkan kerajaan. Seperti post ana yg lepas, mengenai baby hatch. Ada pula yang ana dapat maklumat ingin membina sekolah khas buat mereka yang mengandung luar nikah. Sedangkan perkara ini apabila dikaji keberkesanannya, langsung tiada kesan positif malah lebih memburukkan situasi. Kadang-kadang terfikir, buat apa kerajaan susah-susah nak fikir? Bukankah ulama' dahulu dah fikir macam mana nak atasi masalah ni? Jawapannya senang sahaja, TEGAKKAN HUKUM HUDUD!

BERKAHWIN SEMASA BELAJAR

Ini adalah topik yang paling best apabila duduk berkumpul sambil-sambil minum teh atau makan nasi, ataupun munaqasyah dalam YM. BERKAHWIN SEMASA BELAJAR. Sekarang, ana tengok sudah ramai ibu bapa yang mempunyai kesedaran membenarkan anak-anak mereka berkahwin sewaktu masih dalam pengajian. Walaubagaimanapun mentaliti masyarakat yang menganggap perkahwinan bakal menggagalkan atau bahasa yang lebih lembut ialah mengganggu pelajaran masih kukuh disanubari masyarakat. Sehinggakan mak ana pernah berkata: "Tak ramai lagi mak bapak macam ma dan abah ni". (Ma cakap begitu sebab ma tak halang pun anak-anak kahwin awal).

Kenapa? Kenapa mentaliti ini masih bertakhta di minda masyarakat? pada hemah ana, mereka masih belum mendapat kesedaran agama. Mereka lebih senang melihat anak-anak bercinta, ber'couple' sewaktu berlajar daripada melihat anak-anak berkahwin. Ya, mungkin sesetengah atas alasan kewangan. Ya, ada yang hendak rasa duit gaji anak dahulu baru melepas mereka berkahwin. Ada pula yang anggap melanggar tradisi keluarga. Tambahan pula kebanyakan ibu bapa zaman dahulu kahwin awal, dan lepas kahwin tiada istilah belajar bagi mereka, tetapi hanya tinggal istilah bekerja.

Itu,baru mentaliti ibu bapa. Bagaimana pula mentaliti empunya diri(anak-anak)? Seperti biasa, kekuatan anak-anak itu berpegang kepada agama yang menentukan. Walaubagaimanapun, hanya sedikit sahaja mereka yang komited dengan belajar sehingga tiada masa untuk memikirkan mengenai pasangan. Mereka ialah orang-orang yang hidupnya hanyalah belajar dan bekerja. Ataupun mungkin dia seorang yang anti-sosial.

Kebanyakan masalah yang timbul adalah kerana halangan ibu bapa, terutama anak-anak yang beribubapakan si bengis dan garang, sehinggakan keinginan itu dihalang, atau mungkin awal-awal lagi anak-anak sudah takut untuk menyatakan. Tambahan dengan kurangnya pengetahuan agama, dan yang tahu agama kurang pernghayatan agama dan pergantungan kepada Allah, lantas sanggup menggadaikan maruah demi menghidupkan rasa 'cinta' yang berbalut nafsu.

Kisah benar, yang ana petik daripada pengalaman hidup seseorang. Keinginan dia untuk belajar sebenarnya sudah pudar, tambahan pula pencapaian tidak cemerlang. Lantas dia mohon dengan ibunya untuk berkahwin tetapi dihalang dan dipaksa belajar. Lalu dia dihantar ke kotaraya, dengan harapan menghabiskan pengajian di kolej swasta. Namun apa yang terhasil ialah kelahiran anak luar nikah. Melenting ibunya dikampung. Terus dikahwinkan, dan sekarang stabil sudah keluarganya. (Bukankah elok kalau dari awal-awal lagi dibenarkan berkahwin).

Baru-baru ini sempat ana hadir ke sebuah forum wacana berkahwin semasa belajar anjuran bait muslim Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir. Sebenarnya tidak berniat pun, malah tidak mengetahui akan kewujudan forum itu, hanya berkebetulan ana hendak pergi ke rumah kelantan dan bermalam di sana. Alhamdulillah sedikit sebanyak ia membuka minda untuk melihat perkahwinan sewaktu masih di alam mahasiswa. Sememangnya tanggungjawab berganda berbanding orang lain, tambahan pula andai belajar di luar negara. Tetapi sedar atau tidak sebenarnya tanggungjawab itulah yang mematangkan diri. Sudah pasti ibu bapa bimbangkan kebolehan anaknya untuk memikul bebanan itu. Maka, berpeganglah dengan kata kunci, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

TUJUAN SEBENAR

Setelah panjang ana mengulas, entah kena atau tidak dengan tajuk, sebenarnya entry ini khas untuk ucap selamat pengantin baru buat sahabat-sahabat ana yang alhamdulillah membina rumah tangga pada tahun ini. Bermula dengan Sarah Syafiqah ( classmate 'Taqwa' tingkatan 1 hingga 3 di SMK Zainab 1), Noor Asiah Zainuddin (classmate Kelas Khas Kemahiran Al-Quran tingkatan 1 hingga 3 di SMK Zainab 1) dan Sarah (classmate SMKA Naim buat seminggu, juga schoolmate KISAS buat 2 bulan) pada Jun lepas. Kemudian buat Nurjannah Roslan yang baru membina rumah tangga 26 Julai yang lepas (college mate semasa di Darul Quran JAKIM-IQRac Gen 8), gambar pun belum tengok lagi. Seterusnya buat yang bakal berkahwin nanti, kakak silat kesayangan Syafiqah Asna Asri yang akan kahwin 2 syawal ini (sebab jauh kat pendang, ana tak dapat pergi) dan kakak senior SMKA Naim merangkap kakak senior di iskandariah yang majlisnya 3 syawal ini. Ana tidak tahulah andai masih ada perkahwinan sahabat yang belum dima'rufi kerana tiada dalam data. Semua yang ana sebut ini pun, hanya seorang sahaja yang memaklumi ana sendiri secara langsung. Manakala yang lain, ada perantaraan.

Walauapapun, diharap mereka semua dapat melayar bahtera rumah tangga dengan tenang, semoga kebahagiaan mereka membawa ke syurga, semoga rumah tangga mereka dihiasi dengan keindahan Islam dan semoga zuriat mereka bakal menjadi umat Nabi Muhammad yang sejati, bakal menegakkan panji Islam di muka bumi.

برك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير
كلٌ عام وأنتم بخير

p/s: ana pun ada cita-cita nak ikut jejak mereka setahun dua lagi, pakat-pakat doa la ye? Moga Allah permudahkan, mempertemukan calon yang soleh dan bertaqwa. Tiada ciri-ciri tertentu yang ana tetapkan. As long as dia ikhlas menerima saya(ceh, macam promote diri sendiri la pulak). Achik, ucu tag achik kat entry post ni, soalan cepu mas yang perlu dijawab, bilakah target anda hendak kahwin dan apakah ciri-ciri bakal suami? dari segi penampilan, umur dan bla..bla..bla...

tak lupa juga buat Kak Amalina Rozik dengan Kak Hanis Zakhry..Kak Hanis, never espect you will marry this year also...

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday, February 15, 2010

Malang tidak pernah berbau...Namun asapnya masih berbau

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pujian bagi Allah, yang menciptakan segalanya penuh kebijaksanaan yang tidak tercapai oleh akal manusia yang terbatas ini, selawat dan salam buat kekasih Ilahi, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga baginda yang direshai Allah semua mereka.

Setiap berlaku ada hikmah, segala yang tersirat tidak dapat disuratkan kecuali mengambil masa sedikit untuk merenung kembali dan menghitung diri sendiri. Semalam, baru sahaja ana membelek berita di blog sahabat ana tentang kebakaran di rumah kedah baru.

Kuasa Allah, pagi ini berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. kebakaran kecil di dapur rumah ana. Pepatah melayu, malang tidak berbau. Ana menambah, kalau berbau tidaklah dinamakan ujian. Pagi ini, sewaktu matahari merangkak menampakkan dirinya di ufuk timur, kekecohan berlaku. saat semua menyantaikan diri setelah kepenatan malam sebelumnya(dengan pelbagai alasan), ana dikejutkan dengan suara kakak yang memanggil nama ahli bait ana. Kerana terlampau letih, ana tidak mengendahkan suara itu. Tiba-tiba mereka mengetuk bilik ana(bilik sementara-berdekatan dengan dapur) mengarahkan supaya keluar.

Ana dengan perlahan melangkah keluar, menjadi panik melihat kepulan asap hitam. Apa yang berlaku? melihat ke ruang dapur, api sedang marak memakan almari kayu bersebelahan dengan dapur. Masya-Allah! Astaghfirullah! Kenapa ni? Terlampau panik, ana keliru apa yang patut dibuat lantas membekukan diri. Mereka yang diberi ilham oleh Allah, mengambil lihaf, dibasahkan dan mencampaknya ke atas api tersebut. Ahli bait yang baru, dengan berani masuk ke dapur (walaupun dilarang oleh kakak-dia terlampau panik). Ana nampak sesuatu yang harus dibuat, buka pintu biarkan asap keluar. Namun entah kenapa perasaan gentar terlalu menguasai diri lantas mendiamkan diri sahaja. Ketua rumah kami menelefon ustaz supaya datang menolong.

Kakak yang menumpang rumah kami turun ke bawah mengetuk pintu rumah ustaz (dengan keadaan bertudungkan selimut). Kekalutan berlaku, saat ustaz ingin masuk ke rumah, ahli bait yang baru itu jatuh pengsan(kekurangan oksigen akibat asap dan terlampau panik). Pertolongan yang ana mampu buat ialah mengusung dia masuk ke bilik. Kami semua (akhawat penghuni rumah) di arahkan turun. Semua penghuni bangunan menyerbu rumah kami, membantu.

Kedengaran pelbagai suara. "Mayyah! Air!" dan sebagainya. Ana tetap senyap. turun dalam keadaan malu-malu (kerana tidak sempat mengambil niqab). duduk di bawah tetapi segan untuk keluar daripada imarah. Setelah api terpadam, ana kembali ke atas, mengambil telefon kerana bimbang berlaku kecurian (memandangkan arab keluar masuk dengan bebas). Alhamdulillah, semua barang di dalam rumah tidak hilang. Cuma yang terbakar sahaja yang tidak dapat diselamatkan.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. InsyaALLAH. Mungkin ini teguran Allah supaya lebih menambahkan kesyukuran yang tidak pernah cukup.


Tempat yang berwarna hitam teruk itulah tempat kebakaran

Kak wa gigih mencuci bahagian atas. Thanks kakak2.





Teknik mengeringkan plug

syiling dah kelabu akibat asap..tidak seputih dulu

Alhamdulillah dah cuci

Kettle kesayangan yang turut terkena tempias ( T_T)

barang yang terselamat. Dihadapan bilik sementaraku.

Barang dapur bertamu di ruang tamu

Rak cair di bahagian hadapan akibat api.

p/s: tiada gambar sewaktu kejadian. bomba turut datang, tetapi setelah api terpadam. bomba mesir ni memang slow ke?

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday, November 24, 2009

Penyakit M.A.L.A.S menyerang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam banyak-banyak penyakit, ana paling gerun penyakit malas dan penyakit putus asa. Andai dijangkiti penyakit ini memang lingkup hidup ni. Boleh tutup kutub dan menunggu masa untuk menamatkan riwayat hidup. Dahsyat sangat ke penyakit ini?

BAHANA MALAS

Malas ni terlalu negatif untuk disebut sehinggakan sesetengah kelompok manusia menetapkan denda beberapa sen kerana menyebut perkataan 'MALAS'. Kenapa? Kerana dari mulut itu, terus meresap ke hati. Walaupun hakikat mulut melafazkan apa yang ada di hati.

Dengan Malas ini juga, anak-anak muda zaman sekarang lebih suka melepak dan membuang masa. Juga dengan malas hidup akan lesu dan Islam tidak akan bergerak. Ekonomi tidak berjalan dan dunia akan musnah. Bahana malas ini amat besar.

Andai kita malas, sedar atau tak biasanya malas itu apabila melakukan perkara kebaikan dan berfaedah, tetapi rajin pula untuk melakukan perkara negatif tidak berfaedah malah menambah dosa. Jadi, mahu atau tak malas itu pada sesetengah perkara sahaja. Yang selalu kita dengar ialah malas belajar, malas baca buku, malas memasak, tetapi rajin main game, rajin menonton TV dan rajin untuk makan.

PUNCA MALAS

Tidak perlu sebenarnya untuk diterangkan apa punca utama. Sudah pasti jawabannya nafsu dan bisikan syaitan yang hanya inginkan kesenangan dan keseronokan tanpa perlu bersusah payah.

Tambahan pula zaman sekarang kita dihidangkan dengan kemewahan dan segala kemudahan. Oleh kerana itu kita cenderung untuk malas berbanding rajin kecuali perkara-perkara yang menguntungkan seperti makan, membeli dansebagainya.

CARA ATASI

Di dalam doa-doa ma'thurat terkandung suatu doa yang memohon perlindungan daripada perasaan malas. Maaf kerana tidak dapat dilampirkan kerana ana tiada terjemahan lengkap. Doa ini seringkali kita lafazkan sebenarnya.

Selain itu ingat kembali tujuan hidup kita. Apa matlamat sebenar. cuba mujahadah dengan perasaan tersebut. Percaya bahawa ganjaran Allah sentiasa menanti.
"Berjuang itu pahit
kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit perih yang ditagih"

Selain itu semangat yang tinggi juga dapat atasi perasaan malas. Sentiasalah refresh dan charge semangat supaya dapat digunakan sewaktu memerlukannya. Lemah semangat malas dan putus asa merupakan kelompok yang tidak dpt pisahkan. Jadi untuk tewaskan kombinasi ini perlulah bersemangat, waja diri dan rajin. InsyaALLAH ALLAH akan permudahkan jalan menujunya. Itu yang paling utama.

Salam juang buat mereka yang menempuhi dan bakal menempuhi mid year exam. Gilirank ana lepas raya nanti..doakan ye?

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

p/s: saat ini penulis diserang perasaan malas yang menderu-deru. nasib badan...rajin pula tangan menarikan rentak di atas papan kekunci.

Wednesday, November 11, 2009

'Gila Bahasa'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah,selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad s.a.w dan ahli keluarga, sahabat baginda seluruhnya.

Kali ini, dalam keadaan tergesa-gesa, ingin ana coretkan juga sedikit perkongsian idea. Pertama sekali, ana harap sahabat-sahabat tidak terkejut dengan tajuk yang ana pilih yang langsung tidak menggambarkan apa yang ingin dibicarakan sebenarnya. Mungkin betul tetapi tidak sesuai, malah tidak menggambarkan sebagai pelajar agama yang belajar tentang Islam yang penuh kelembutan dan kasih sayang.

Apa yang hendak ana ulaskan sebenarnya mungkin muhasabah diri ana. Apabila ditaklifkan untuk membuat artikel ilmiah, ana seolah-olah menjadi seorang 'gila bahas', dengan menggunakan variasi perkataan yang membawa maksud yang sama. Tidak pasti adakah itu dibolehkan atau sebenarnya digalakkan atau menyalahi akta mengarang. Setakat ini, tiada pula yang memberikan komen, atau mungkin mereka terus menyunting tanpa memberitahu ana sebagai penulis. Terserah sahaja.

Namun sedikit sebanyak, ana tidak tahu. Adakah penting penvariasian perkataan yang menunjukkan bahawa kosa kata adalah banyak, atau itu membawa kepada kesulitan kepada pembaca.

Mudah Difahami

Sebagai artikel, sewajarnya ia mudah difahami, namun untuk menambah nilai mutu bahasa perlu juga diselitkan perkataan 'ghairu adi'(bukan biasa digunakan)....tetapi itulah, ana mungkin silapnya belajar hanya sekadar berdasarkan pengalaman, samaada membaca karya orang lain atau komen terhadap karya ana sendiri. Tetapi sampai sekarang ana rasa karya yang sebuah itu melampau sangat penggunaan bahasa yang boleh diistilahkan sebagai 'gila bahasa'.

Teringin hebat sebagaimana orang lain membuat artikel, tetapi apalah sangat ana yang tidak pernah mendapat didikan yang terus atau secara langsung kecuali hanya di bangku sekolah. Mungkin ana lebih suka menulis cerita kerana tidak memerlukan perincian kajian dan pembacaan, malah ketepatan fakta. Bebas, tetapi tema yang perlu dibawa pula menjadi sedikit masalah.

Semangat

Kadang-kadang semangat membuat karya~artikel, cerpen dan kartun~ memuncak(terutama ketika muhadharah-kelas) tetapi apabila menghadap laptop, lebih senang membaca blog sahabat sahabiah sahaja. Terus terlupa azam yang ditanam tadi.

Harapan semoga mesir dapat sedikit sebanyak memberi ilmu pengalaman dalam menghasilkan karya, walaupun pengajaran hanya didapati melalui didikan dan bacaan di dalam internet sahaja.

Kartun mungkin ana akan upload nanti tatkala telah berjaya menkonsistenkan penghasilan karya.

Last But Not Least

Ucapan selamat hari lahir buat ayahanda yang kucinta, hanya dikau ayahku di dunia dan akhirat...seinfiniti kemaafan atas segala kelemahan diri kudoakan dirimu diberi kesihatan dan kekuatan rohani dan jasmani untuk meneruskan tugas sebagai hamba Allah...doakan anakmu di sini.


abah sedang mengambil gambar cucunya
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday, November 2, 2009

Terima Kasih


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Di sini ingin di letakkan sebuah sajak, yang tercetus di waktu fajar berganti matahari...dah lama ana tak buat sajak secara khusus..

dedikasi khas buat sahabat sekelas yang senegara, sehati empat jiwa. Terima kasih kerana banyak menolong diri ini.

Kita Ada Rabbi

Tika itu,
Ku tersungkur jatuh,
Mereka terus berlari,
Meninggalkanku,
Tanpa berpaling,
Lupa kewujudanku.

Hampir ku putus asa,
Membiarkan mereka,
Terus berlari,
Jauh,
Tanpa usaha,
Menyaingi kembali.

Huluran tangan,
Menyapa ekor mata,
Kuntuman senyuman,
Menghiasi mereka,
Ku sambut keharuan,
Lantas ku bersama.

Bersama sahabat sejati,
Mereka kukuhkan hati,
Dengan isim Ilahi,
Mereka menasihati,
"Jangan menyerah diri,
Kita ada Rabbi"
Ku semat di hati.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, October 21, 2009

fenomena novel cinta

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah setelah agak lama membiarkan jaringan sawang menyesakkan blog ini, kembali bertandang membuat lontaran idea baru. Baru-baru ini sempat beberapa kali ana menyinggah kedai buku (drop by) dan melihat karya-karya baru di pasaran. Kelihatan lambakan novel, yang bertemakan CINTA. Kelahiran penulis-penulis baru yang diterbit oleh pelbagai syarikat penerbitan.

Majoriti buku ini bertemakan cinta. Suatu ketika dahulu ana turut berminat dengan novel cinta. Apabila kesedaran agama itu menebal di dalam diri, tertarik pula dengan novel cinta Islam yang semakin menguasai pasaran terutama selepas fenomina AYAT-AYAT CINTA.

Namun sekarang terasa bagai jemu melihat novel yang membawa tema yang hampir sama semuanya, cinta manusia, cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi. Yang dikira bagus sedikit mungkin cinta menurut perspektif Islam.

PEMBAWAKAN TERSENDIRI

Setiap penulis pasti ada 'style' mereka tersendiri dalam penulisan (atau dalam bahasa arabnya manhaj). Sedar atau tidak, pembawakan penulis perlu sesuai dengan jiwa pembaca. Tidak dinafikan di era ini pembaca lebih tertarik kepada kisah-kisah cinta yang indah dan terawang-awang. Semuanya indah di alam percintaan, membawa kepada melihat semuanya adalah sempurna. Bukankah ini membuatkan sesuatu yang tidak berpijak di bumi yang nyata?

Tidak dinafikan, dalam penulisan dakwah, sudah semestinya penulis harus memberi panduan yang sebenar kepada pembaca(mad'u), walaupun terkadang nampak terlalu sempurna. Ini yang sering berlaku, watak utama kelihatan sempurna. Ana sendiri kadang-kadang keliru. Pernah terbaca bahawa watak utama perlu sempurna atau paling baik berbanding watak yang lain. Walaubagaimanapun ada suara-suara yang mengatakan cerita yang sedemikian kekadang terlalu sempurna.

Berbalik kepada apa yang hendak dikupas, ana lihat zaman sekarang pendakwah atau penulis dakwah lebih banyak menggunakan tema cinta dalam berkarya. Dari segi sambutan, mungkin novel bertema cinta terutama cinta Islamik yang lebih mendapat sambutan. Tidak terkecuali diri sendiri. Sehinggakan kelihatan gelombang novel cinta di pasaran. Judul novel terkadang kelihatan sudah kehabisan ayat rasanya. DIA BUKAN MILIKMU, HATIMU UNTUK SIAPA, KAU DAN AKU....dan sebagainya.

Ana tidak tahu adakah ini perkembangan yang baik atau tidak jika rakyat malaysia membudayakan membaca, tetapi membaca novel cinta yang sentiasa membuai jiwa.

PILIHAN HATI

Kalau dah muak, buat apa ke kedai buku?

Pasti soalan itu timbul. Sebenarnya ana lebih suka mengendap buku-buku penulis yang diyakini mutu karyanya. Sebab itu sekarang ana hanya setia kepada beberapa penulis sahaja, terutama Haji Faizal (Faisal Tehrani). Persoalan yang dimuatkan di dalam karya beliau membawa kepada proses pemikiran.

Masih teringat, rasanya ada terdengar atau terbaca, antara ciri karya yang bernilai ialah membawa kepada proses pemikiran. Pencernaan minda dan sinaps di dalam otak (mungkin). Maksudnya perlulah membaca bahan bacaan berat. Namun terkadang hati kita lebih suka bahan bacaan ringan, yang tidak memerlukan minda memproses maklumat. Itulah yang melembabkan otak sebenarnya. Jadi perlu berhati-hati dalam memilih buku.

Dalam banyak-banyak novel, hanya beberapa penulis yang memberi banyak input kepada pembaca. Oleh itu, setialah kepada penulis yang dipercayai.

PERANAN PENULIS

Jika dilihat, terbentanglah peranan besar penulis untuk menyelitkan ilmu dan fakta yang benar dalam berkarya supaya karya itu terdapat nilai disamping lenggok sastera yang kreatif.

Semua ingin menulis, walaupun tidak semua reti menulis. Tetapi harus diingat, bakat menulis boleh diasah. Disitulah terlihat pentingnya latihan. Yang paling penting ialah kemahuan (rasa macam dah lari dari topik).

PENULIS BEST SELLER

Dunia penulisan, adakah yang ingin dicapai ialah menjadi penulis best seller atau berkongsi info dengan pembaca sebenarnya? Itu persoalan yang pernah timbul di fikiran ana. Menjadi penulis yang diminati ramai, siapakah yang ramai itu? Walauapapun, menulislah untuk memberi (ilmu) bukan menerima (duit). Satu lagi harga buku bertambah mahal bila sudah menjadi penulis yang berjaya ni. Bukankah menyusahkan peminat?Hmmm...

~~tidak sempat merakam lambakan buku novel di kedai buku yang berjaya membuatkan ana muak melihat novel.~~

والله أعلم بالصواب

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan yang semakin berlalu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji Bagi Allah yang masih memberikan nikmat meneruskan kehidupan di dalam ISLAM dan IMAN. Dua nikmat yang tiada tolok bandingnya kerana hanya orang-orang yang ALLAH pilih sahaja dibelai sifat arRAHIM-NYA dalam menerima nikmat ini. Selaut syukur kerana masih diberikan ilham untuk meneruskan tinta yang asalnya daripada teknologi yang amat seni saiznya, dijana melalui kod-kod lantas perlanggaran elektron di skrin komputer membolehkan kita membaca nukilan ini.

Sedar tak sedar penwujudan blog ini sudah hampir berusia setahun mengikut kiraan hijri kerana ana membina blog ini sewaktu sedang meneguk nikmat ibadah di dalam bulan Ramadhan. Fikiran ana tersorot kembali kepada entry pertama yang ana poskan ke blog ini iaitu berkenaan dengan kesedihan dan ratapan perginya bulan yang mulia, yang mengandungi malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan bulan yang menyimpan memori kemenangan Jundullah memerangi kuffar iaitu Bulan Ramadhan. (boleh tekan sini untuk melihat kembali)

PERGINYA RAMADHAN

Perginya Ramadhan kali ini terasa bagai semakin meruntun hati kerana terasa gagal menjadi pelajar terbaik madrasah Ramadhan. Walaupun segala amal hanyalah Allah yang berhak menilai tetapi rasanya terlalu banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Mungkin keadaan yang lebih berdikari menyebabkan diri jarang ditekan untuk mengingati bahawa nikmat bulan ini tidak boleh dipersiakan.

Walauapapun, setiap azam yang ditanam harapnya boleh kita teruskan, kerana bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk beribadah tetapi rasanya lebih molek kalau disebut bulan pemula ibadah. Kenapa? Analogi yang ana ingin bawa senang sahaja, untuk mendidik manusia, perlu ditundukkan dengan penuh peraturan dan didikan, sebagaimana sekolah, guru yang akan mengawal kita. Sepertimana juga bulan Ramadhan, puasa yang mengawal nafsu,memberi peraturan bahawa tidak boleh makan dan minum, menjaga mata dan hati.

Teringat dahulu guru biologi ana pernah mengatakan bahawa apabila berpuasa penghasilan sperma menurun secara tidak langsung mengurangkan rangsangan syahwat. Tidak hairanlah pernah terdapat dalam hadith bahawa kalau tidak mampu untuk berkahwin maka hendaklah puasa, kerana puasa dapat mengawal nafsu. Sebab itu juga kalau dilihat kafarah untuk mereka yang melanggar arahan dalam mengerjakan puasa Ramadhan amat berat bagi suami isteri yang gagal mengawal hawa nafsu, kerana secara biologinya sahaja sudah menunjukkan bahawa nafsu tidak akan aktif ketika berpuasa.

Nafsu juga hanya dapat dikawal dengan lapar dan dahaga sebagai mana hadith Qudsi (kalau tidak silap ana, mohon betulkan jika tersalah) yang mana nafsu mengaku bertuhankan ALLAH setelah dimasukkan di dalam neraka kelaparan. Jadi, untuk mengawal nafsu, kita perlu berlapar iaitu puasa.

NIKMAT YANG HILANG
Rasanya satu nikmat yang hilang kali ini ialah Ramadhan bersama keluarga. Terasa lain walaupun ada persamaan. Rindukan suasana yang Mak ana selalu perjuangkan. Berbuka dengan tamar dan kuih-muih lantas solat maghrib, kemudian barulah menjamah nasi. Di sini maklumlah, berbeza latar, menyebabkan banyak beralah. Rindukan mereka yang mengamalkan sedemikian, rindu untuk berjemaah dengan mereka, bukan melakukan secara fardi.

Selain itu, nikmat penghayatan juga jarang di dapati. Jika di rumah dahulu, tazkirah antara solat terawikh dan usai solat subuh terasa mengukuh di jiwa, tetapi di sini, mungkin kerana jiwa yang memberi azkirah itu belum dipenuhi dengan hamasah sebagaimana pentazkirah di Masjid kampung ana dulu.

KEMBALI KE TANAH AIR

Akhirnya keputusan telah diambil setelah mendapat persepakatan ijmak ulama'(hehe, mak ayah je), mereka mengarahkan agar anak mereka ini pulang ke Malaysia maka termaktublah di dalam senarai Egypt Air ana akan kembali ke Malaysia pada 15 September 2009 dan akan meneruskan cebisan perjuangan semula pada 27 oktober 2009.

Sekadar untuk makluman semua. Tidak sabar untuk menimang cahaya mata (abang) yang bakal lahir bulan syawal ini, isnyaALLAH.

SELAMAT MENGEJAR MALAM AL-QADR
والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Thursday, April 30, 2009

Turunkan berat badan...berjaya atau gagal?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Maalam semalam, ana ber'ym' dengan kak yan kakak ana yang bekerja di hospital Tawau. Rindulah pula nak dengar dia berceloteh (macamlah tak boleh telefon :-p). Secara adatnya, apabila ana berbual dengan dia memang akan keluar soal berat badan (maklumlah, kedua-duanya mempunyai berat badan yang berlebihan). Ana amat gembira dan teruja bila dia memberitahu bahawa setelah sebulan dia kurangkan saiz hidangan makanan kepada separuh dan sentiasa bersenam (jogging) setiap petang, berat badannya susut sebanyak 4kg. Wah satu perkembangan yang baik!

DUGAAN

Sememangnya ana sendiri ingin mengurangkan berat badan. Buat masa sekarang apa yang ana mampu hanyalah mengurangkan saiz makanan(lebih tepat sebenarnya mengurangkan pengambilan kanji). Namun itulah cabaran yang terbesar, dan selalu mendapat tentangan teman serumah. Adakah perubahan ana terlalu mendadak? Maafkan ucu ye achik, adik, ateh. Bukan sesaja ana hendak kuruskan badan. Tapi bila mengenangkan risiko penyakit yang mudah dijangkiti jika lebih berat badan ni, menaikkan semangat untuk berusaha (walaupun senaman agak susah untuk dilakukan).

Di mesir ni, agak susahlah untuk seorang akhawat melakukan sesuatu aktiviti, hatta berlari-lari anak sekalipun, pasti perkara pertama yang difikir..."nanti apa kata ustaz?" ataupun "ustaz tengok ke tak aku berlari tadi? malunya!". Entahlah, terkadang rasa terkongkong juga disebabkan USTAZ! Macamlah ustaz tu mahram atau suami kita.

TAK BOLEH SALAHKAN USTAZ!?
Bila direnung kembali, ada baiknya juga ustaz menjaga akhawat. Nampak over sikit, terus tegur. Memang la kadang-kadang tension, buat benda tu tak kena, buat benda ni tak kena. Namun itulah namanya menjaga. Sebagaimana ALLAH memberi had kepada kita, begitulah ustaz-ustaz yang baik hati ni menjaga akhawat...(walaupun kadang-kadang terasa sakit hati bila ditegur).

Cuma harapnya, ustaz-ustaz ni kena belajar untuk tegur secara lemah lembut dan berhikmah. Kerana akhawat ni kan umpama tulang bengkok, kalau diluruskan secara kasar dan tergesa-gesa akan patah tulang itu. Hati perempuan ni sensitif, bila ditengking, hati ini umpama ditusuk sembilu(ceh, berbuanga la pula ayat ni). Apa-apa pun yang ustaz-ustaz buat tu bagus, ana sokong (tapi bukan 100% la).

KERJASAMA

Setiap kali menuturkan perkataan kerjasama pasti teringat lagu wonderpet "Apa yang penting? KERJASAMA!"(teringat juga pada Karmila dan Saadah. Miss you two! Jangan nakal-nakal ye? Jadi anak solehah). Kerjasama yang ana maksudkan di sini bukanlah sekadar tidak mengomel ana mengambil saiz nasi yang sedikit, tetapi memberi semangat dan bersama-sama kita bersenam!(especially daripada achik, ateh dan adik! I hope so...one day in the future, insyaALLAH)

Bersenam ni, kurus ke gemuk ke, langsing ke cute ke, semua kena buat. Untuk kesihatan jasmani terutama jantung. Fungsi senaman ni, membakar kalori, iaitu lemak-lemak berlebihan (or badfat...lemak jahat!). Jadi, sama-sama kita perlu amalkan senaman. Yang penting sekali, jangan sempitkan konsep bersenam. Apa sahaja aktiviti yang mengeluarkan peluh, adalah senaman untuk kita. Namun harus diingat, senaman yang berkualiti adalah 2jam selepas makan dan 1jam sebelum makan, dilakukan pada waktu selain tengah hari (kerana pada waktu tengah hari, darah meninggi...mungkin akan menyebabkan kesan yang lain).

Jadi, BERUSALAH!~ (quote style kim jap ye?).

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Happy belated to my self??



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Sanah helwah ya jamilah...
Sanah helwah ya jamilah...
Sanah helwah ya Nabila Hanis...
Sanah helwah ya jamilah...


Tanpa ana sedari, semalam [5 jamadil awal] berlalu pergi tanpa sebarang ingatan. Tidak ramai yang mengetahui, malah mungkin memang semua tidak mengetahui bahawa semalam ialah tarikh lahir ana mengikut kalendar Islam. Rupanya umur ana sudah genap 20 Tahun mengikut kalendar hijri. Usia yang menunjukkan diri ini menuju fasa ke-2 bagi seseorang remaja.


Diikutan hati ingin sahaja berbicara lanjut. Namun bila melihat buku yang bertimbun belum disentuh sepenuhnya, rasa kesempitan masa pula. Mungkin ana akan mengulas lanjut tentang ini di lain waktu.

Akhir kalam, pertambahan usia menunjukkan diri ini perlu matang dan bersedia menuju kematian. Kematian itu pasti...dan dinanti....pertemuan dengan KEKASIH ABADI...insyaALLAH...

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday, April 28, 2009

Salam Imtihan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Detik-detik masa sering berlalu...tetapi ujian makin memberat. Betapa susah menjadi hamba yang mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepadaNYA dan agamaNYA. hari-hari yang berlalu terkenang menghiris jiwa apabila dihisab kembali. Apakah segala tindak tanduk kita bakal membangunkan Islam dan daulahnya?

Sekadar peringatan buat diri sendiri. Sememangnya imtihan semakin mampir tetapi
masih tidak mengambil ihtimam tentangnya. Entah kenapa ana jadi begini. Ya ALLAH kuatkan semangat kami semua.

Ujian demi ujian
Terasa begitu teruji. Bermacam ujian ALLAH bagi sebelum manusia menguji kita. Bila semua sibuk dengan persediaan exam, mula terabai ukhuwah dan sikap mementingkan dii terkadang terserlah. Ada yang mula terguris, berduka dalam ketawa dan pelbagai lagi. Sememangnya mendekati imtihan, menyebabkan kita terlalu sensitif. Perkara yang biasanya tidak mengguris hati ternyata boleh menyebabkan hati terjeruk dengan perasaan berduka. Terkadang tertanya-tanya, "apa salahku? di mana silapku?". Tepuk dada tanya iman.

Hubungan dengan ALLAH sememangnya penting. Namun perlu seimbang dengan hubungan sesama manusia. Dan dalam perjalanan menuju keseimbangan ini yang terkadang manusia tergelincir. Di sinilah perlunya peranan seorang sahabat sebagai cermin, menegur tanpa segan tetapi dengan penuh berhikmah.

Maafkan daku duhai sahabat

Di kesempatan ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Andai tak terlayan atau sengaja tak layan, andai terkasar bahasa atau apa-apa sahaja yang boleh menyakitkan hati...seinfiniti kemaafan dipohon. Banyak perkara yang ana gagal penuhi, jadi tegur-tegurlah andai ada kesilapan.

Terutama buat ahli bait yang tersayang...achik...adik az...ateh...ucu sayang korang seme...kalu ucu ada bad mood tu minta maaf ye..biasa la tension-tension nak exam ni. Juga buat classmate...angah...uda...ucu minta maaf gak ye?...sayang korang semua. UKHUWAH FILLAH forever.

SALAM IMTIHAN...BITTAUFIQ WANNAJAH LIKULLIKUM

ini ana sertakan sekali schedule peperiksaan ana. jadi kalau antum hendak kacau ana, harap selepas tamat peperiksaan ye? :-p


16mei09-FIQH IBADAH
17mei09-AL-QURAN
18mei09-TAFSIR
19mei09-NAHU SARF
20mei09-AL-AQIDAH WAL-AKHLAK
21mei09-SIRAH
23mei09-TARIKH TASYRI'
24mei09-ADAB WAL BALAGHAH
25mei09-HADITH
30mei09-ENGLISH

Saturday, April 11, 2009

Balik ke tak?...Hmm...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekian kalinya ana menghantar khabar diblog ini. Persoalan kali ini yang terkadang mengintai di hati, adakah ana perlu balik ke Malaysia atau tidak. Melihat foto di sebelah ini, terasa rindu kepada kedua orang tua. Tambahan pula dalam fatrah imtihan sebegini.





Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Mendengar lantunan lagu ini, menambah kesedihan dihati. Namun apabila difikir kembali, kerinduan terhadap ibu bapa masih tidak membuak-buak. Sebagaimana kecintaan terhadap bumi Musa a.s. ini dan terhadap ilmu ALLAH yang terlalu luas.

Mula mencintai ilmu

Satu pengalaman yang ana rasa perlu dikongsi dengan sahabat sekalian, kecintaan terhadap ilmu yang mula berputik di sini. Kesedaran untuk mendalami ilmu itu membuak-buak walaupun dalam fatrah imtihan. Sampai terkadang sanggup semata membaca sedikit sahaja sehari asalkan faham, sedangkan imtihan hanya minggu depan.

Cinta ilmu yang ana maksudkan ini bukan ilmu perubatan tetapi ilmu-ilmu Islam. Seperti yang semua sedia maklum, ana sekarang di tahun ta'hili (tamhidi atau ma'ruf sebagai matriks di Malaysia). Bagi ana tahun ini amat mencabar kerana ana bukanlah berlatar belakangkan sekolah arab yang pernah menduduki SMU@SMA, yang mana pernah diprogram untuk mentelaah buku-buku dan kitab-kitab arab.

Cuma bagi ana, andai orang lain boleh mengapa tidak ana. Apa yang penting nilai ilmu yang kita dapat, bukan natijah peperiksaan yang kita hadapi kerana itulah hakikat natijah pelajaran kita. Sebagaimana juga niat belajar sebenarnya, adakah untuk ilmu atau nilaian manusia. Segalanya hanya ALLAH yang layak mengukurnya.

Peluang mendalami Ilmu

Musim cuti adalah musim yang perlu dipenuhi untuk menambah ilmu luar teruatama bagi pelajar wanita di Mesir. Kerana kami tiada peluang untuk keluar malam seperti lelaki. Apatah lagi bagi ana yang mendapat kesedaran mencari ilmu tambahan yang agak lewat. Walauapapun ALLAH telah menyedarkan ana, alhamdulillah.

Setelah fikir semasak-masaknya kerana ilmu, ana mengorbankan peluang bercuti di Malaysia. Oleh kerana terlalu sayangkan bumi ini, ana melupakan kenikmatan kembali ke tanah air. Semoga keputusan ana ALLAH berkati dan redhai.

Buat sahabat di Malaysia mungkin tidak memahami, kenapa tidak balik? sedangkan mereka sebulan tidak balik ke rumah pun dah rasa gundah gulana. Kalau hendak tahu datanglah sendiri ke Mesir. Sukar untuk dijelaskan kerana ia adalah nikmat dari ALLAH.

Mungkin ramai yang menafikan, mana mungkin seorang yang manja seperti ana dapat bertahan di bumi asing. Ana menyahut cabaran itu. Izin daripada ibu bapa telah ana dahulukan. Adakah ALLAH mengizinkan, kita sama-sama nantikan.

Setakat ini jawapan yang ana mampu bagi, andai ana sampai di KLIA...maksudnya ana balik la tu...

wallahua'lam

Friday, March 27, 2009

Canggih Design atau Isi Berkualiti??Satu persoalan

بسم الله الرحمن الحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekilas pandang terhadap tajuk ni, bagaikan satu debat yang agak hebat juga. Namun ana mengambil inisiatif sekadar elontarkan pendapat sendiri. Mungkin bagi sesetengah yang terlalu sukakan design dan yang sewaktu dengannya lebih mengutaakan design yang canggih dan menarik perhatian.

Bagaimana pula pendapat seperti pepatah orang Inggeris, "Do not judge a book it's cover", yang membawa jangan menilai sesuatu hanya pada zahiriah sahaja (mungkin lebih sesuai untuk penggunaan kepada manusia)? Satu persoalan yang agak rumit kekadang. Pernah juga ana melihat web seorang sahabat daripada pakistan. Design yang sibuat olehnya terlalu simple. Sehingga ana yang suka melihat kecantikan ini malas untuk eneliti buat kali pertama kerana tidak menarik. Namun bila dilihat kandungannya, agak bagus. Ana bertanya kepadanya, kenapa design terlalu simple sedangkan dia mengambil jurusan ICT (tak wajar dia tidak tahu untuk membuat design yang lebih baik). Ana cukup tersentuh dengan jawapannya, "kalau aku buat design yang coplicated, nanti saudara seIslaku di negara yang speed internetnya lemah tidak dapat manfaat dari webku".

Gila Design

Masih teringat sewaktu ana mula-mula menerokai dunia design webpage, selagi tidak mendapat hasil yang memuaskan selagi itu ana akan cuba menukar apa yang patut. Bila difikir kembali berapa banyak masa yang dibazirkan semata-mata untuk diperuntukkan dalam mengubah reka bentuk muka web. Sedangkan masa itu boleh diisi dengan perkara yang lain. Begitu juga yang berlumba-luba mereka bentuk web atau blog yang cantik dan terbaik. Sehingga blog atau web itu nampak begitu cantik design padahal ia tidak terisi lagi. Jadi, tiada gunanya.


Perlu Seiring
Walauapapapun bagi ana, tak salah kiranya kita mengambil jalan tengah bagi keduanya, (sebagaiana firman ALLAH : [وابتغي بين ذلك سبيلا] ). Lebih kurang bersederhana dalam segala perkara, ataupun mengambil berat dalam kedua-dua hal.

Kalau diikutkan, sebagai seorang muslim kita perlu seimbang dari segi segala bidang. Namun keseimbangan adalah perkara yang terlalu susah kecuali bagi orang yang betul-betul dapat menguruskan diri sendiri. Mungkin dia mengambil 'ibrah daripada pengalaan orang lain mahupun pengalaman sendiri.

Apa yang paling penting ialah sejarah perlu diingati. Kritikan demi kritikan kita akan terima dari semasa ke semasa. Akallah yang akan menimbang kembali kebenaran kritikan tersebut. Mana mungkin kita dapat memenuhi citarasa semua orang. Sebagaimana kita juga ingin memenuhi kehendak sendiri sedangkan Islam telah memberi garis panduan kepada kita untuk hidup. Seperti itu juga kita perlu bersederhana dalam memenuhi kehendak manusia sekeliling.

Khulasah
Secara kesimpulan yang ana dapat ulas, perlu seiring dalam kedua-duanya, kerana design yang menarik memikat hati pembaca untuk mula-mula menjamah isi-isi blog. Seterusnya penyampaian yang menarik, berkualiti dan mantap membuatkan pembaca terus istiqamah dalam mengikuti perkembangan semasa.

Sebagaimana juga dalam urusan dunia dan keakhiratan, Rasulullah s.a.w sudah berpesan, berkerja seolah0olah hidup untuk selamanya, manakala beribadah seolah0olah keatian adalah keesokannya.

Yang penting niat

Mungkin para sahabat yang budiman hairan kenapa ana tetiba membawa tajuk ini di dalam blog ana. Cuma sekadar luahan rasa kerana pernah ada yang mengusulkan, apalah kiranya kalau ana sedikit sebanyak membicarakan isu semasa samaada dari segi politik dan sebagainya di dalam blog ana.

Bagi ana, kembali kepada tujuan penubuhan sesebuah blog. Dan makluman untuk semua tujuan "Rintihan Sepi Perantau" hanya sekadar luahan hati dan lontaran idea juga pengalam hidup dirantau orang. Ana sendiri masih mengislahkan diri dalam cakna terhadap isu semasa, politik juga terhadap ilmu ALLAH. Mungkin ana memerlukan masa lagi untuk emenuhi usulan tersebut, insyaALLAH.

Walauapapun, ana bersyukur kerana blog adalah medan untuk ana meluahkan rasa (walaupun agak lama tidak meng-update blog ini)... dan untuk santapan sahabat kali ini, ana bawakan karya pertama ana yang tersiar di mesir ini..

....والله أعلم


Friday, February 20, 2009

Hazafkan Malas...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Entah kenapa sejak sejak akhir-akhir ini diri ini sudah kehilangan semangat untuk meneruskan nukilan di blog ini. Terasa bagaikan tidak bersemangat apabila ruangan untuk menulis entry dibuka. terasa berat jari ini untuk melangkah dan menari di atas papan kekunci. Padahal tarian itu sudah dirangka langkahnya di dalam kepala.

Malas
Adakah diri ini bula mengenal perasaan malas dalam meneruskan perjuanga
n penulisan? sedangkah pernah hati ini berikrar untuk mencatat kisah pengembaraan hidup di sini sebagai satu ibrah buat para sahabt kerana hidup di perantauan teramat berbeza berbanding hidup di tanah tumpah darah.

Tambahan pula telah menjadi sesuatu yang sinonim bagi seorang manusia yang bergelar muslim atau muslimah untuk berkongsi ilmu juga menyebarkan dakwah. Penulisan blog pula merupakan salah satu cabang dakwah melalui pena.

Penulisan
Menceburi dunia penulisan secara serius tidak pernah menjadi target dalam hidup ana. Sekadar suka-suka atau mengisi masa lapang(walaupun terkadang mencuri waktu belajar atau waktu kerja...semata kerana ingin meneruskan coretan tinta). Tambahan sekarang pula ana cuba mengasah bakat dalam bidang lukisan walaupun asas yang tertanam dalam diri terlalu cetek.

Cuma ana terlalu berharap, Mesir merupakan bumi tarbiyah madrasah untuk jiwa ana menjadi seorang penyebar dakwah yang bermujahadah dalam setiap perkara. Keperitan kesibukan dalam fasa dua pengajian mula terasa. Buku masih belum habis dibaca dan difahami. Kerja persatuan pula mula bertimbun. Silap sendiri juga. Terlalu gemar menangguh kerja. Sedang diri ini tahu masa ibarat emas.

Kecewa
kekecewaan terhadap diri sentiasa menyulubungi. entah, terasa diri ini perlu membaca LA TAHZAN. walaupun hakikat sebenar, semua isi kandungan LA TAHZAN sudah meresapi minda ini tetapi masih belum dihayati oleh nafsul mutmainnah. "Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu kamu akan redha dan diredhai".

Masih banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Segala didalam kepala perlu disusun seeloknya. Bukan dilakukan secara tergesa-gesa perlu profesional dalam menyelessikan segala hal

Khulasah
Selagi ada masa gunakan sebaiknya. Jangan biarkan malas menyelubungi diri, kerana masa itu amat berharga dan tajam sebenarnya. Dihargai untung dibiarkan rugi. Digunakan selamat dibiarkan ia akan membunuh diri. Apapun, ana menyokong cara kakak senior di sini yang meletakkan bayaran untuk sesiapa yang menyebut perkataan malas. Cukup bulan leh makan besar. Hanya kerana MALAS...

p/s: ada orang komen ayat dalam blog ini terlalu jiwang betul ke? tolong bagi komen sikit....

Saturday, February 7, 2009

Hatiku menangis...

assalamualaikum...

Entry ni ana buat secara tergesa-gesa, kerana sedih mengenangkan apa yang berlaku disekeliling ana. Sedar tidak sedar, ahli keluarga ana sendiri dah mula tergelincir ke dalam dunia penuh kebebasan. Alhamdulillah abang ana semua dah selamat kahwin. Tinggal ana dan 2 orang kakak sahaja lagi yang belum berumah tangga. Ana bukanlah risaukan kakak ana tetapi risaukan ahli keluarga ana yang lain(especially sepupu sepapak) yang ana tidak tahu setakat mana penghayatan mereka dalam mengamalkan agama.

Ana amat terkejut, sebentar tadi melihar gambar sepupu bersama 'futurenya'. Entah kenapa tadi tiba-tiba tergerak untuk melihat friendsternya dan apa sebenarnya gambar yang dalamnya, kerana selama ini hanya melihat gambar dia bersama seorang lelaki yang ana tidak kenal. Ana hairan adakah ibunya mengetahui akan hal ini atau tidak?

Terketar-ketar tangan menekan butang next, begitu deras hatiku menangisi satu persatu dosa yang dengan bangganya ditayangkan dikhalayak ramai. Apakah Islam tidak sampai sepenuhnya kepadanya? Ya ALLAH, berdosanya aku.

mengingatkan ayat ALLAH:
...يا أيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا


seluruh tubuh terasa menggeletar kerana gagal mengamalkan perintah ALLAH..ya ALLAH, berikan kekuatan kepadaku. Andai ahli keluargaku pun aku gagal jaga, bagaimana aku hendak menjaga masyarakat nanti?

sedarlah duhai sahabat...diluar sana terlalu ramai remaja yang runtuh akhlak...apakah peranan kita selama ini? tepuk dada tanya iman...

Sunday, February 1, 2009

Tersentak...

بسم الله الرحمن الحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terlalu banyak 'sentakan-sentakan' minda yang ana terima sejak akhir-akhir ini. Sentakan yang menusuk di minda. Mungkin teguran daripada ALLAH atas kelalaian diri yang terlalu panjang angan-angan terhadap dunia. Juga kelalaian diri terhadap hadaf sebenar kewujudan diri ini di bumi anbiya'. Juga hadaf sebenar hamba ini diberi peluang untuk terus hidup dalam kehidupan yang serba sempurna di pandangan mata dan materialnya. Juga kealpaan diri ini dalam meneruskan dakwah serta sunnah.

Tatkala diri ini hanyut dalam arus dunia, sedikit demi sedikit teguran dan belaian ALLAH beri. Alhamdulillah wa syukur lillah. DIA masih memilih diri ini untuk disayangi diberi kecukupan dan peringatan, samaada secara langsung atau tidak langsung. Melalui manusia sebagai agen wasilah, juga menerusi kata-kataNYA yang sering dialun oleh manusia, juga musibah yang menyedarkan diri ini . Alhamdulillah wa syukur lillah.

Alhamdulillah diberi sahabat yang tidak pernah jemu memberi teguran, menjadi pendokong semangat, walaupun diri ini terasa terlalu lewat untuk mengubah diri ini. Walauapapun tiada istilah terlewat andai diri ini mengubah sikap mulai hari ini, jam ini, minit ini, detik ini dan ketika ini. Perlu kuatkan semangat, walaupun taklifat yang diterima semakin menggunung dan terasa bebanannya.

Terkadang diri ini lupa untuk meletakkan sepenuh pergantungan terhadapNYA.Alhamdulillah bumi ini banyak mengajar apa itu erti tawakkal yang sebenarnya. Walaupun diri ini masih terkapai-kapai dalam mencari apa itu ma'rifatullah.

Tidak pernah diri ini ingin menyalahkan Yang Menentukan Takdir, kerana diri ini yakin DIA memberikan yang terbaik untuk diri ini. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Segala yang diberikan mengikut kemampuan hambaNYA. TERIMA KASIH YA ALLAH.....

Saturday, November 15, 2008

susahnya..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ٍSegala puji bagi ALLAH kerana masih memberi peluang untuk ana meneruskan blog ini. Kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman. Tersangat benar kata-kata itu kerana sejak berada di sini terlalu banyak pengalaman yang ana dapat. Buat pertama kali mungkin ana tidak menyedari bahawa sesuatu perkara yang ana lihat itu tetapi sejak ditegur oleh seorang ustaz dalam satu ceramah, ana kembali memikirkan pesanan Tok Guru supaya setiap kali terlihat sesuatu yang memberi pengajaran.
Contohnya penduduk di sini sentiasa menjaga wudhu’, tambahan pula penduduk di sini mengamalkan mazhab hanafi. Mengikut mazhab hanafi, wudhu’ tidak batal kecuali buang air,bersentuhan dengan ajnabi menyebabkan menaikkan syahwat dan makan daging unta. Em, kalau ada kesalahan dalam bab ini harap tegur ya? Ana hampir lupa perkara ini.
Di sini, memang bumi yang mentarbiyah kesabaran yang tinggi. Sehingga kawan ana pernah mengatakan dia sedang belajar bercinta dengan penderitaan. Bukan tak pernah rasai dugaan seperti ini tetapi entah kenapa ana rasa berganda-ganda dugaan ini di bumi kinanah ini. Adakah kerana jauh dengan ibu bapa? Entahlah.
Permulaan kuliyah tib memang suatu kejutan besar kepada ana. Udahlah tak faham lahjah inggeris yang digunakan, ditambah pula dengan pelajaran yang menuntut kita memahami dan mengingati segalanya. Pengajaran yang ana dapat, rajin ulang kaji, ingat apa yang dah belajar. Kemudian perlu berani dan yakin dengan jawapan yang kita berikan (khas untuk oral exam, takut!).
Ana bertambah berdebar kerana ana bakal memasuki kelas yang menggunakan bahasa arab ‘ammi sebagai bahasa perantaraan. Namun ana tetap pertahankan pendirian untuk memasuki kelas bersama orang arab, walaupun kawan ana banyak menakut-nakutkan ana supaya terpengaruh untuk menyertai mereka di mou. Memikirkan bayaran yuran yang berganda tinggi ana perlu menelan keperitan supaya membuahkan kemanisan yang berganda, insyaALLAH.
Ana mohon didoakan ana dan sahabat-sahabat di sini dipermudahkan urusan di sini.
والسلام عليكم
Done on 13 November 2008