Monday, March 30, 2009

Wardah Nurani



assalamualaikum

alhamdulillah majalah yang julung kali diterbitkan khusus buat para akhawat telah berada di pasaran. Walaubagaimanapun ikhwah yang ingin membelinya adalah dialu-alukan. Selamat menyantap....



p/s: makluman harga Le 2.50 sahaja...mai pakat beli...murah2...dapatkan juga bersama poster... dan bagi yang tak sempat tu...nantikan edisi akan datang...insyaALLAH

Friday, March 27, 2009

Canggih Design atau Isi Berkualiti??Satu persoalan

بسم الله الرحمن الحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekilas pandang terhadap tajuk ni, bagaikan satu debat yang agak hebat juga. Namun ana mengambil inisiatif sekadar elontarkan pendapat sendiri. Mungkin bagi sesetengah yang terlalu sukakan design dan yang sewaktu dengannya lebih mengutaakan design yang canggih dan menarik perhatian.

Bagaimana pula pendapat seperti pepatah orang Inggeris, "Do not judge a book it's cover", yang membawa jangan menilai sesuatu hanya pada zahiriah sahaja (mungkin lebih sesuai untuk penggunaan kepada manusia)? Satu persoalan yang agak rumit kekadang. Pernah juga ana melihat web seorang sahabat daripada pakistan. Design yang sibuat olehnya terlalu simple. Sehingga ana yang suka melihat kecantikan ini malas untuk eneliti buat kali pertama kerana tidak menarik. Namun bila dilihat kandungannya, agak bagus. Ana bertanya kepadanya, kenapa design terlalu simple sedangkan dia mengambil jurusan ICT (tak wajar dia tidak tahu untuk membuat design yang lebih baik). Ana cukup tersentuh dengan jawapannya, "kalau aku buat design yang coplicated, nanti saudara seIslaku di negara yang speed internetnya lemah tidak dapat manfaat dari webku".

Gila Design

Masih teringat sewaktu ana mula-mula menerokai dunia design webpage, selagi tidak mendapat hasil yang memuaskan selagi itu ana akan cuba menukar apa yang patut. Bila difikir kembali berapa banyak masa yang dibazirkan semata-mata untuk diperuntukkan dalam mengubah reka bentuk muka web. Sedangkan masa itu boleh diisi dengan perkara yang lain. Begitu juga yang berlumba-luba mereka bentuk web atau blog yang cantik dan terbaik. Sehingga blog atau web itu nampak begitu cantik design padahal ia tidak terisi lagi. Jadi, tiada gunanya.


Perlu Seiring
Walauapapapun bagi ana, tak salah kiranya kita mengambil jalan tengah bagi keduanya, (sebagaiana firman ALLAH : [وابتغي بين ذلك سبيلا] ). Lebih kurang bersederhana dalam segala perkara, ataupun mengambil berat dalam kedua-dua hal.

Kalau diikutkan, sebagai seorang muslim kita perlu seimbang dari segi segala bidang. Namun keseimbangan adalah perkara yang terlalu susah kecuali bagi orang yang betul-betul dapat menguruskan diri sendiri. Mungkin dia mengambil 'ibrah daripada pengalaan orang lain mahupun pengalaman sendiri.

Apa yang paling penting ialah sejarah perlu diingati. Kritikan demi kritikan kita akan terima dari semasa ke semasa. Akallah yang akan menimbang kembali kebenaran kritikan tersebut. Mana mungkin kita dapat memenuhi citarasa semua orang. Sebagaimana kita juga ingin memenuhi kehendak sendiri sedangkan Islam telah memberi garis panduan kepada kita untuk hidup. Seperti itu juga kita perlu bersederhana dalam memenuhi kehendak manusia sekeliling.

Khulasah
Secara kesimpulan yang ana dapat ulas, perlu seiring dalam kedua-duanya, kerana design yang menarik memikat hati pembaca untuk mula-mula menjamah isi-isi blog. Seterusnya penyampaian yang menarik, berkualiti dan mantap membuatkan pembaca terus istiqamah dalam mengikuti perkembangan semasa.

Sebagaimana juga dalam urusan dunia dan keakhiratan, Rasulullah s.a.w sudah berpesan, berkerja seolah0olah hidup untuk selamanya, manakala beribadah seolah0olah keatian adalah keesokannya.

Yang penting niat

Mungkin para sahabat yang budiman hairan kenapa ana tetiba membawa tajuk ini di dalam blog ana. Cuma sekadar luahan rasa kerana pernah ada yang mengusulkan, apalah kiranya kalau ana sedikit sebanyak membicarakan isu semasa samaada dari segi politik dan sebagainya di dalam blog ana.

Bagi ana, kembali kepada tujuan penubuhan sesebuah blog. Dan makluman untuk semua tujuan "Rintihan Sepi Perantau" hanya sekadar luahan hati dan lontaran idea juga pengalam hidup dirantau orang. Ana sendiri masih mengislahkan diri dalam cakna terhadap isu semasa, politik juga terhadap ilmu ALLAH. Mungkin ana memerlukan masa lagi untuk emenuhi usulan tersebut, insyaALLAH.

Walauapapun, ana bersyukur kerana blog adalah medan untuk ana meluahkan rasa (walaupun agak lama tidak meng-update blog ini)... dan untuk santapan sahabat kali ini, ana bawakan karya pertama ana yang tersiar di mesir ini..

....والله أعلم


Thursday, March 26, 2009

سبحان الله

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Puji-pujian dipanjatkan ke hadrat ALLAH swt, yang mencipta sekalian alam dan mentadbir dari sekecil-kecil perkara sehingga urusan yang paling besar. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, penghulu segala Nabi dan teladan yang terbaik, utusan ALLAH Muhammad. s.a.w. juga buat para nabi, para ahlulbait dan para sahabat seluruhnya.

Setelah sekian lama ana membiarkan blog ini sepi daripada sebarang entri, kali ini ana meluangkan sedikit waktu untuk meluahkan kekaguman terhadap makhluk ciptaan-NYA.

Al-kisah ada menyebut, [macam cerita zaman dahulu kala pula] tatkala dua orang dara (ana dan ahli bait) menyinggah ke kedai sayur selepas kembali dari kuliyah, terkagum dengan seorang lelaki (mungkin orang tempatan kerana kulitnya agak gelap, namun bukan tergolong dalam orang kulit hitam) yang sedang memilih-milih buah sambil memperdengarkan alunan suara yang lunak merdu, tanpa rasa terganggu gugat dengan keadaan sekeliling yang ma'ruf dengan kebisingannya. Mungkin ia adalah sesuatu yang biasa dalam suasana Mesir. Hati ini ingin sahaja terus menerus mendengar alunan itu, sehingga terasa tertaut kepada pemilik suara itu. Ingin mendengair bait madah yang di dendangkan. Namun batasan masa memaksa kami beredar dari kedai itu usai urusan membeli.

Kami terus membicarakan hal itu, menambah azam di hati, perlu kental sepertinya. mengambil semangat darinya untuk teruskan usaha. tidak sampai separuh perjalanan ke rumah, terdengar kembali suara itu mengalunkan bait terindah di hati. Ah, dia lagi rupanya! dambil menunggang basikal tanpa mengendah keadaan sekeliling. Kami dituntun rasa kagum sedari tadi. Alunan itu bukan sembarangan. Alunan itu...Adalah LAFAZ TERAGUNG...


GHARIB...PELIK...


Jika diperhatikan kembali, amalan ini masih suatu yang pelik di Malaysia. Jangankan di luar, samaada di pasar atau pasar raya, di Darul QURAN sendiri pun ana lihat jarang yang mengamalkan berjalan sambil memperdengarkan hafalan al-Quran, walhal mereka ialah HAMALATUL QURAN!

Ana pernah juga terperhatikan seorang pengawal keselamatan di bank, memegang al-Quran (mushaf kecil) membaca al-Quran itu [walaupun ana tahu hari itu ialah hari Jumaat, namun mereka sekurang-kurangnya ada usaha untuk berlumba-lumba dalam beramal]. Subhanallah, betapa Islam kukuh di bumi fir'aun ini. Betapa susah untuk menemui manusia mukmin muslim yang sanggup membaca KALAMULLAH mengisi masa lapang di Malaysia.

ISLAM TERUS SUBUR

Di sini, terbukti. Kesan yang ditinggalkan oleh Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna masih segar di dalam hati-hati Muslim Mukmin. Sekalipun kengkangan pemerintah terkadang kelihatan melumpuhkan kecergasan pergerakan Ikhwanul Muslimin [IM], mereka terus teguh berani menegakkan Islam. Hati-hati yang ditarbiyah oleh Al-Imam begitu kukuh dan sanggup berkorban segalanya.

Perkembangan ilmu di sini tiada batasan. Jauh berbeza dengan Malaysia. Sekalipun ulama'-ulama' haraki dibandkan di sini, pencetakan buku-buku tulisan mereka terus menerus mendapat sambutan malah tidak disekat [berbeza dengan Malaysia]. Ya, mungkin sesiapa yang dikesan oleh pihak berkuasa memiliki buku tersebut akan disumbat ke dalam penjara bawah tanah tanpa bicara. Namun ana lihat tiada sekatan untuk penerbitan buku tersebut sudah cukup beruntung.

KESIMPULAN

Mungkin Tulisan kali ini entah apa fokus sebenarnya. Mungkin kerana ana menulis post ini selama tiga hari[sibuk bebenau-bak kata orang melaka]. Sesibuk mana sekalipun ana perlu tekadkan azam untuk terus mentafsir perjalanan hidup di sini. Bukan setakat tatapan para sahabat, juga buat peringatan diri sendiri yang sering lupa.

Bibir itu terus tegar
Mengalun KALAM SUCI yang segar
Bersama suara yang manis
Kegentaran hati terus menghiris
Al-Quran masih berjalan
Di bumi yang dipenuhi kelalaian
Moga pemilik bibir tersebut
Antara barisan penyatu ummat
Betapa dosa terus dipundak
Andai khilafah belum ditegak
Dialah pemuda harapan
Moga berjaya mengumpan
Hati-hati lain bersama
Meneruskan perjuangan orang lama
Menyebarkan Islam

Friday, March 13, 2009

Fityan Edisi 2

























assalamualaikum...
walaupun ana tak terlibat dalam pembikinan al-Fityan 2, ana hendak menyarankan kepada semua warga pmram membeli al-Fityan ni...rugi tak beli..(sebagaimana yang ana rasakan kerana tak sempat beli al-Fityan 1)
Sesuai untuk merehat-rehatkan minda selepas penat belajar atau menghafal...dapatkan di pasaran

Friday, February 20, 2009

Hazafkan Malas...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Entah kenapa sejak sejak akhir-akhir ini diri ini sudah kehilangan semangat untuk meneruskan nukilan di blog ini. Terasa bagaikan tidak bersemangat apabila ruangan untuk menulis entry dibuka. terasa berat jari ini untuk melangkah dan menari di atas papan kekunci. Padahal tarian itu sudah dirangka langkahnya di dalam kepala.

Malas
Adakah diri ini bula mengenal perasaan malas dalam meneruskan perjuanga
n penulisan? sedangkah pernah hati ini berikrar untuk mencatat kisah pengembaraan hidup di sini sebagai satu ibrah buat para sahabt kerana hidup di perantauan teramat berbeza berbanding hidup di tanah tumpah darah.

Tambahan pula telah menjadi sesuatu yang sinonim bagi seorang manusia yang bergelar muslim atau muslimah untuk berkongsi ilmu juga menyebarkan dakwah. Penulisan blog pula merupakan salah satu cabang dakwah melalui pena.

Penulisan
Menceburi dunia penulisan secara serius tidak pernah menjadi target dalam hidup ana. Sekadar suka-suka atau mengisi masa lapang(walaupun terkadang mencuri waktu belajar atau waktu kerja...semata kerana ingin meneruskan coretan tinta). Tambahan sekarang pula ana cuba mengasah bakat dalam bidang lukisan walaupun asas yang tertanam dalam diri terlalu cetek.

Cuma ana terlalu berharap, Mesir merupakan bumi tarbiyah madrasah untuk jiwa ana menjadi seorang penyebar dakwah yang bermujahadah dalam setiap perkara. Keperitan kesibukan dalam fasa dua pengajian mula terasa. Buku masih belum habis dibaca dan difahami. Kerja persatuan pula mula bertimbun. Silap sendiri juga. Terlalu gemar menangguh kerja. Sedang diri ini tahu masa ibarat emas.

Kecewa
kekecewaan terhadap diri sentiasa menyulubungi. entah, terasa diri ini perlu membaca LA TAHZAN. walaupun hakikat sebenar, semua isi kandungan LA TAHZAN sudah meresapi minda ini tetapi masih belum dihayati oleh nafsul mutmainnah. "Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu kamu akan redha dan diredhai".

Masih banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Segala didalam kepala perlu disusun seeloknya. Bukan dilakukan secara tergesa-gesa perlu profesional dalam menyelessikan segala hal

Khulasah
Selagi ada masa gunakan sebaiknya. Jangan biarkan malas menyelubungi diri, kerana masa itu amat berharga dan tajam sebenarnya. Dihargai untung dibiarkan rugi. Digunakan selamat dibiarkan ia akan membunuh diri. Apapun, ana menyokong cara kakak senior di sini yang meletakkan bayaran untuk sesiapa yang menyebut perkataan malas. Cukup bulan leh makan besar. Hanya kerana MALAS...

p/s: ada orang komen ayat dalam blog ini terlalu jiwang betul ke? tolong bagi komen sikit....

Saturday, February 14, 2009

Penghijrahan...

TONGKANG PECAH




السلام عليكم ورحمة الله
بسم الله الرحمن الرحيم وبركاته


Ramai yang terkejut ana dan sahabat(ateh) pindah ke rumah berdekatan dengan sami photo. Maklumlah, jarang yang berpindah mulai fasa dua. Kami sendiri pun tidak pernah terfikir akan berpindah ke sini. Ateh sendiri pun pertama kali datang ke sini


Teramat menyedihkan melihat keadaan bilik yang suram dan berserabut dengan bekas-bekas plaster. Melihat ke dalam almari, banyak pula barang tinggalan. Maka malam itu, ana dan ateh bertungkus-lumus melihat apa yang ada. Sambil memikirkan bagaimana hendak menceriakan bilik ini tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Disebabkan itu, bilik seperti tongkang pecah

HANYA TAHUN INI


Memandangkan tahun ini ana tidak sesibuk pelajar perubatan yang lain, ana ambil kesempatan ini melakukan perkara-perkara yang ana rasa ingin dilakukan. Bukanlah minat sejak dulu sebenarnya, tetapi masih dalam usaha menyuburkan kekreatifan dalam diri. Walaubagaimanapun agak bimbang juga, tercicir terhadap pelajaran. Exam dah tak lama.

BANYAK TAKLIFAN

Tidak pernah terlintas di hati untuk aktif sebegini dalam persatuan, terutama bidang penulisan. Sememangnya ana meminati penulisan kratif, tetapi terasa diri ini masih belum layak kerana terlalu terserlah ketidakmatangan karya dalam setiap tinta yang dihasilkan.

PENGISLAHAN



ana dan ateh berhajat untuk mengislahkan kembali bilik ini. Doakan kami berjaya. Nantikan apa yang bakal kami kerjakan. Jeng...jeng...jeng...

Saturday, February 7, 2009

Hatiku menangis...

assalamualaikum...

Entry ni ana buat secara tergesa-gesa, kerana sedih mengenangkan apa yang berlaku disekeliling ana. Sedar tidak sedar, ahli keluarga ana sendiri dah mula tergelincir ke dalam dunia penuh kebebasan. Alhamdulillah abang ana semua dah selamat kahwin. Tinggal ana dan 2 orang kakak sahaja lagi yang belum berumah tangga. Ana bukanlah risaukan kakak ana tetapi risaukan ahli keluarga ana yang lain(especially sepupu sepapak) yang ana tidak tahu setakat mana penghayatan mereka dalam mengamalkan agama.

Ana amat terkejut, sebentar tadi melihar gambar sepupu bersama 'futurenya'. Entah kenapa tadi tiba-tiba tergerak untuk melihat friendsternya dan apa sebenarnya gambar yang dalamnya, kerana selama ini hanya melihat gambar dia bersama seorang lelaki yang ana tidak kenal. Ana hairan adakah ibunya mengetahui akan hal ini atau tidak?

Terketar-ketar tangan menekan butang next, begitu deras hatiku menangisi satu persatu dosa yang dengan bangganya ditayangkan dikhalayak ramai. Apakah Islam tidak sampai sepenuhnya kepadanya? Ya ALLAH, berdosanya aku.

mengingatkan ayat ALLAH:
...يا أيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا


seluruh tubuh terasa menggeletar kerana gagal mengamalkan perintah ALLAH..ya ALLAH, berikan kekuatan kepadaku. Andai ahli keluargaku pun aku gagal jaga, bagaimana aku hendak menjaga masyarakat nanti?

sedarlah duhai sahabat...diluar sana terlalu ramai remaja yang runtuh akhlak...apakah peranan kita selama ini? tepuk dada tanya iman...