Tuesday, May 26, 2009

Lupa turn memasak...sabo..sabo...jangan marah..jangan sedih...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam setelah kepenatan beronda-ronda di City Star, kami semua tersadai dengan hal masing-masing. Tanpa ada yang mengisahkan hal orang lain (kecuali achik yang melihat barang yang ana dan ateh beli). Sedang asyik-asyik bercakap, terkeluar persoalan siapa yang memasak hari dari mulut ana, kerana biasanya walaupun semua masih kekenyangan, giliran memasak pasti tidak dilupakan. Dan giliran memasak hari ini ialah achik.

Sekali dia lupa [bukan lupa tetapi menyangka hari ini-hari tersebut-hari Isnin] lantas kekalutan menyediakan bahan masakan. Hari ini ana menolak untuk makan nasi kerana terlampau kenyang menikmati Moo'men di City Star, jadi meminta achik memasak makarona goreng. Dugaan mendatang lagi, tiada makarona dan terpaksa meminta amira tolong beli (amira tu anak bawab-orang yang menjaga kebajikan bangunan). Setelah bergaduh kerana dia meminta bayaran lebih, maka siaplah mee goreng special dari achik (mi goreng basah...telah lama diidamkan oleh ana).




'Beriadah' di City Star

Setelah penat berdepan dengan kertas peperiksaan, kami sekeluarga bait Nawa menapak langkah ke city star pada hari tersebut. Dengan mewujudkan gimik suprise yang tak menjadi kepada ateh, kami menikmati hari ini dengan 'makan angin' di city star. Tempat pertama yang dituju ialah pusat servis etisalat(nama syarikat telekomunikasi yang setaraf dengan celcom) untuk mensurvay harga USB brodband. Agak lama mengambil angin di situ kerana achik mengambil keputusan untuk menservis GPRS setup untuk memudahkan menerobosi sempadan internet menggunakan telefon tanpa wayar(handphone). Buat pengetahuan semua rakyat Malaysia, penggunaan internet melalui telefon GPRS dan 3G amat meluas di sini memandangkan harga servis hanyalah serendah Le1 (yang sekarang bersamaan dengan RM0.63)sehari. Namun ana tidak tahulah andai di Malaysia juga sudah sebegitu rupa.

Setelah Adik dan Achik pergi ke kuliyah (yang bermula pada pukul 2.00 petang) maka tinggallah kami berdua meneruskan riadah petang dengan tawaf sekitar City Star untuk mencari kedai jam berhajat ingin mensurvay pula harga jam berjenama STORM (permintaan kak ha). Namun tidak langsung didapati jenama STORM, jadi kami beralih arah untuk 'bersedekah' kepada spiney (belanja sakan!).

Setelah penat, kami pun menunaikan solat asar lantas, menuju ke kedai Carvel Ice-cream. Setelah berfikir sama ada mahu membeli atau tidak, lantas kami membeli (dirutkan juga nafsu). Sempat juga merakam kenangan di kedai yang biru laut ini (warna kegemaran ana).






Nampak memang sedap.Tapi harga pun agak 'sedap' mata memandang.Tak caya, perhati la resit kat bawah.




Jangan rasa bersalah

Kepada achik, janganlah rasa bersalah sangat. It's ok for us, insyaALLAH. Cuma itulah. Bila sahabat terlupa dan tersalah ni, kena la tegur(nasib baik ana tersebut perihal ni..jadi heroin hari ini ialah ana.hehe). Memang kadang-kadang bagus kalau seseorang itu sedar sendiri kesilapan, tapi janganlah ikutkan hati sangat memberontak. Walauapapun ana faham kalau semua tertekan dengan imtihan. Kesimpulannya, be happy. Kalau tersalah tegur. Tetapi tegurlah dengan berhikmah. Sebab Rasulullah dah kata, perlu ubah kesalahan (Walaupun itu hadith untuk mencegah maksiat, tapi meninggalkan kewajipan bukankah kemungkaran juga?). Walaupun dengan hati. Namun sampai bila ubah dengan hati? Kita perlu tingkatkan iman kerana ubah dengan hati ialah selemah-lemah iman(Iman?er..bukan achik ye?)

Ceria ya Achik? Buang rasa bersalah. Yang penting saling meredhai, bukan saling memarahi. Dan TERIMA KASIH DAUN KELADI masak special malam ni walaupun lambat. Kalau tak kerana perut nak pecah tadi, rasa nak tambah je. Namun tak mampu. Nanti makan esoklah pula.

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday, May 25, 2009

First Time Jawab Tag..huhu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Tak perasan pula ana ditag sekali lagi. Jadi, untuk tidak mengecewakan Kak Mun, kali ni ana jawab tag dia (dengan berat hati). Tag nya berbunyi:
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Uiks. Bahaya tag nih. Kalau kena atas gambar ana tak pakai niqab macam mana? Jadi, dengan hati yang penuh berdebar, ana ikut instruction itu. Tengok-tengok terkena pada folder gambar kecilan. Ana membatalkan semula pilihan itu kerana folder ini hanyalah gambar-gambar yang diresize untuk dimuatkan di dalam internet. Jadi ana excludekan folder itu (dah delete pun). Skali terkena pada folder gambar kenalan. ADUS!! Habislah kali ni kalau kena atas gambar tut..tut... Setelah mengira-ngira... Alhamdulillah, pertolongan ALLAH sampai... Jadi, inilah gambarnya...



Ada sesiapa nak tergelak ke melihat gambar ini? harap tidak. Entahlah macam mana gambar ini boleh tersasar ke folder itu. Isk3...mungkin kerana hari itu sahabat ana yang menghantar gambar ini. Ana ingatkan dia hantar gambarnya, so ana save dalam folder ni (tanpa membaca tajuk gambar tersebut). Jadi, untuk pengetahuan lanjut tentang al-Azhar, kena baca sejarahlah. Teringat sewaktu mula-mula sampai ke sini. Dalam Program KEJORA (Kembara Jejak Realiti atau MPS bagi senior-senior dahulu) ada dimuatkan slot mengenali al-Azhar (semua pelajar termasuk perubatan yang akan belajar di universiti yang lain terpaksa menadah telinga)

Mengimbau Kembali Sejarah Al-Azhar

Memandangkan ana tidak mempunyai masa yang banyak. Ana akan simpulkan dahulu apa yang ana tahu tentang al-Azhar sepanjang bergelar mahasiswi al-Azhar. Kemudian ana akan meletak artikel dalam bahasa Inggeris yang berkaitan dengan al-Azhar (baru cari tadi disebabkan malas nak menaip balik dari dalam buku KEJORA)

SEJARAH RINGKAS AL-AZHAR, secara kesuluruhannya, al-Azhar adalah universiti tertua di dunia yang dibina oleh Syiah pada awalnya (sebagai masjid al-Azhar) untuk menyebarkan fahaman syi'ah. Namun setelah pembukaan kota Mesir oleh Salahuddin al-Ayyubi, maka fahaman itu ditukar dengan sunnah wal jamaah (besar rupanya jasa beliau selain mengembangkan jajahan takluk Islam).

Secara umumnya jika dibandingkan dengan Malaysia Al-Azhar ni seperti UiTM, setiap negeri ada cawangan dan yang utama (yang menampung pelajar dari majoriti bidang yang ditawarkan)adalah cawangan Kaherah. Al-Azhar juga universiti yang bergerak dengan harta waqaf. Oleh sebab itu, pelajar miskin pun mampu untuk belajar di sini. Sejarah lanjut, sila baca ya? Harap maaf kerana artikel bahasa Inggeris juga menjadi pilihan. Perlu pelbagaikan bahasa. Kerana Rasulullah dah kata, mafhumnya, jika kita menguasai bahasa kita akan terselamat daripada ditipu.

Selamat Membaca...

Al-Azhar University, Cairo

The world's oldest university and Sunni Islam's foremost seat of learning.

Preface
Al-Azhar university concerns itself with the religious syllabus, which pays special attention to the Quranic sciences and traditions of the prophet, on the one hand, while on the other, university teaches all the modern scientific fields of science . Thus, the university has not only fulfilled its obligations in these two fields of study but also fulfilled its obligations towards the Arabic language which is the language of the Holy Quran. In 1961, according to Al-Azhar university's legislatory law No. 103 new colleges of applied sciences, such as the faculties of Medicine and engineering, were introduced to Al-Azhar university. These newly introduced faculties are not duplicates of their counter- parts in other universities since they combine both the empirical as well as the religious sciences. Alongside the Egyptian students who are studying at Al-Azhar university, there are many other students from the various Islamic and European countries. These foreign Moslem brothers have exactly the same rights as the Egyptian students.

Al-Azhar University Educational policy
Al-Azhar University is a natural expansion of the great mosque of Al-Azhar, the oldest and most celebrated of all Islamic academic institutes and Universities all over the world without exception. For over one thousand year Al-Azhar was venerated cultural centre for all Muslims in the East and West. Al-Azhar's educational policy is governed and oriented by the following basic guide lines and principles : The University of Al-Azhar is opened for all Muslim students who wish to study a particular academic discipline or to further and deepen their knowledge of Islamic Religion. The University of Al-Azhar is always attempting to create a kind of intellectual unity between Muslims everywhere in the Islamic world, it also works hard to cement and strengthen their relationship and sharpen their loyalty to the Islamic faith. In all its curriculum and scholarly activities the University is concerned with everything that can strengthen the spiritual ties of Islam, and revive the national sense of pride among its people. The University is also keen to remain a guiding light for Islam and stronghold for the Arab nation, inculcating the Islamic teaching in the hearts and minds of Muslims, safeguarding its language, serving its objectives and aims, reforming its cultural heritage, and illuminating it for the benefit of mankind. Thus the University can perform the great task that Al-Azhar took upon itself throughout the ages, and likewise it keeps Egypt in its leading and pioneering position among Muslims. The University of Al-Azhar aims to provide Egypt and the Arabic and Islamic world with scholars and experts, well equipped with Islamic culture and moral, and well prepared to serve their societies, and play their role in building up their countries on faith and scientific basis . To prepare a stock of leading and highly qualified academicians and scientists for the coming generation in all branches of knowledge and experience required for life in its spiritual and material sides. To achieve this goal the university supports the higher studies, creating a new area of different specializations, providing scholarships in various walks of life to have the best experiences for the interest of Egypt and all Muslims in the entire Muslim world. To keep an open eye on the scientific activities and benefit from them, and to contribute towards scientific progress and development through establishing and enforcing academic relations between AL-AZHAR University and the Universities of the entire world. It is also required to have such relations with research foundations and all other academic and scientific centres and to exchange academic visits with other universities, inviting the best of scholars in their fields to deliver lectures, conduct research in all different specializations. The university of Al-Azhar sends some of its members of staff from time to time, to catch up with the most recent, and up to date discoveries and developments in all the different scientific and academic fields and various research activities.

Historical Background
When Jawhar the Sicilian, commander of the Fatimid troops sent by the Fatimid Caliph Almuiz to conquer Egypt, founded Cairo in 358 AH / 969 SD he built Al-Azhar mosque. The mosque was completed in nearly two years. It was first opened for prayers on 7th of Ramadan 361 A.H/ June 22, 972 AD. Since then it has become the most well-known mosque in the whole Muslim World, and the oldest university ever for both religious and secular studies.

Historians differ as to how the mosque got its name. Some hold that it is called as such because it was surrounded by flourishing mansions at the time when Cairo was founded. Others believe that it was by then considered as a good omen of the high status which the mosque was going to attain as a result of the flourishing studies being conducted in the mosque. A third group believe that it was named after "Fatima al-Zahraa" the daughter of Prophet Mohamed (peace and blessing be upon him) to glorify her name. This last explanation sounds the most likely as Fatimids themselves were called after her.

The Beginning of the Scholarly activities at Al-Azhar: Three and half years after its establishment, Al-Azhar began to acquire its academic and scholastic nature. It was in Ramadan, 365 AH (October 975 AD) during the reign of Al-Muiz when chief justice Abu El-Hassan Ali ibn Al-Nu'man El-Kairawany sat in the court of Al-Azhar and read "El-ikhtisar" a book written by his father Abu Hanifa Al-Nu'man as a reference on Shi'ite law (fiqh). This happened in the presence of a large audience whose names were recorded in memorial of the occasion. Abu El-Hassan was the first to be given the title chief Justice. This was the first Seminar to be held at Al-Azhar which was followed by many others. Those seminars were religious, however they had political overtones. At the beginning of the reign of Al-Aziz Billah, Al-Azhar made great strides towards real academic studies. Jacob ibn Killis, the minister of Al-Mu'eiz and later of Al-Aziz read his 'Al-Risalah Al-Azizyah' on Shi'ite law. He later developed studies at Al-Azhar when he appointed thirty seven Jurists. He gave them monthly salaries and build them houses near Al-Azhar. During the Fatimid period, Al-Azhar was an essential part of the intellectual life. Beside the usual seminars, moral education sessions were held for women. Al-Azhar was also the official seat of judges on certain days and the accountant or chief tax collector "Muhtasib" for nearly two centuries. Since the collapse of Islamic Cultural Centres in Baghdad and Andalusia at the greatest centre for Arabic and Islamic studies all over the world.

Right from the beginning, the seminars held at Al-Azhar were of purely academic nature. They were inherently characterized by free scientific discussions and scholarships. There was also the system of instructors and visiting professors. Such activities worked later as the foundations of the University academic system, which became known later in both East and west. Hence, Al-Azhar has duly come to be known as the oldest religious university all over the world.

Although Al-Azhar ceased to function either as a university or as a mosque for nearly a century, during the Ayyubid reign studies were conducted in the same way as they were during the Fatimid period. However, they were mainly religious and linguistic. During the Mamluks period 648-922 A.H/ 1250-1517 A.D, Al-Azhar assumed new responsibilities towards the Muslim world.

As a result of Mughul attacks on central Asia and the shrinkage of Muslim rule in Andalusia, Al-Azhar became the only shelter for the scholars who were forced out of their homeland. Those scholars helped Al-Azhar to reach the apex of its glory during the eighth and ninth centuries A.H (14th and 15th centuries A.D). It should be mentioned here that Al-Azhar played an important role in the development of natural sciences. Some of Al-Azhar scholars studied medicine, mathematics, Astronomy, geography and history. They put much effort to advance these sciences even in times of political and intellectual deterioration and stagnation.

Under the Ottomans, Al-Azhar was financially independent because of the Waqfs (endowments), the scholars were free to choose their fields of study and the text books. Thus Al-Azhar had its own free identity and became a leading Islamic and Arabic centre.

It attracted many teachers as well as many students from all over the Islamic world. It is worth mentioning that the Ottomans never appointed one of them as Grand Imam of Al-Azhar. This high position entirely left for the Egyptians. When Bonaparte attacked Egypt in (1213 A.H / July 1789 A.D) he looked upon Al-Azhar as the most well-known university in the whole Islamic world. During his exile at Saint. Helena he wrote in his dairy that Al-Azhar was the counterpart of Sorbonne in Paris. He looked highly upon Al-Azhar Ulama as the elite of the educated class and as the leaders of the people. When he first set foot in Cairo he formed a special council (diwan) to govern the capital. That council consisted of nine eminent Sheikhs under the chairmanship of Sheikh Abdullah Al-Sharkawi, the grand Imam of Al-Azhar at that time. The formation of this council stands as an evidences of the importance of Al-Azhar and the high status of its Ulama .

However, Al-Azhar was the meeting place for the opponents of the French occupation and the seat of the revolution. A special revolutionary committee was formed under the leadership of Sheikh Mohamed El-Sadat. When the revolution broke out against the French, the grand Imam and the Ulama Decided that it was impossible to carry on their studies, so they closed the mosque.

This has been the only time for Al-Azhar to be closed over its long history. When the French evacuated three years later, Al-Azhar resumed its normal activities and received its teachers and students. When Mohammad Ali took over the rule of Egypt in 1220 A.H 1805 A.D he planned to set up a modern state. To achieve his aim he greatly depended on Al-Azhar. He sent scholarships from among the students of Al-Azhar to Europe. These students were the pioneers who raised high the banner of the modern renaissance in Egypt. Most of the leading figures including the leader of the Orabi revolution were graduates of Al-Azhar. This also applied to the leader of 1919 revolution, Saad Zaghloul as well as many other leading personalities, Mohamed Abdu and El-Manfaloty for example completed their studies at Al-Azhar. The most significant incident was the meeting of both Muslim Ulama and Christian priests in the porticos of Al-Azhar addressing people from the pulpit of Al-Azhar .

When the 1952 revolution took place, Al-Azhar was one of the society that has been modernized and developed so that it can effectively carry out its illuminating role for the welfare not only of Egypt, but also of the Arab and whole Islamic world.


p/s: Betapa besar pengorbanan pensyarah terutama bidang agama, mereka hanya mendapat gaji di atas penjualan kitab-kitab mereka. Betapa kuat roh jihad mereka. Jadi kepada pelajar al-Azhar, janganlah merungut kalau kitab terlampau mahal. Dan harap belilah kitab yang asli kerana disitu insyaALLAH ada keberkatan.

sebelum terlupa, ana ingin menyenaraikan nama-nama yang ingin di tag:

1.Ateh Wani
2.Adik Az
3.Mohamad Kamal
4.Sumaiyah
5.Alang
6.Neem

jawab...jangan tak jawab..

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Belajar...belajar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kerana subjek-subjek berat untuk tahun ini berjaya diharungi. Natijah tidak difikirkan kerana hanya ALLAH yang layak menilai. Ana bertawakkal sepenuhnya.

Dikala perit mengharungi, pelbagai ujian melingkari diriku. Ujian apa? Cukuplah ALLAH, ana dan teman-teman ana yang tahu. Cuma tidak dinafikan, sebagai remaja sudah pasti memikirkan soal jodoh (Ehem3) dan sememangnya ujian yang secara adatnya mendatangi jiwa semua pelajar terutama sewaktu musim peperiksaan.

Cuma baru-baru ini, terdapat sahabat yang telah menyedarkan ana tentang hakikat cinta sebenar yang perlu dikejar. Walhal ana tahu bahawa cinta yang perlu dikejar hanyalah Cinta ALLAH. Kalaulah ia semudah bicara. Cuma ana teringat kepada sebuah lagu dendangan UNIC (thanks to Farhah Mursyida yang ingatkan ana kepada lagu ini) iaitu lagu Di Atas Nama Cinta.

Lagu ini ana kalungkan buat achik Aiman (jangan layan amar-amani sahaja..hik3) juga buat Ateh Wani (sesaja mengingatkan) dan tak lupa buat adik Az (walaupun tak ada kena mengena langsung..hihihi...kang tak sebut kena marah plak)....Dan terutama buat alang dan uda (ribathul mahabbah) kat Malaysia... Kita tengok sapa dulu makan nasi minyak yer? hehe....(sahabat-sahabat jangan salah faham pula..gurau2 usrah sahaja nih..)

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya





Akhir kata(buat diri sendiri)...selagi belum sampai masanya, tumpukan kepada pelajaran dan teruskan bersabar dan terus bersabar. Bak kata Kak Ummu Hani dalam 'Ladang Hati Mustika' bersabar dan teruskan menuai..menuai ilmu di bumi kinanah..menuai kejayaan dan menuai cinta ALLAH... Mukmin yang kuat ialah mukmin yang bersabar. Hadapkan cinta kepada ALLAH kerana DIA pemilik cinta yang sebenar. (kenapa diri ana begini ye? hehe... Hanya TUHAN yang tahu)

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Friday, May 22, 2009

Diuji dan terus diuji

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...hanya tinggal 4 subjek untuk mengkhatamkan imtihan...namun 4 madah ini yang paling mencabar...teruskan bersabar...bersabar dan terus bersabar...bersabar dan terus menuai...

Di saat ini juga, kakak ana, diuji dengan tidak lulus clinical exam untuk menggenggam ijazah sarjana. Juga krisis di Perak semakin meruncing... Semoga ALLAH menangkan Islam...itu janji-Nya

Ya ALLAH, Bantulah kami semua..
kuatkan jasad dan hati kami..
semoga kami tabah dan terus bersabar...
kerana engkau bersama orang yang sabar...



والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, May 6, 2009

Gohead, statik or gostan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

"Anda semua perlu sedar...sekarang di manakah anda. Adakah anda ke hadapan? Atau anda statik di situ? Atau anda ke belakang?"

Kata-kata ummi(puan Normah) semalam membuatkan ana tersentak dan terfikir. Dimanakah diriku sekarang? Maju, statik atau berundur? Usahaku setakat mana sekarang?

"Anda semua ingat lagi ke tak hadap sebenar anda datang ke Mesir? Masih ingat lagi tak harapan ibu bapa anda dirumah"


Sekali lagi ana berfikir kembali. Sememangnya terkadang ana terlalai. Sisa-sisa semangat sewaktu melangkih ke mesir dahulu hampir ditutupi debu-debu alpa.

"Jangan sesekali letakkan istilah terlambat dalam diri. Walaupun hanya tinggal sehari lagi, anda kena cuba dan jangan lemah semangat. You have to say to your mind that you can do it. Awak boleh lakukannya.Sebelum tidur, setkan begitu. Dan bangun tidur katakan lagi pada diri anda, saya boleh lakukannya"

Ya, kita boleh lakukannya. Tiada yang mustahil. Selagi masih belum melangkah ke dewan peperriksaan, kita perlu mencuba. YOU CAN DO IT. Kalau orang lain boleh kenapa tidak kita?

"Yang penting skali, pergantungan kepada ALLAH. Tiap-tiap malam amalkan empat perkara. Solat sunat taubat, solat sunat tahajjud, solat sunat hajat dan solat sunat tasbih. InsyaALLAH di situ ada pertolongan ALLAH"

YA ALLAH, Kami lalai daripada bergantung dengan-MU!

"Jangan hanya target dapat natijah sekadar makbul, Anda semua perlu dapat mumtaz! Nanti bila pulang ke Malaysia, jangan jadikan diri kita menunduk kepala (Malu dengan natijah) tetapi jadikan kita mendongak kepala (Mendapat natijah yang baik)"

Jadi sama-sama kita lipat gandakan usaha. Selagi ada masa, usaha! Walaupun dengan doa. Tiada kejayaan tanpa usaha. Maju ke depan, perbaiki diri. Bukan cukup sekadar berusaha seperti yang lepas, dan mohon dijauhkan daripada lebih teruk dari dahulu

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday, May 4, 2009

Ternyata aku gagal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Dua tiga hari ini, ana terasa kedukaan mencengkam hati. Mungkin diluar kelihatan biasa. Namun bila dihisab kembali banyak hak ALLAH dan hak sesama manusia yang ana gagal jaga dan abaikan. Sehingga sahabat-sahabat disekeliling terguris tanpa disedari. Ana tidak pernah terniat. Sekalipun apa sahaja alasan yang ana beri, mana mungkin dapat menebus dosa melukakan hati sahabat dan dosa melanggar hak ALLAH. MAAFKAN DAKU DUHAI TEMAN!...

Lagu-lagu ini ana dedikasikan khas untuk semua sahabat di Malaysia, Terutama sahabat seperjuangan di DQ (especially Usrah Ribathul Mahabbah~~AYONG, ALONG, angah, achik,ALANG,ateh,UDA, anje dan adik) juga sahabat seperjuangan di SMK Zainab 1 dan SMKA Naim lilbanat...Juga sahabat yang mengenali diri ana, teruatama yang pernah bertemu di KISAS...Dan khususnya sahabat-sahabat di Mesir, bumi anbiya' ini. Terutama along fatin, angah aqilah, ateh wani, uda zaty, achik aiman, adik az , ayang maisah, adik aini...juga mak dan ayah....juga semua yang mengenali diriku...MAAFKAN DAKU...SYUKRAN 'ALA KULLI HAL...


Sahabat Sejati


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Maafkan Teman


Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....



والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saturday, May 2, 2009

Rahsia Pemakanan Cendikiawan Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Entry kali ana hanya copy paste daripada blog layar Islam . Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua.....

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :



1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh
kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,
mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafal,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.
Sangat merbahaya!


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga
unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan
untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang
paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu
boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibacaoleh Rasullullah s.a.w


4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia
merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan
manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis
lain juga elok untuk diamalkan.



7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.
Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat
bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular.
Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki
darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan
daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat
serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang
pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar )
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.


19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda
juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan
memasukkan labuke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan
fikiran dan akal.


20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil.


22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

"Cukuplah Allah untuk (menolong kami), dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami)". (Surah Ali-Imran:173)

والله أعلم بالصواب
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته