Monday, December 29, 2008

sekilas nukilan


السلام عليكم وحمة الله وبركا ته

Salam kerinduan buat blog rintihan sepi perantau. Setelah sekian lama gersang tanpa rintihan suka dukaku akhirnya kalamku kini kembali. Juga salam rindu buat keluarga di kota bharu yang walau jauh di mata tapi dekat di hati. Juga tak lupa buat adik-beradik ipar duai yang majoriti di selangor dan kuala lumpur. Juga buat kak yan di sabah dan tak lupa buat sahabat-sahabat seperjuangan di CFSIIUM dan DQ JAKIM juga terutama di Misr Ardh al-Kinanah.
Setelah sekian lama ana tidak menyambung nukilan, ana teringin menyambung kembali. Walaupun ana tahu, laman ini bukanlah laman yang selalu dikunjungi tetapi biarlah ia menjadi santapan mata juga santapan hati buat para sahabiah, di Malaysia terutama yang ALLAH bka hati mereka untuk menziarahi laman ini.

Sesungguhnya, bulan disember juga bulan zulhijjah ini membawa banyak makna kepada ana kerana di bulan ini banyak peristiwa ulang tahun kelahiran (termasuk ana sendiri iaitu tanggal 4 disember yang lepas...semoga ALLAH memberi taufiq dan inayah untuk ana teruskan perjuangan yang penuh onak duri di perantauan), hari raya qurban juga peristiwa perpisahan.
Alhamdulillah setinggi kesyukuran ALLAH masih memberikan ana peluang untuk menjejak hari tua walaupun ana tahu kematian ada di mana-mana. Alhamdulillah juga ALLAH masih memberikan ana kudrat untuk membantu meringankan beban sahabat di sini, juga peluang untuk menggembirakan sahabat. Sesungguhnya kalian cukup bermakna bagiku, kerana kalianlah keluargaku di saat keluarga kandungku tiada di depan mata.

Mungkin nukilan kali ini ana tidak sempat menceritakan segala kisah yang ana lalui sepanjang bulan zulhijjah ini, tetapi cukuplah ana sedikit sebanyak menunjukkan foto-foto yang dirakamkan sepanjang bulan ini. Peringatan awal buat para sahabat, gambar-gambar kek ini bukan model kek untuk dibuat tempahan, tetapi ana ingin membuktikan bahawa bukan sahaja tukang buat kek yang pandai mendesign kek-kek ini. Kami yang tidak pernah mengambil pengkhususan dalam bidang ini mahupun bidang seni juga mampu menghasilkan kek yang sedap mata memandang enak mulut memakan.
kek-kek sepanjang di mesir



di tepi unta bersama atikah sebelum unta disembelih

bersama ahli bait di hadiqah dauli

bersama teman-teman di depan kuliyah tibb yang bakal dimasuki tahun depan

potato chips buatan sendiri (di sini dipanggil syibsi)

whippotato buatan sendiri...sesedap KFC!!

doakan kami semua di sini...

insyaALLAH di lain masa ana akan muncul menukil kalam kembali. Wabillahi taufiq wal hidayah, wabirridha’i wal inayah...
والسلام عليكم

Saturday, November 15, 2008

kenapa rintihan sepi perantau?

assalamualaikum..
sebenarnya soalan ini dah lama abang ana kemukakan, kenapa blog ana dinamakan rintihan sepi perantau.
actually, ana sengaja mengambil tajuk ini bukan kerana ana ini bakal kesepian di rantau orang...hanya kerana ana minat lagu sepi perantau lantunan daripada brothers...lagu ini berjaya membuat ana menangis sewaktu program orientasi di DQ dan sewaktu berada berjauhan daripada keluar...sememangnya cukup menyentuh hati...

Apabila kuberada dikejauhan
Adakalanya kurasa kesepian
Asyik terkenang kampung halaman dan jua teman-teman

Dikala itu kan kurasa agak kelemahan untuk berjuang
Melihat mereka berbahagia di samping yang tercinta, kegembiraan
Ku kesepian…

Mujur ada teman seperjuangan
Mengatakan kita harus teruskan perjuangan ini
Demi mencari keredho-an Ilahi

Masa muda dilalui hanya sekali
Pergunakannya agar kau tidak sesali di esok hari

Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencarinya
Kebahagiaan tersirat di hati
Tak rasa karena kau tak menghayati

sebenarnya, ialah semangat buat ana, terus berjuang di bumi orang...mungkin selalu sangat dengar, ana jadi imune dah nak nangis...

entah, ana tak terasa kesedihan berjauhan dengan keluarga pun sejak pertama kali menjejak kaki ke bumi kaherah ini...seakan-akan ada kekuatan merasuk diri ana...cuma semalam, tatkala ana teringat hari lahir ana akan datang (4 dis) tidak lagi disambut bersama keluarga tercinta...air mata ana bergenang...18 tahun ana hidup, setiap kali ulang tahun kelahiran pasti disambut bersama keluarga..mungkin ada yang melarang kerana meniru gaya barat tapi itulah yang merapatkan ikatan keluarga ana, rasa disayangi dan dihargai oleh ahli keluarga yang lain...
hari lahir ke-19 disambut di perantauan, bersama sahabat perjuangan...insyaALLAH inilah permulaan umurku untuk berjuang secara serius demi ALLAH dan Islam...insyaALLAH...

dan kenapa rintihan...em, padahal bukan rintihan pun...saja, nak suruh bunyi puitis dan menarik minat orang untuk membaca...itulah rahsia penulis, walaupun nukilannya tidaklah sehebat mana...ceh, macamlah ana dah hebat...taklifat yang diamanahkan pun belum dapat ana selesaikan lagi..23 nov dah due date...maaf kak na...ana akan cuba buat yang terbaik (walaupun xde masa nak fikir idea)...

salam sayang buat family di kelantan...happy hari ini sebab boleh telefon ma dan abah, dengan kadar 15 sen seminit...telefon abang ana (adib faisal) semalam, dia tak angkat (mana ada orang nak angkat kalau waktu kat malaysia dah pukul 2)...harap nuruddin sihat2 sahaja...rindu juga kat anas dan nuruddin...setiap kali switch on laptop tengok gambar mereka...siap wat wall paper..

wassalam

sejuk!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi ALLAH yang masih memberikan peluang untuk ana meneruskan nukilan di blog ini. Semalam (14 nov 08) ana dan ahli bait (3 orang) menuju ke Samir wa Ali (kedai alat tulis di hay 7). Dengan keadaan kaki kiri yang masih sakit kerana terlalu sejuk, ana gagahkan diri juga. Ana tahu, jika ana kurang berjalan semakin sakit kaki ana. Kak Za (Ahli bait rkl) telah mengesahkan, kaki ana sakit kerana angin (pelajar dirasat pula yang rawat pelajar tib..buat malu saja).
Ana ungkapkan ini kerana ingin ana sentuh, betapa bahayanya kandungan air di sini juga komposisi angin yang berbahaya. Bukan ana bermaksud manusia tidak sesuai hidup di sini, Cuma bagi sesiapa yang tidak berhati-hati dan menjaga pantang larang, dia akan mendapat kesan jangka panjang. Ana belum mengetahui fakta yang jelas tentang air sungai nil, tetapi mengukit Kak Dayah (ibu liqa’), air sungai nil mempunyai sejenis kuman(mungkin) yang akan menyerang kita melalui sentuhan. Oleh sebab itu kita tidak digalakkan mandi setiap hari. Ditambah pula musim sejuk ini, sakitnya sehingga ke tulang (ana sudah merasai).
Angin juga tajam di sini, dan betambah buruk apabila angin bertemu air sungai nil. Kombinasi yang amat berbahaya. Sebaik sahaja mandi, kami di sini perlu menunggu selama 3 jam (jika mandi dengan membasahkan kepala) sebelum keluar rumah. Ini kerana ada senior dulu yang tidak mengamalkan perkara ini, mendapat penyakit kanser otak. Kami di sini juga disyorkan untuk memakai baju ketat, untuk melindungi dada (ustazah semua pakai baju ketat! Tapi sebelah dalam sahaja). Pernah ana terfikir, patut la keluar fesyen baju ketat (selain rancangan yahudi merosakkan Islam), sebenarnya untuk memelihara badan daripada kesejukan.
Em berbalik kepada cerita ana ke kedai tadi (jauh melencong), betapa teruk perangai orang Arab, tambang teksi untuk pergi hanya 2 junaih, tetapi tambang untuk balik daripada tempat yang sama ialah 4 junaih! Semata-mata kerana membeli banyak barang. Oleh kerana geram dengan pak arab itu, kami suruh dia hantar sehingga ke bangunan bait kami.
Kadang-kadang terasa singkat masa untuk melakukan aktiviti di luar rumah kerana sebelum maghrib sudah perlu berada di rumah. Masa siang pula semakin singkat. Waktu subuh semakin lambat. Cuma ana rasa satu kelebihan musim sejuk, waktu untuk qiam bertambah panjang. Tidak seperti di Malaysia, tidur yang belum terkadang membantutkan niat untuk qiam (mujahadah yang kurang!). Namun masalah juga, kesejukan menyebabkan kita lebih selesa berbalut di dalam saratoga(selimut tebal), nak ambil wudhu’ pun malas sebab air sejuk (ni kes malas pasang saqanah-pemanas air).
Apa-apa pun bak kata HM Dr Tuah, nak ke tak nak, kalau nak buat betul-betul jangan tidak-tidak. Tahun 1 kuliyah tib terasa semakin mencabar. Keadaan diri yang masih belum pandai membahagikan masa antara minat, sahabat dan pelajaran menambah masalah. Ya ALLAH bantulah kami!
p/s: Diucapkan selamat hari lahir buat sahabatku Rahmatul Nisah yang belajar di uiapj yang genap 19 tahun pada 14 nov . Juga buat Hafizah Md Hisma, lupa la dah wish ke belum (2 nov). Juga buat senior di mesir yang banyak membantuku, Mohd Aizuddin Ab Rahman (tetiba dia khabarkan kat ana hari lahir dia 15 nov, sebelum ni tak tahu pun). Semoga kalian dianungi rahmah, hidayah dan inayah ALLAH sehingga ke akhirat.
والسلام عليكم
Done on 15 November 2008

susahnya..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ٍSegala puji bagi ALLAH kerana masih memberi peluang untuk ana meneruskan blog ini. Kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman. Tersangat benar kata-kata itu kerana sejak berada di sini terlalu banyak pengalaman yang ana dapat. Buat pertama kali mungkin ana tidak menyedari bahawa sesuatu perkara yang ana lihat itu tetapi sejak ditegur oleh seorang ustaz dalam satu ceramah, ana kembali memikirkan pesanan Tok Guru supaya setiap kali terlihat sesuatu yang memberi pengajaran.
Contohnya penduduk di sini sentiasa menjaga wudhu’, tambahan pula penduduk di sini mengamalkan mazhab hanafi. Mengikut mazhab hanafi, wudhu’ tidak batal kecuali buang air,bersentuhan dengan ajnabi menyebabkan menaikkan syahwat dan makan daging unta. Em, kalau ada kesalahan dalam bab ini harap tegur ya? Ana hampir lupa perkara ini.
Di sini, memang bumi yang mentarbiyah kesabaran yang tinggi. Sehingga kawan ana pernah mengatakan dia sedang belajar bercinta dengan penderitaan. Bukan tak pernah rasai dugaan seperti ini tetapi entah kenapa ana rasa berganda-ganda dugaan ini di bumi kinanah ini. Adakah kerana jauh dengan ibu bapa? Entahlah.
Permulaan kuliyah tib memang suatu kejutan besar kepada ana. Udahlah tak faham lahjah inggeris yang digunakan, ditambah pula dengan pelajaran yang menuntut kita memahami dan mengingati segalanya. Pengajaran yang ana dapat, rajin ulang kaji, ingat apa yang dah belajar. Kemudian perlu berani dan yakin dengan jawapan yang kita berikan (khas untuk oral exam, takut!).
Ana bertambah berdebar kerana ana bakal memasuki kelas yang menggunakan bahasa arab ‘ammi sebagai bahasa perantaraan. Namun ana tetap pertahankan pendirian untuk memasuki kelas bersama orang arab, walaupun kawan ana banyak menakut-nakutkan ana supaya terpengaruh untuk menyertai mereka di mou. Memikirkan bayaran yuran yang berganda tinggi ana perlu menelan keperitan supaya membuahkan kemanisan yang berganda, insyaALLAH.
Ana mohon didoakan ana dan sahabat-sahabat di sini dipermudahkan urusan di sini.
والسلام عليكم
Done on 13 November 2008

Saturday, November 1, 2008

Ahlan...ahlan bik...

Assalamualaikum wbt...
ahlan bik...ahlan bik... itu la perkataan yang selalu terdengar kat mulut senior-senior di rumah kelantan(umumnya mesir la)...alhamdulillah tanggal 17 okt ana tiba juga khirnya di bumi kaherah...bumi para ulama, bumi kinanah dan qiblatul ilm...bumi yang penuh mehnah dan tribulasi(lebih teruk drp dq)...walaupun belum terasa lagi...sejajar dengan namanya...misr...mim shod ra', musibah sabar dan redha...selalu sahaja nasihat ini terpacul di mulut penceramah juga pentazkirah...juga menjadi azimat setiap pelajar...

dalam masa yang singkat ini ana cuba juga menaip, walaupun terlalu terhad ruang yang diberikan oleh ALLAH...
untuk pengetahuan sahabat-sahabat di malaysia, bersyukurlah kerana di sana gerakan Islam tak di injak-injak seperti di sini...ikhwanul muslimah terus di band drp mesir...sesiapa sahaja yang menyebut nama hassan albanna di khalayak ramai akan ditangkap...dan kami terpaksa membahasakan mujaddid kita itu sebagai pak hassan...dan buku maza yakni yang menjadi sukatan utama di DQ dulu, tak boleh di pertontonkan di khalayak ramai...termasuk juga istilah ikhawanul muslimin...kami hanya menyebut sebagai IM...betul-betul kami tak sangka, di bumi para anbiya dan para ulama ini, gerakan Islam yang paling berbekas di hati para muslim tidak dapat bergerak...terasa semangat semakin menaik untuk balik berbakti kepada sahabat yang setia menanti di malaysia...peluang 7 tahun(insyaALLAH) terasa ingin ku abadikan hanya di bumi mesir...tapi, rasanya perlu juga balik kadang-kadang untuk sama turun padang bersama sahabat seperjuangan dalam menggerakkan Islam, menegakkan haq dan menjatuhkan kebatilan...

sahabat-sahabat di malaysia, ana harap antum antunna teruskan perjuangan, jihad menegakkan Islam...dan kami akan terus menyokong dan menggerakkan anda semua, walaupun berada jauh...ana sedar, sepanjang berada di Malaysia, ana tidak berpeluang menceburi gerakan Islam secara serius...sekadar mensihati para sahabat...juga mengislah diri sendiri yang tak pernah tegar dalam melakukan perubahan...harap bumi mesir ini akan menjadikan ana kental dan menjauhi segala maksiat...walaupun terkadang tersepit antara kebenaran dan kebatilan...

akhir kalam, salam rindu buat sahabat di malaysia...terutama sahabat seusrahku di DQ, usrah ribathul mahabbah, sahabat usrahku di luar(xde nama pape...but i'll remember u all...sorry for everything), sahabat usrah uia...walaupun tak smpt ta'ruf lama...sahabat sesekolah dan DQ...juga teristimewa untuk tasneem....juga buat sahabat baru di kejora...terutama taakhiku...kak faridah selamat...sorry nabila tak sempat hubungi lagi...
dan seme la...juga buat adik beradikku...jaga ma abah baik2...tak lupa buat andy di indon...thanks for the call...dan sapa2 yang tak sebut...asif jiddan ala kulli hal(ceh, macam la ramai orang yang buka blog ni)...jika ada kesempatan, ana akan kongsikan segala input yang ana dapat drp program di sini...

wassalamualaikum

Monday, October 6, 2008

Merajuk!?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Setelah semua menyambut hari lebaran yang begitu indah ana ingin mengambil peluang untuk menyambung penulisan di blog ini. Topik yang ana ingin kupaskan pada kali ini ialah merajuk.

Istilah merajuk sinonim bagi manusia yang mempunyai hati yang terlalu sensitif. Biasanya pujukan yang akan menyembuhkan 'penyakit' merajuk ini. Kerap kali perkataan merajuk sering kedengaran antara pasangan suami isteri, kekasih, juga di kalangan ibu bapa dan anak serta adik beradik dan tidak ketinggalan sahabat handai. Ringkas kata tidak kira siapa, pasti akan berlaku adegan merajuk.

Biasanya seseorang akan merajuk apabila keinginan tidak dipenuhi larangan dilanggari dan suruhan tidak dipatuhi. Terkadang amat senang untuk memujuk, seperti anak kecil diberikan gula-gula sudah cukup untuk melupakan kesedihannya terhadap sesuatu. terkadang juga amat susah menghilangkannya laksana rajuk seorang ibu terhadap anaknya sehingga di bawa mati.

Saat ana terfikir tentang merajuk ini terlintas di hati. Bagaiman pula andai ALLAH yang merajuk? Sudah pasti akan musnah binasa dunia ini kerana ALLAH tidak mahu lagi mengawal perjalanan alam ini. Na'uzubillah.

Namun, kerana ALLAH terlalu sayang dan cinta kepada semua makhluk(semua ciptaan)-NYA, DIA tidak pernah menunjukkan rasa rajuk sebagaimana kita manusia. Betapa agungnya cinta ALLAH mengatasi cinta ibu bapa kepada anaknya, mengatasi cinta suami kepada isterinya dan juga mengatasi cinta kekasih yang sedang bercinta. Ini kerana cinta ALLAH terhadap ciptaanNYA adalah cinta yang tulus dan mulus.

ALLAH terlah memberikan segala nikmatnya secara percuma. Bagaimana ALLAH menarik segalanya secara tiba-tiba?
Sebagaimana telah dinukilkan dalam kitab La Tahzan:
"Apakah anda mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu suatu yang mudah? Padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang ditanggungnya? Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?
Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana ALLAH menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! ALLAH telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar Gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butian-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?"

Oleh itu sama-samalah kita bersyukur dengan segala nikmat dan kasih sayang ALLAH. Bulan kasih sayang dan keampunan baru sahaja berlalu, jadi kita perlu berusaha lebih keras untuk meraih cinta ALLAH pada bulan-bulan lain. Juga harapnya didoakan juga pemergian ana dan para sahabat ke bumi nabi Musa a.s.

والسلام عليكم

Sunday, September 28, 2008

Solat witir...bermusim?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang masih menghidupkan diri ini dan meneruskan lagi pergerakan segala anggota badan sehingga dapat menambah nukilan dalam blog ini pada bulan yang paling mulia ini, yakni bulan Ramadhan.

Kali ini ingin ana bawakan perbincangan mengenai solat sunat. Solat sunat ialah seafdhal-afdhal ibadah, kerana ia adalah solat yang boleh dipilih untuk melakukannya atau tidak. Hukumnya tidak seberat hukum solat fardhu, tetapi harus diingat bahawa Allah menilai tahap ibadah kita berdasarkan solat sunat yang dikerjakan. Mengapa? Kerana solat sunat adalah pelengkap dan penampung segala kekurangan sewaktu solat fardhu.

Ana lebih ingin fokus kepada solat sunat witir. Jika disingkap dan dihisab kembali, rasanya solat sunat witir ini hanya masyhur apabila beribadah terawikh di bulan Ramadhan sahaja. Dan juga mungkin hanya di amalkan oleh mu'min jika mereka bangun qiam sahaja. Tidak ramai yang menyedari hakikat sebenar solat witir, yang mana solat tersebut amat dituntut untuk dikerjakan, sebagaimana hadith:
أَوْتِرُ يَا أَهْلَ الْقُرْءَان
Maksudnya: berwitirlah wahai ahli al-Quran

Jika ditenung, mungkin ada yang mengatakan hadith ini hanya dikhususkan kepada orang yang menghafaz al-Quran. Baik, jika dilihat kenapa Rasulullah s.a.w. menyebut hadith ini kepada ahli al-Quran? Kerana pada ketika itu, para sahabat r.a. kebanyakannya faqih terhadap al-Quran dan sentiasa menghayati dan mengamalkan segala isi kandungan al-Quran. Cuma ingin ditekankan disini, mungkin jika dilihat, para hamalatul Quran merupakan mereka yang beribadah malam untuk mengulang hafazan mereka. Dan ibadah mereka tidak akan lengkap tanpa solat witir!

Terdapat ulama mengatakan bahawa witir itu amat-amat dituntut keatas setiap individu muslim, sebagaimana wajibnya solat witir dalam mazhab hanafi. Nah! Jika Imam hanafi mewajibkan witir, sudah pasti tuntutannya teramat berat! Witir ibarat penyempurna ibadah, sebagaimana sesebuah sijil atau borang yang diisi memerlukan pengesahan dan tanda tangan. witir itulah tandatangan borang solat kita sebelum di hantar kepada ALLAH.

Ada sebuah hadith (ana tidak pasti matan yang penuh) yang mafhumnya Rasulullah s.a.w. ada menasihati sahabat baginda supaya beliau mengerjakan solat sunat witir sebelum tidur. Mungkin terdapat juga di kalangan sahabat yang susah untuk bangun malam. Maka ulama menyatakan bahawa andai sesiapa yang takut dia tidak dapat bangun malam, kerjakanlah solat sunat witir sebelum tidur. Namun, harus diingat, sesiapa yang sudah ada keazaman untuk solat malam, maka seelok-eloknya dia lakukan solat sunat witir itu selepas qiam.

Jadi bagaimana pula kaifiat(cara) mengerjakan solat sunat witir ini? Solat sunat witir ialah solat sunat yang berjumlah ganjil, samaada satu rakaat, tiga rakaat, lima rakaat, tujuh rakaat, sembilan rakaat atau sebelas rakaat. Tidak ada yang melebihi daripada yang disebutkan. Walaubagaimanapun kebanyakan kita telah mengerjakan solat sunat witir setelah selesai terawikh bersama imam, bagaimana pula? Adakah kita boleh mengerjakan solat malam setelah tersebut kerana ada qaul yang mengatakan solat sunat witir ialah solat penutup segala solat.

Jawapannya boleh. Jadi, bagaimana caranya? Perlu buka atau tidak? Kedua-duanya boleh. Samaada ingin 'buka witir' atau tidak. Jika ingin 'buka witir' terlebih dahulu, maka kerjakanlah solat sunat witir satu rakaat sebelum mengerjakan solat malam untuk menggenapkan solat witir yang sebelum ini. Setelah selesai solat sunat yang lain, kerjakan pula solat sunat witir satu rakaat lagi sebelum masuknya fajar. Oleh itu jika kita sudah mengerjakan tiga rakaat solat sunat witir sebelum tidur tadi, maka jumlah witir yang kita lakukan sudah berganda menjadi lima rakaat. Satu cara lagi ialah tidak perlu mengerjakan witir lagi, teruskan sahaja dengan solat sunat yang lain sehingga masuk fajar.

Rasulullah juga pernah bersabda yang mafhumnya bahawa solat sunat witir itu akan menjadi saksi bagi solat solat yang kita kerjakan sebelum itu. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa solat sunat witir ini adalah solat sunat yang amat dituntut pelaksanaannya. Maka, ana menyerus diri ana sendiri san para pembaca untuk mengerjakan solat sunat witir ini bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi sepanjang tahun, selagi mana kita masih mempunyai kudrat dan kelapangan masa.

والله أعلام
والسلام عليكم ورحمة الله